sakit teruks

akhirnya,
ptg smalam aku telah jatuh sakit (sesungut teruks)..dan demam pada esok harinya..

P/s kerje ofis ada lagi masih tak siap.. + study for final exam masih belum buat..

KLIA - transit paris - jejak spain - barcelona

seronok sangat dapat peluang untuk menjejakkan kaki ke paris walaupun transit sahaja cam aku dulu jejakkan kaki ke hongkong sekejap dan menetap beberapa hari di seoul korea. semua jejakan jejaki ini dapat aku rasa time aku belajar di universiti pahang tercinta (ump) bersama kawan-kawan koreiv tercinta ku jugak. alangkah beruntungnya badan.

tapi skrang masa kerja ini kita akan menjadi sibuk rupanya dan agak sukar untuk memperoleh peluang untuk travel dengan sesuka hati. time study boleh skip2x kelas kalo nak wat meeting ke, nak jumpe staff hep atau nk cari sponsor kat pekan kuantan tu. tapi skrng kalo nak ponteng atau escape ofis wat ala-ala ko cam time off huh fuh cukup payah. kalo ada mokcik pokcik nampak ko plus tak suke plak kat ko habis ko direportnya dan gaji ko dipotong atau tau-tau akhir tahun ko dapat evaluation dr bos yg ko ni no improvement or low performance. mati ko gaji tak naik siap kene potong lg. biler keje ko makin skema. (percayalah)

tapi ini bukan cerita pasal diri aku..lar tapi adik aku tersayang. satu2xnya adik lelaki aku dalam family. my proud..adik aku belajar di ALAM & ntahla aku sbnrnya tak pham akan minat dia. tapi yg aku tahu dia telah memikirkannya dengan mendalam dan menolak segala kos mekanikal automoatif di utm dan semua matrix ada 2 matrix dia dapat dan akhirnya pergi ke alam. ini kerana alam menjanjikan masa depan yg lumayan dan kos belajar yang murah siap dapat elaun setiap bulan. tak pernah menyusahkan family especially aku yg garang ni dan sentiasa nak bg aku duit walaupun dia student and aku ni engineer kuli yang sengkek. alhamdulillah semoga rezeki adikku murah, bile kerje nanti lagi 2 tahun dapat tolong aku kasi duit wat downpayment beli honda jazz. monthly aku bayarlah. ko duit muka (ini rancangan aku untuk adik aku haha kata gaji banyak berbukit, insyallah la kan)

skrang ni dia dah berada di barcelona..tengah bergumbira dan menjadi jakun di tempat orang sana-sini bergambar di pokok kerusi batu dan segalo objek yg terdapat disana. gambar di papan tanda mesti sekali, tempat makan dan rupa makanan serta awek2x cun di luar negara tidak dulukan. wajib. ..hepinya.memang inilah gaya orang malaysia bila pertama kali menjejakkan diri ke tempat orang huhu..Semoga adiku menjadi orang yang bahagia dan baik serta lead happy life. Amin.

gambar adalah hari sewaktu menghantar beliau ke airport & sikit gaya-gaya jakun ye. emmm merasa jugak antar sanak saudara pergi overseas sbb study. aku pun akan pergi jugak UK next 10 years for studying phd. my moment will come. dont worry. amin.

jadi penunjuk arah kat papan tanda wajib nie

kan dah kata gambar dgn tembok & pagar

papan tanda bukti dah sampai ke paris

pokok di spain mesti jadi jugak satu pose please

Tak percaya lagi, nah ticket ke PARIS

Sweet plak daughters and mother in pinky, ada theme ker hari tu

cek beg kat kaunter, 1st timer bersungguh betul

siapa nak diorang ni gaji riban-riban sila antar form

ini jelalah cerita for this one fine day..good luck my bro

P/s- aku dah ada dah sicomot wfx4288 buat aku experimen sebelum beli sejibik honda jazz aku tahun 2011 ok.

sTress KeRja Study = RoNGeng + Mkn sMpai buncit

Aloha, 2 minggu lepas adalah week yg stress wat aku, after posting (lantak la cakap ko tue)..
lepas dapat skit consult dr a few frens and enemy rsnya lega skit. Ckp enemy pun saya dengar jugak ok. Positive thinking. Lagipun aku rasa hepi sangat sbb last week lebih kurang 4 hari my mama and 2 adik pompuan berkampung kat umah sewa kecik aku tu sempena cuti sekolah..
biasalah masalah kita dapat ilang dgn mudahnya apabila kita duduk bersama orang yang kita sayang cinta. eh cinta satu lagi belum cari lagi..

tak lah aku stress giler sesangat. tetapi ada satu perihal lg iaitu komunikasi kurang berkesan berlaku kat aku oleh seorang hamba allah ini, ini pun sbbkan aku racau skit la. aku tau aku lampi, tak pandai, huduh, no sense of humor, skema, bongek dan etc, menyebabkan manusia ini kurang komunikasi berkesan dgn aku. kekadang aku menyampah kerana aku shj yg berusaha untuk pastikan aku dapat berkwan dgn minah ni. tapi ini aku lah..if u tak nak kwan dgn aku just mention it. aku ni bukanlah manusia bagus, sempurna, kaya ke or cantik sangat sampai ko nak dengki ngan aku. enough. aku dah fedup, better we bolayan ok. agree...

untuk itu, time bebusy ini hanya adik2x aku shj yg bleh nak teman aku anytime undospot bebila sahaja aku ajak. bagus sungguh adik2x aku ni. Arghh..semestinyalah nak ikut sbb aku yang bayar semua perbelanjaan makan dan mainan korang..member mana pun tak nak tak ikutkan kalo orang belanja..hehe..jadi beronggengla aku ngn adik2x aku jup tgk dragon ball RM8 je early bird lar.., then survey matta fair cam itik masuk kandang, book satu price g langkawi yahoo..2 malam pi survey kat lowyat CPU merah aku, pi beli satu, survey besi buruk bergerak aku satu angkat satu gak dalam 2 hr ini je..pastu dpt rezeki terpijak pokcik ku tersayang belanjan makan kt road house grill, apa lagi makan cam buruk lantak puaskan hati kerana stress...

Semuanya kerana stress..(buku plak tak sempat bukak langsung sepanjang orang cuti sekolah) ini tambah stress lagi..berikut adalah gambar stress..

engineer dan bangunan tak dapat dipisahkan

gaye kame-kame haha

muke ketat yg stress sangat

pagi di klcc

matta fair yg sesak gambar gegar

letih after survey trip..act mangung jup

Aktiviti makan-makan pulak...

steak rusuk..paling mahal giler

chicken chop standard price..mahal gak

grill platter peper souce..recommended by chef

abah act tepuk kepala kunun dia bayar, tapi bukanlah pokciklar

P/s stress pun berkurang biler jumper mama abah and adik adik ku..alhamdulillah, semangat semula kerja untuk siapkan UMP infra dan studies ku. AMIN








progress ump pekan campus tetap

hye kengkawan,

hari ini sengaja nak posting pasal progress ump, a.k.a universiti malaysia pahang.
tapi bukan yang dah ada di gambang tu tetapi yg berada di kampus tetap pekan pahang.
lokasi sebenar kampus tersebut adalah berhadapan pantai lagenda di kuala pahang.

so dari kuantan/gambang anda bolehlah mencari reference point KIPSAS dan bearing anda hendaklah betul untuk masuk ke susur pekan. setengah jam perjalanan anda boleh sampai ke

ump pekan. akan ada signboard besar masuk kiri bila anda hampir tiba di destinasi tersebut.

nak jadikan cerita, dah 2 kali saya terpaksa memaksakan diri untuk menghadiri mesyuarat koordinasi bagi fakulti meki n eee dan technical meeting for ump hostel with other consultant n contractor. Adalah kantoi pada hari ini kerana kontraktor request drawing sewer and drainage level tetapi saya tak dapat kasi kerana tak siap lagi. sungguh teruk saya ini, tapi saya cuba buat sesungguh walaupuan saya tak pandai..Tuhan tolang hambamu ini jadi lebih rajin dan pandai..next week sy bg.
Oklah..

Tanpa buang masa berikut adalah beberapa view yang dapat saya catch untuk reference rakan senior and junior saya.

jalan masuk ke fakulti mekanikal n elektrik

fakultas mecha n eee

piling machine for ump hostel (site sebelah br mula)

material pile sampaiii

Main drain 1.8 x 1.5 untuk fakulti and hostel

lantaklah apa orang nak kata mulut orang tak bleh tutup

lantaklah mulut ko bukan mulut aku..wargh marahnya hehe..

dah lama aku tak membuat nukilan luahan hati dan perasaan seperti ungu faiza atau skema rawk (kwn pja). kerana aku tak suka amik hati pada perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah pada diri aku.

serius aku tak amik port kalo orang mengata aku. lantak pe depa kata aku ignore sahaja. tak pernah lah aku nak respon n balas balik pada apa orang kata.
banyak pendekatan berdiam diri aku amik kerana serius letih kalo nak bergaduh atau nak pertahankan diri.

