Dalam seminggu ini sahaja aku telah mengalami kehilangan telefon, mama pun kecurian telefon, aku kehilangan kunci kerete dan kehilangan duet untuk menggantinya hingga saat ni aku kering papa kedana dan memerlukan kehadiran abah pada esok hari untuk memberi duet pada anaknya ini.
2 minggu yg lalu pula setiap hari kerja sangat banyak pada masa yang sama aku menyiapkan assignment aku yang berlambak itu. setiap hari tidur lambat jam 4 pagi bersengkang mata berhempas pulas. Tak cukup tidur dan tiada keselesaan semasa berada di zon kritikal itu.
Akhirnya bulan ini aku akhiri dengan pelbagai kehilangan yang terkesan di hati aku, minda aku menjadi berat dan badanku menjadi letih ya amat ekoran terlalu memikirkan masalah dan penyelesaiannya. Semoga segala rasa malang ini dapat aku hindarkan dengan menganggap ini adalah ujian dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment