birthday wishes




Kerana kesibukan aku tidak dapat berbuat apa-apa terhadap dua rakan ku yang best ini terhadap ulang tahun mereka. Harap dapat menyambutnya selepas my final exam ok.

Selamat Hari Jadi Khas buat Pja & Bash.
Semoga kalian berdua bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat dan persahabatan kita kekal sampai hujung nyawa.

Love both of you. muah2x


P/s - atas je gambar terbaik & terbaru yang aku ada selepas crop, saiz tidak sama maaf

beberapa minggu ini

sebenarnya sekarang saya amat sibuk kononya mengulangkaji pelajaran kerana final exam yang nak dekat sangat pada 31 okt dan 7 nov ini, tapi saya tetap nak meluangkan masa untuk meninjau-ninjau komen terbaru dari buku muka serta membuat coretan di blog terchenta. baru sahaja lepas dinner jadi perut terasa amat kenyang sehingga mata dah tak boleh nak tengok nota yang ada tu jadi sangat mengantuk so berblog la saya.

beberapa minggu ini semenjak dari hari raya yang lalu, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan kerja hendak di selesaikan di pejabat mahupun di rumah. rakan ku azam anis and pija baru je lepas graduasi di dewan ump baru dan sayangnya saya tidak dapat pergi untuk melihat kegembiraan mereka. ntah kenapa rasa gembira melihat rakan gembira, walaupun tidak dapat pergi diharapkan jambangan bunga yang tidak seberapa dari aku menjadi ingatan buat mereka bertiga.

pian pulak datang ke KL pada timing yang tidak tepat dimana aku sedang sibuk nak exam, tak sempat nak beronggeng dengan bujangan ini sebelum diorang ni sepenuhnya bertukar status kepada sang suami pada tahun hadapan. Tak dapatlah koreivians nak beronggeng dengan mereka yang akan bertukar status ini. rupanya sekejap sahaja masa berlalu dari zaman belajar kami bergeng sakan di korea masih bujang sehinggala bekerjaya dan akhirnya memasing nak membina keluarga sendiri. semoga persahabatan bersama antara kita tetap akan maintain sehingga beranak pinak.

pada masa yang sama, adik lelaki ku dah pulang ke Alam pada ahad lepas dan menghadiahkan aku dua keping ticket all american reject yang baru dimenanginya itu dan dikehendaki ambil pada 29 oktober pada ashley di bukit jalil. same je casenya waktu dapat ticket free ke MTV awards lepas. Malangnya konsert jatuh pada 31oktober 2009 same date dengan tarikh exam aku. So again, aku terpaksa melepaskan ticket tersebut. Tetapi secara jujurnya adakah girl yang bertudung dan tidak pandai bersosial sangat dengan dunia hiburan ini akan pergi ke konsert - konsert sebegitu, dah lah tengok band lelaki yang berunsurkan punk rock tu. Jawapannya tak sesuai. Jenuh aku nak kene memikirkan tema pakaian yang bersesuaian untuk pergi kesana dengan tudung sekali, payah sungguh mencipta imej. Akhir kata dibatalkan sahaja niat nak ke konsert sedemikian, konsert sure heboh pun aku riban kali pikir nak pergi. Ehm sesiapa nak ticket free tersebut bolehlah menghubungi saya ok. ( actually suka gile all american reject, hehe)

hari ini semua kerja hampir siap tetapi ada sahaja isu yang perlu diselesaikan, barulah rasa seperti engineer kerana terlalu sibuk menjadi orang yang berusaha menyelesaikan masalah, terasa banyak sangat belajar walaupun sebenarnya sendiri tidak berapa mahir. tetiba berharap dapat pergi duduk di site selama beberapa ketika agar dapat merasa keadaan yang lain berbanding di ofis. Tetapi tak nak menghitamkan diri yang sensitif kulitnya ini.

aku tak sangka tetiba sesuatu datang balik menjelma depan mata dan aku senantiasa tak keruan bila aku memikirkannya. semoga perasaan ini sentiasa tenang bila menghadapinya agar tidak terlalu obvious kerana bila berada dalam keadaan begini senang sahaja nak menampakkan kesalahan sendiri. pikir-pikirkanlah.

p/s - aku perlu lebih waspada dan tahap ketenangan yang tinggi



my bestgirlfren engagement

18th October was my girlfriend engagement (izzati) with nasri a.k.a (yi). This gurl tampak sangat happy dan semoga my good fren ni bahagia hingga ke akhir hayatnya. Just luv u. Thank you for being my friend and understand what I am.

sangat happy (yi + zati)

sangat hepi tengok cincin

sangat jeles tengok org bertunang

sangat ready photo shoot time

malang@ujian allah

Dalam seminggu ini sahaja aku telah mengalami kehilangan telefon, mama pun kecurian telefon, aku kehilangan kunci kerete dan kehilangan duet untuk menggantinya hingga saat ni aku kering papa kedana dan memerlukan kehadiran abah pada esok hari untuk memberi duet pada anaknya ini.

2 minggu yg lalu pula setiap hari kerja sangat banyak pada masa yang sama aku menyiapkan assignment aku yang berlambak itu. setiap hari tidur lambat jam 4 pagi bersengkang mata berhempas pulas. Tak cukup tidur dan tiada keselesaan semasa berada di zon kritikal itu.

Akhirnya bulan ini aku akhiri dengan pelbagai kehilangan yang terkesan di hati aku, minda aku menjadi berat dan badanku menjadi letih ya amat ekoran terlalu memikirkan masalah dan penyelesaiannya. Semoga segala rasa malang ini dapat aku hindarkan dengan menganggap ini adalah ujian dari Allah SWT.

lagi 8 hari nak periksa

alah sebenarnya hari ni letih sangat..kerja banyak je nak kene setelkan tambah lagi kita ni tak reti. tapi dah nk dekat 2 thn jadi engineer takkan tak reti lagikan. memang rush la lepas raya ni agaknya sebelum raya time ramadhan hari tu semua duk kepam kerja pastu kasi lambak pas raya tak cukup tangan otak badan nak tanggung keletihan tahap karma ni.

semakin lama kerja semakin aku rasa ok dengan routine hidup yang dah terjadi ini, memang kerja + master terasa sibuk teramat tetapi siapa tak kenal aku yang memang tak suka duduk diam dan suka berprogram ini and busy life..ehm lagi 8 hr aku akan masuk ke bilik exam semula dan melalui saat mendebarkan tapi pada masa yang sama bersedia untuk berjuang mengharung soalan-soklan yg hebat itu. bersediakah aku ini..

yeye aku dah buat master dekat setahun dan akan tinggal lg setahun untuk habiskan sebaik mungkin. Aku mesti berjaya dan konvo pada thun 2011 bulan mac nanti. Rasa cam tak percaya. Then apa nak buat after dapat master yea. (berangan dah ni hehe)..nk cek kerja baru as engineer ke. nak masuk gomen ke j41, nak jadi lecturer ke (wow gaji banyak) or g wat bussiness fuh. or g trip ke europe jup for a months. (berangan lagi ni)

dah..dah..exam minggu depan jangan berangan. oklah doakan kejayaan aku kengkawan. kalo nak berjaya dalam hidup doakan kejayaan kengkawan dan kawanlah dengan kengkawan yang berjaya.

p/s - tersangat nak bergosip, berkarok, berwayang, bertrip, berpiknik, bershopping dan workout dance at kak lynda place huhu..after exam huhu

post yeah


hai hari ni aku sempat nak posting yeah kat sini kerana akhirnya aku dah berjaya reka bende kat atas ni, pada orang yg tak tahu technical or design memang tak paham jadah pe bende atasnya. tapi wat my fellow engineers aku berjaya gak run 6 storey block kat atas plus masukkan shear wall.. tapi satu lagi problem adalah masih tak pandai nak masukkan small-smal beam yang kecik amat itu. Aku happy setelah 3 minggu bertungkus lumus tak tido malam nak siapkan semua akhirnya hampir nak siap ni lagi 15 percent touchup. Im done.

Hope aku dapat siapkan lagi 2 assignment dri dr kamaruddin plak then next week aku dapat masuk my own study week pace. Need to very very damm excellent this semester. Nak balas dendam terhadap segala kemalasan dan kejahatan yang dah buat pada diri sendiri. Time to pay back.

After abis that assignment aku akan postkan pic open house opis last 9th oktober. tak sempat nak inform kengkawan. terus sebuk bangat sampailah selepas raya. Kerja banyak masyaalah. Tuhan sahaja tau. Sebenarnya banyak benda nak post. gambar raya pun tak sempat share. Next time k.

Esok my best girl friend engagement. Need to be there to makesure that she's really happy in her big day. Alamak kene siapkan keje tonite kalo tak ada yang nangis haha..k la chow. pray for me k .

P/s - sangatlah tak cukup tido..nak tido after exam sesungguh







Kesibukan Melampau

Salam syawal lagi buat rakan-rakan, Selepas raya takde kelapangan untuk mengekspresi diri sendiri di blog terchenta ini. Bulan ini adalah bulan yang cukup sibuk kerana persiapan menyiapkan segala macam assignment yang diberikan oleh Prof dan Dr UTM cukup membataskan diri sendiri serta menyebabkan aku jatuh sakit selama seminggu pada minggu selepas raya yang lalu.

Satu M.C pun tak boleh di amik ekoran kerja yg sangat banyak, prelim design and submission perlu disetelkan jugak last week tambah lagi drawing site yang banyak discrepancy yang kene check amend dan drafting sendiri. Pada masa sama workmate ku takde jadi tinggal sorang tuk siapkannya, malam pulak pulun homework then tido jam 4 pagi memang lah jatuh sakit. Alhamdulillah this week dah ok, and aku dapat stay up sampai pagi dan berbaloi kerana dah hantar pd dr rahman siang tadi huh, lega. Skrg aku tinggal keje dr baha, dr latif, dr kamarudin and dr hasanan.

Hari ini best class ever, time belajar pavement material dgn dr hasanan.
1) sbb aku wat infra dan familiar dgn pavement design jadi agaknya jadi seronok & aktif nak tanye question ngan dr, dr pun tampak happy je walaupun studentnya 5 orang je, tak happeningkan tak ramai, hope sem depan intake ramai-ramailah seronok sikit dan ramai kawan baru. Dedoalah.
2) maybe ini 2nd time aku tak tido dalam kelas haha, selain kelas dr Baha last week yang aku pun tak tido tu, aku sudah bagitahu yang tahap kemalasan yang maksima serta kadar ronggeng yang maksima jugak menyebabkan aku selalu letih dan jadikan kelas aku time tido. Mohon maaf ye semua dr and my prof, you'll the best. Akan ku skor paper you all. Amin.

Oklah, aku nak teruskan kesibukan ini sehingga final exam pada 31 oktober dan 7 November ini. Aku masih perlu siapkan design 6 story building-dr baha , assignment 2 dr latip & design masonry dia and journal dr hasanan serta geotech dr kamaruddin. Hope semuanya siap pada minggu ini dan dapat submit seterusnya next week kita Study Week, yeah.

P/s - sesame doakan kejayaan rakan-rakan yer, sesamelah kita.

Pengantin comel Syura & Aman

maaflah aimi (kwn syura) krn aku dok mencilok gambar dr blog mu.credit to Aimi. k

Disini aku nak ucapkan congret pd Syura dan Aman kerana telah menjadi suami isteri yang sah.
Akhirnya si syura hilang debarnya setelah bergelar isteri orang, kihkih pasni kene duduk umah sendirian berhad.

Sorry sebab tak sempat nak tgk syura sanding, tapi lauk wedding memang best especially acar faveret aku tuh, hehe nanti aku nak ikut lauk ko lah plak tuk majlis sendiri haha..

Inilah pic syura waktu bersanding semalam 3rd oktober, syura ini suka sangat wat muka garang dalam pic, memang tabiat dia. Apa-pun congret, tu je boleh ku sampaikan wat masa ini. Selamat berhoneymoon di KK. Wallah.


P/s: pengantin yang sungguh comel, ehm syura ko balik KK, pasni jadi mak orang plak.huhu