beberapa minggu ini

sebenarnya sekarang saya amat sibuk kononya mengulangkaji pelajaran kerana final exam yang nak dekat sangat pada 31 okt dan 7 nov ini, tapi saya tetap nak meluangkan masa untuk meninjau-ninjau komen terbaru dari buku muka serta membuat coretan di blog terchenta. baru sahaja lepas dinner jadi perut terasa amat kenyang sehingga mata dah tak boleh nak tengok nota yang ada tu jadi sangat mengantuk so berblog la saya.

beberapa minggu ini semenjak dari hari raya yang lalu, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan kerja hendak di selesaikan di pejabat mahupun di rumah. rakan ku azam anis and pija baru je lepas graduasi di dewan ump baru dan sayangnya saya tidak dapat pergi untuk melihat kegembiraan mereka. ntah kenapa rasa gembira melihat rakan gembira, walaupun tidak dapat pergi diharapkan jambangan bunga yang tidak seberapa dari aku menjadi ingatan buat mereka bertiga.

pian pulak datang ke KL pada timing yang tidak tepat dimana aku sedang sibuk nak exam, tak sempat nak beronggeng dengan bujangan ini sebelum diorang ni sepenuhnya bertukar status kepada sang suami pada tahun hadapan. Tak dapatlah koreivians nak beronggeng dengan mereka yang akan bertukar status ini. rupanya sekejap sahaja masa berlalu dari zaman belajar kami bergeng sakan di korea masih bujang sehinggala bekerjaya dan akhirnya memasing nak membina keluarga sendiri. semoga persahabatan bersama antara kita tetap akan maintain sehingga beranak pinak.

pada masa yang sama, adik lelaki ku dah pulang ke Alam pada ahad lepas dan menghadiahkan aku dua keping ticket all american reject yang baru dimenanginya itu dan dikehendaki ambil pada 29 oktober pada ashley di bukit jalil. same je casenya waktu dapat ticket free ke MTV awards lepas. Malangnya konsert jatuh pada 31oktober 2009 same date dengan tarikh exam aku. So again, aku terpaksa melepaskan ticket tersebut. Tetapi secara jujurnya adakah girl yang bertudung dan tidak pandai bersosial sangat dengan dunia hiburan ini akan pergi ke konsert - konsert sebegitu, dah lah tengok band lelaki yang berunsurkan punk rock tu. Jawapannya tak sesuai. Jenuh aku nak kene memikirkan tema pakaian yang bersesuaian untuk pergi kesana dengan tudung sekali, payah sungguh mencipta imej. Akhir kata dibatalkan sahaja niat nak ke konsert sedemikian, konsert sure heboh pun aku riban kali pikir nak pergi. Ehm sesiapa nak ticket free tersebut bolehlah menghubungi saya ok. ( actually suka gile all american reject, hehe)

hari ini semua kerja hampir siap tetapi ada sahaja isu yang perlu diselesaikan, barulah rasa seperti engineer kerana terlalu sibuk menjadi orang yang berusaha menyelesaikan masalah, terasa banyak sangat belajar walaupun sebenarnya sendiri tidak berapa mahir. tetiba berharap dapat pergi duduk di site selama beberapa ketika agar dapat merasa keadaan yang lain berbanding di ofis. Tetapi tak nak menghitamkan diri yang sensitif kulitnya ini.

aku tak sangka tetiba sesuatu datang balik menjelma depan mata dan aku senantiasa tak keruan bila aku memikirkannya. semoga perasaan ini sentiasa tenang bila menghadapinya agar tidak terlalu obvious kerana bila berada dalam keadaan begini senang sahaja nak menampakkan kesalahan sendiri. pikir-pikirkanlah.

p/s - aku perlu lebih waspada dan tahap ketenangan yang tinggi



No comments: