Hal Perkahwinan

Dah lama tidak menulis entri yang mempunyai penjelasan yang lebar serta maksud yang jelas. Jadi hari ini setelah terlalu letih bekerja, menulis sesuatu yang mempunyai agenda tersendiri agak menarik minat pada malam ini.

Aku sengaja nak buat entri pasal perkahwinan ini gara-gara menerima banyak jemputan kahwin dari rakan -rakan. Sekarang dah hebat, kad kahwin ada dalam pelbagai grafik, coding, sms via phone or email dan melalui laman sosial sesawang yang femes abad ini FACEBOOK. Ada kawan sek rendah, kawan sek men. kawan seuniversiti, masing-masing sudah bersiap sedia ingin menbina keluarga, menjadi ketua keluarga beranak pinak dan paling utama melakukan sesuatu yang memberikan impak kepada masa hadapan seseorang dr status solo fighter kepada dual team.

Rupanya terlalu cepat masa berlalu, peningkatan umur dikalangan si dara memang agak merunsingkan pada diri setiap insan. Setiap kali menghadiri mana-mana perjumpaan sidara atau sibujang memang tidak lekang isu membina keluarga akan diperbincangkan. Buhsan nak sembang sal perkara ini. Nampaknya usia di waktu ini adalah satu perubahan pemikiran buat semua rakan-rakan termasuk diri aku sendiri mengenai isu berkeluarga. Anda semua semakin dewasa, pikirkanlah semakin tua dan semakin liat dan ligat.

Enjoy, have fun, chill, hangout.friday nite fever, sunday late ever activitiy adalah perkara yang sangat gemar dilakukan oleh remaja spt aku. Remajakah aku ini. Apabila berkahwin sahaja, segala above word must be eliminate slowly from our life. Hendaklah diberhentikan segala perkara yang melarakan diri kerana sebelum ini diri sendiri je lara, sekarang kene bersedia setiap masa untuk menjaga makan minum keluarga, dari hal remeh temeh seperti melipat kain ker menyental lantai bilik air perlu dibiasakan diri (rajinlah sangat nak sental lantai bilik air) haha..nak balik lewat malam pun dah tak boleh kerana kita setia menunggu sang suami pulang ke rumah. Banyak lagi perubahan yang perlu di lakukan perubahan, tidak termasuk tingkah laku ketika bersama keluarga. Wow banyaknya perubahan yang perlu dilakukan. ( if nak jadi isteri or suami yang baik tolong menolong lar)

Perubahan sangat menakutkan tapi mungkin membawa kebaikan. Nampak sangat belum bersedia kerana banyak lagi yang perlu dilakukan dalam masa terdekat akan datang. Salute kepada rakan-rakan yang akan berkahwin tidak lama lagi kerana bersedia dan ingin bersedia melakukan anjakan paradigma hidup dan mula menjadikan institusi kekeluargaan sebagai cabang kehidupan anda.

Kekadang kita yang belum berkahwin menjadi pening apabila tiba musim cuti sekolah kerana setiap kali menerima jemputan rasa bersanggupan untuk hadir ke majlis kenduri rakan-rakan. Rasa perlu menghargai dan berkongsi kegembiraan bersama mereka di majlis julung mereka. Rasa perlu membuang wang untuk membeli hadiah dan transportation ke majlis tersebut dan pada masa yang sama akan berbelanja pakaian baru untuk menghadiri majlis tersebut. Agak gembira rasanya bila menghadiri majlis besar rerakan. The best part adalah tempat reunion rakan-rakan sekolah. Pendek kata, nak attend wedding orang pun perlu banyak belanja. Ini lah peel orang yang dah bekerjaya. Sentiasa nak tampak elegant di kaca mata orang lain. Haha ( cam mengata diri sendiri).

Masih belum membuat keputusan untuk hadir ke majlis kahwin rakan-rakan kerana khuatir jika berjanji tapi tidak dapat datang pada akhirnya ekoran ada problem last minute. Aku agak terkilan kerana tidak dapat attend wedding my luvely friend emme ekoran aku tidak followup dengan member aku yang rupanya ada masalah untuk join pergi wedding emme. Aku sibuk giler dengan final exam masa tu. tak ku sangka kesenyapan aku seketika menyebabkan member salah sangka dan assume tidak jadi pergi. Walhal aku dah bersiap sedia untuk pergi. Memang aku agak bengang dengan kejadian tersebut. Tapi member aku ni pun tak pernah langsung nak respon dengan aku pasal any info tentang masalah dia. Memang tak boleh nak salahkan dia 100% tetapi kedua-duanya bersalah. Akhirnya wedding emme yang terpaksa di korbankan. Dahla aku putus kaki ( tiada kenderaan pada masa tersebut). Maka tiada inisiatif lain dapat dilakukan. Kesian jugak pada abon yg turut menjadi mangsa kejadian..Aku mohon maaf atas kejadian tidak jadi pergi tersebut kerana dia turut tak jadi pergi.

Itulah rentetan peristiwa yang berlaku. Jadi sebelum apa-apa hal berlaku, Aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan melangkah ke alam perkahwinan kepada semua rakan yang nak berkahwin bermula minggu hadapan ni sampailah bulan 12 nanti k. Tahniah pada isk & pasangan (kusess), fini & pasangan (ump), zulaila & pasangan(aysk), arif & pasangan (ump), din & sakinah (ump) dan aika & pasangan (sktsg). Semoga kalian mendapat restu dariNYA dan kebahagian yang berpanjangan sehingga akhir hayat. Jika tiada aral melintang akan ku gahkan jua menapak ke majlis anda ok.

SELAMAT PENGANTIN BARU

p/s - tahun 2010 tahun membiak

No comments: