rasa kurus, argh nyampahlah statement ni, rasa mean agak-agak je equal to perasan.
perasaan rasa kurus adalah subjektif. ada yang memandang kita setelah sekian lama merasa kita kurus, tak pernah tengok langsung pun rasa kurus, rasa kurus setelah membandingkan dengan mereka yang tidak kurus, atau rasa kurus setelah merasa memang kurus..
hehe..lucu, di tempat kerja skang berlumba-lumba orang nak kurus, ada yang jaga makan breakfast, ada yang x makan lunch, ade yang amik herbalife yang mahal tu, mereka sungguh kaya kerana mampu membelinya ada yang bersibuk-sibukkan mendaftarkan diri di CF
( celebrity fitness) or perfect workout excercise kepunyaan kak lynda Al-qudree yang cun and ngetop. Alang-alang wish la happy birthday yang 46 to kak lynda. Dah tua pun badan maintain solid stamina highly mantop. haha..
berbalik pada topik tadi, kengkawn aku pun sibuk untuk mengurus, baik laki baik perempuan, yang dah nak kawin tu memang bertungkus lumus la nak kurus, kununnya lebih bersemangat nak kawin (opss ini ayat pengantin laki zahiruddin). udin plak pergh dr 80 lebih kg telah menurun menjadi 70 lebih kg ( berat sebenar dirahsiakan, gambar pun dirahsiakan, nak lihat kene tunggu dia balik ok), pja pun aku rasa ada kesusutan, baguslah untuk semua kerana bersaing secara sihat untuk mengurus, kita lawan nanti siapa turun Kg paling banyak (tapi sure uddin menang haha)..semua nya satu tujuan untuk tampak elegen, macho, hensem, cun dan nak menggatalkan...
Pendek kata kurus ini penting dalam kehidupan tua seharian, after 40 jika kita masih tak slim down maka musnahlah harapan anda semua nak mengurus selepas that age. Jadi mulakanlah dr sekarang, pemakanan yang sihat dan exercise 3x seminggu, jadi 12 kali sebulan, maka 144 setahun..yahoo anda akan kurus.
P/s - kata-kata, ingatan, dan amaran untuk diri penulis sendiri yang tidak kurus ini. sedang berusaha cam Mr Fakh yang telah berkilo-kilo turun, sungguh cemburu
nak gi KT this week
semasa membuat posting mengenai hal kahwin (rujuk post sebelum, aku masih belum membuat keputusan untuk pergi ke mana-mana wedding tersebut. tapi pada malam tadi, akhirnya aku telah membuat keputusan dan ingin hadir buat kedua-dua wedding kinah (sabtu), deen (ahad), sungguh mantop keputusan ini. Wedding adalah di KT dan aku telah membeli ticket flight tuk kesana, rasa besar pengorbanan nak pergi ke kenduri kinah ini.
Kinah bermaksud ketenangan, hehe dia suka citer pasal nama dia yang membawa maksud tenang itu, aku berkenalan dgn kinah waktu semester 1, suka bersama-sama beli makanan di kafe dan menonton citer hindustan, setelah aku imbas sejenak apa aktiviti aku bersama kinah. Rapat sekejap di sem 1, ghupanya ada juga moment aku berkawan baik dengan kinah, zodiak kami jugak sama ( pesan penajan jgn main zodiak, haram)..Jadi memang tak salah la untuk aku hadir ke wedding tersebut, lebih-lebih lagi berkwn jugak dengan si pengantin lelaki, maka aku rasa berbaloi untuk menghadirinya dan memeriahkan majlis 2 rakan ku ini. Nantikanlah kehadiran ku disana k.
Pada mana-mana pemuda dan pemudi yang ada di KT nak bwk aku jejalan KT yang orang KT kata best sangat tu, silalah alu-alukan ye. (jgn la xde yg sudi)..saya akan sampai di airport Kt jam 8 pg (sabtu) dan balik hari ahad 9 mlm. Buktikanlah kebestsan tempat korang tu yea.
Planning aktiviti, after kenduri kawin je ronggeng, so ada 2 hari ronggeng, petang sabtu dan petang ahad, marilah kita beronggeng beramai..hehe Jumpa korang semua di sana k.

citer cam SHIT
Citer tersebut adalah citer N.I.N.J.A sahaja, bukan ninja assassin lakonan Rain ok. I luv rain.
Citer ni aku nanga ( tonton) kerana rekemendation dari seorang rakan. Tapi citer ni cam SHIT jadi andalah tak perlulah tengok. Tak perlu story lebih, kerana sangat letih nak tulis benda jahat. Baik kita gi tengok P.A.P.A.D.O.M, sebaiknya emosi dengan tanah jauh lebih baik dan buat aku menangis part sesi bapak dan anak. Teringat kat abah sendiri. Maaf abah, kakak masih belum mampu nak memberikan yang terbaik buat diri abah. Masih banyak kengkangan dan matlamat hidup sendiri yang perlu di urus dan di kejar. Semoga abah dapat besabar menanti waktu itu. Aku sedang emosionalkah, di harap yea, kerana jika tidak maka aku anak yang teruk.
Next plan mesti tengok pisau cukur ( hr rabu depan) , walaupun dah dgr preview tak bestnya itu. Tapi im big fan of LJ (liyana jasmay). Tak pernah miss her movie kat panggung or drama, dr MAUT, HISTERIA, NIYANG RAPIK, MAYA SARI, PONTI ANAK REMAJA, PAPADOM, bakal menyusul akan ku cari-cari movienya ok. Tapi masih belum dan takkan beli album LJ sebab nampak sangat tak elok ketika meyanyi. So terkangkang ( bab kata mama aku yang nyampah ngn LJ, haha aku memang suka orang gedix agaknya. Aku suka jugak pada Cinta Laura Keihl. Tapi kalo member tahu mesti nyampah dengan aku. Well, they so sweet cam Lisa Surihani gak..
dan aku kan penyokong kelab pengarah muda. So aku must go and watch the movie especially if ada farid kamil haha..Hidup filem melayu. Marilah sama menyokong citer melayu, except citer prof la I kurang minat, takde feel di hati ku...
P/s - Nak tengok N.I.N.J.A Assassin plak, 26 Nov 09 relase, yahoo..

Hal Perkahwinan
Dah lama tidak menulis entri yang mempunyai penjelasan yang lebar serta maksud yang jelas. Jadi hari ini setelah terlalu letih bekerja, menulis sesuatu yang mempunyai agenda tersendiri agak menarik minat pada malam ini.
Aku sengaja nak buat entri pasal perkahwinan ini gara-gara menerima banyak jemputan kahwin dari rakan -rakan. Sekarang dah hebat, kad kahwin ada dalam pelbagai grafik, coding, sms via phone or email dan melalui laman sosial sesawang yang femes abad ini FACEBOOK. Ada kawan sek rendah, kawan sek men. kawan seuniversiti, masing-masing sudah bersiap sedia ingin menbina keluarga, menjadi ketua keluarga beranak pinak dan paling utama melakukan sesuatu yang memberikan impak kepada masa hadapan seseorang dr status solo fighter kepada dual team.
Rupanya terlalu cepat masa berlalu, peningkatan umur dikalangan si dara memang agak merunsingkan pada diri setiap insan. Setiap kali menghadiri mana-mana perjumpaan sidara atau sibujang memang tidak lekang isu membina keluarga akan diperbincangkan. Buhsan nak sembang sal perkara ini. Nampaknya usia di waktu ini adalah satu perubahan pemikiran buat semua rakan-rakan termasuk diri aku sendiri mengenai isu berkeluarga. Anda semua semakin dewasa, pikirkanlah semakin tua dan semakin liat dan ligat.
Enjoy, have fun, chill, hangout.friday nite fever, sunday late ever activitiy adalah perkara yang sangat gemar dilakukan oleh remaja spt aku. Remajakah aku ini. Apabila berkahwin sahaja, segala above word must be eliminate slowly from our life. Hendaklah diberhentikan segala perkara yang melarakan diri kerana sebelum ini diri sendiri je lara, sekarang kene bersedia setiap masa untuk menjaga makan minum keluarga, dari hal remeh temeh seperti melipat kain ker menyental lantai bilik air perlu dibiasakan diri (rajinlah sangat nak sental lantai bilik air) haha..nak balik lewat malam pun dah tak boleh kerana kita setia menunggu sang suami pulang ke rumah. Banyak lagi perubahan yang perlu di lakukan perubahan, tidak termasuk tingkah laku ketika bersama keluarga. Wow banyaknya perubahan yang perlu dilakukan. ( if nak jadi isteri or suami yang baik tolong menolong lar)
Perubahan sangat menakutkan tapi mungkin membawa kebaikan. Nampak sangat belum bersedia kerana banyak lagi yang perlu dilakukan dalam masa terdekat akan datang. Salute kepada rakan-rakan yang akan berkahwin tidak lama lagi kerana bersedia dan ingin bersedia melakukan anjakan paradigma hidup dan mula menjadikan institusi kekeluargaan sebagai cabang kehidupan anda.
Kekadang kita yang belum berkahwin menjadi pening apabila tiba musim cuti sekolah kerana setiap kali menerima jemputan rasa bersanggupan untuk hadir ke majlis kenduri rakan-rakan. Rasa perlu menghargai dan berkongsi kegembiraan bersama mereka di majlis julung mereka. Rasa perlu membuang wang untuk membeli hadiah dan transportation ke majlis tersebut dan pada masa yang sama akan berbelanja pakaian baru untuk menghadiri majlis tersebut. Agak gembira rasanya bila menghadiri majlis besar rerakan. The best part adalah tempat reunion rakan-rakan sekolah. Pendek kata, nak attend wedding orang pun perlu banyak belanja. Ini lah peel orang yang dah bekerjaya. Sentiasa nak tampak elegant di kaca mata orang lain. Haha ( cam mengata diri sendiri).
Masih belum membuat keputusan untuk hadir ke majlis kahwin rakan-rakan kerana khuatir jika berjanji tapi tidak dapat datang pada akhirnya ekoran ada problem last minute. Aku agak terkilan kerana tidak dapat attend wedding my luvely friend emme ekoran aku tidak followup dengan member aku yang rupanya ada masalah untuk join pergi wedding emme. Aku sibuk giler dengan final exam masa tu. tak ku sangka kesenyapan aku seketika menyebabkan member salah sangka dan assume tidak jadi pergi. Walhal aku dah bersiap sedia untuk pergi. Memang aku agak bengang dengan kejadian tersebut. Tapi member aku ni pun tak pernah langsung nak respon dengan aku pasal any info tentang masalah dia. Memang tak boleh nak salahkan dia 100% tetapi kedua-duanya bersalah. Akhirnya wedding emme yang terpaksa di korbankan. Dahla aku putus kaki ( tiada kenderaan pada masa tersebut). Maka tiada inisiatif lain dapat dilakukan. Kesian jugak pada abon yg turut menjadi mangsa kejadian..Aku mohon maaf atas kejadian tidak jadi pergi tersebut kerana dia turut tak jadi pergi.
Itulah rentetan peristiwa yang berlaku. Jadi sebelum apa-apa hal berlaku, Aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan melangkah ke alam perkahwinan kepada semua rakan yang nak berkahwin bermula minggu hadapan ni sampailah bulan 12 nanti k. Tahniah pada isk & pasangan (kusess), fini & pasangan (ump), zulaila & pasangan(aysk), arif & pasangan (ump), din & sakinah (ump) dan aika & pasangan (sktsg). Semoga kalian mendapat restu dariNYA dan kebahagian yang berpanjangan sehingga akhir hayat. Jika tiada aral melintang akan ku gahkan jua menapak ke majlis anda ok.
p/s - tahun 2010 tahun membiak

SELAMAT PENGANTIN BARU
p/s - tahun 2010 tahun membiak
need crazy vacation
perasaan yg best
tahu apa perasaan yg best lately buat diri aku, aku dan kawan memang tak dapat nak dipisahkan. sebagai manusia kita suka dihargai dengan syarat kita mestilah menghargai orang lain, brulah ada payback. cukup sangat ke aku menghargai orang lain, adakalanya kita lebih menghargai orang lain lebih dari keluarga sendiri yang rapat dengan kita, tapi term rapat tidak berapa sesuai untuk aku kerana aku sentiasa berjauhan hati dengan adik sendiri, why? aku pun tak tahu..tak suka bila adik ada tapi rindu bila adik tak ada. what the heck mean? just ignore it..
erm..erm...
br semalam, akhirnya dapat jugak aku berjumpe dengan ex-classmate yg memang aku nak sangat jumpe sebab susah sangat dapat peluang nak jumpa, actually dapat sembang dan duduk berkelompok sambil bergelak ketawa sakan dan minum air cukup menggembirakan aku yang baru sahaja tahap stress maximum ini..walau tempat pertemuan di KAYU tak leh berapa menarik tapi duduk melihat mendengar kelibat masing-masing bercerita dan bergelak ketawa cukup wat aku happy. tak sangka aku boleh sembang sakan gak ..hehe
(dpt gak aku jumpe bdk2x ni sebelum memasing berkeluarga)
P/s - hope dapat wat gurls meet plak, pesai pe lah gurls ni susah sangat nak hangout nak tunggu jadi bini orang ke baru nak ronggeng, its too late then.

takde tajuk
Yatta..
akhirnya aku telah tamat peperiksaan akhir semester 2, dan insyallah dengan harapan dan angan-angan yg tinggi aku akan sambung semester 3 lagi pada tahun hadapan, doa-doakanlah agar dapat ku habiskan perjuangan yang belum selesai ini. Semoga hidup ini lebih diberkati dan dapat buat apa yang aku inginkan.Aku yg sangat suka merancang masa hadapan yang jauh kehadapan itu. Walaubagaimanapun, exam pada kali ini tidaklah seberapa bagus seperti sem yang lalu, agaknya kengkangan kerja yang agak melampau banyaknya sehingga mengatasi kemampuan otak dan badan untuk membahagikan diri dan masa terhadap buku sangat terbatas. Aku janji semester depan tidak lagi aku berperangai buruk seperti ini. Lebih berdisiplin pada tahun 2010. Alamak usia menginjak angka dua lima. (sungguh menakutkan)
Usia ini adalah seperti sudah 25 tahun berada diatas muka bumi, tetapi pencapaian apa yang telah dilakukan. Alamak, aku masih lagi kosong tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Suka melepak, meronggeng gelak ketawa sahaja bersama teman-teman membuang masa, wang dan tenaga. Nampaknya tahun depan mungkin akan menjadi umur yang sangat kronik dari pelbagai aspek diri, rohani, kehidupan, keluarga, harta benda, kerjaya, pelajaran, rakan-rakan, network. Masih banyak lagi perlu dikejar, diperbaiki, dipelajari dan dibaikpulihkan....
Opss tetiba aku rasa perlu berhenti berblog sementara untuk memikirkan nasib diri. Lebih banyak plan yang perlu dibuat.

Subscribe to:
Posts (Atom)