tetapi kekadang sedikit bengang. kebelakangan ini aktiviti seharian aku sangat padat oleh kerja bertimbun di ofis dan assignment berlambak di umah. di ofis pelbagai submission kene buat, amend sana-sini, surat sana-sini dan drafting problem yang bebukan itu. tau lah kerja camnerkan, menyampahkan. tapi aku tak pernah mengeluh panjang atau mengexpreskan kepayahan semua kerja itu sewaktu masa pejabat, sebab apa? sebab aku cool largh kut. aku tak suke mengeluh pebende yg penting aku buat sahaja. cuma kekadang mendengar keluhan orang lain adalah sesuatu yang tak best.well, ingat korang je boleh mengeluh, aku pun boleh. baik senyaplah. pada pandangan aku largh. bagi aku keluhan adalah suatu perkara negatif yang akan memberikan stress maksima pada otak ko. kerana otak kita tahu analisis bahawa keluhan = negative. jadi sbb itu ko stress kat ofis and ko jadi negative.

please men, jadilah positive. relaxkan diri you all. aku pun stress, orang laen pun stres jugak. yg paling penting pandai fokuskan masa dan keadaan mood anda dimana jua anda berada. kat ofis wat kerja, balik ofis wat assignment, tido, revision wat report.makan, excercise skit dan lead your life happily. so far aku dah tak negative atau stress kat ofis kerana aku sentiasa happy and +ve even tough berhadapan dengan pelbagai problem. monday-friday pi kerja, sabtu ahad pi kelas, asal ada cuti jer movies and vacation + balik kampung. Tak ker happy and +ve.

pastu janganlah condem orang lain punye kerja. orang lain punya body orang lain punya otak diorang yang tanggung. kalo seseroang itu tak boleh buat apa yang orang lain buat. adakah bermakna orang tu takkan berjaya dalam apa yang orang itu buat walaupun apa yang dia buat itu berbeza? Agak berbelit susah nak difahami tetapi please men. setiap orang ada gaya dan cara tersendiri untuk kejar matlamat dalam hidup. ada yg suke untuk bersusah dahulu bersenang kemudian. aku dah lama idup susah sejak dr kecik jadi melalui satu lagi phase yang susah dalam idup aku adalah perkara yg normal aku lakukan. Kenapa mesti ada yang nak memberikan kritikan tak membina pada aku walaupun secara langsung atau tak langsung. At first place, tak de sesiapa yang ingin dirinya dikritik walaupun secara percuma.

cubalah bagi pendorong skit, baguslah, teruskan usaha, aku tahu ko boleh buat, cayalah semoga berjaya. bila nak exam wat elok2x...Dll, eh camne ko wat yer, baguslag ko ni. Kan best dapat ayat gini kasi motivate jadi lagi rajin..

ini tidak, ayat negative yg aku dapat...aduhai cthnya: tak nak aku jadi macam ko, eh boleh ker ko idup camni , hei xder life lah wei, eh susahnya aku tengok ko. ish serius ker ko wat camni.

Well kengkawan apakah? cubalah kasi moral support and always think positive. dont give negative statment to ur friend, atau perlukan saya mengajar anda cara komunikasi berkesan yang tak menyakitkan hati rerakan anda. Itulah suruh masuk program agar improve your communication skill tak nak, Kan dah problem camni?

Maaf saya sedikit terkilan dengan keadaan yang berlaku sekarang. Buat baik silap buat jahat lagilah silap. Inilah realiti kehidupan. Tapi saya senang melupakan. Cuma kali ini sebelum melupakan nak memberi pengajaran dan tauladan pada rakan-rakan yang lain.

P/s - salahkah aku tegas pada diri sendiri, skrng sangat bengang jadi nak pergi nek gunung.

5/7 Forestry target list jejak Gunung and Taman Rimba

Mesti kwn2x aku pernah dgr forestry tapi tak pernah amik port pasal apa dia, sebabnya banyaknya engineer. Jadi wat perlah kita amik port terhadap perkataan tersebut.

After aku view website forestry itu hari aku dapati, forestry adalah pihak yang menjaga kecantikan alam semulajadi hutan kita n sungai2x kita. Maka aku pun tertarik kepada forestry Selangor sahajalah. Travel or outdoor aktiviti means money..money..money..


Kita lihat dalam forestry Selangor kita ada tempat berikut:-


  • Kanching - dah pg ada 2 tempat satu ket lentang satu kat rawang
  • Sg congkak - dah pg kat cheras
  • Sg tekala - dah pg kat cheras
  • Sg tua – dah pg kat blakang gombak
  • Taman rimba templer – dah pg kat rawang
  • Gunung nuang - in progress kat cheras
  • Taman rimba komenwal - in progress kat rawang


Tetiba aku notice yg actually aku dah pergi jejak hamper 5/7 dr tempat yg dijaga oleh forestry Selangor. Jadi aku wat satu keputusan untuk setelkan list tersebut..Target aku adalah mesti menjejaki gunung nuang and rimba komenwal.


Perancangan n geng dah ada, just masa yg tiada buat masa ini. Semoga segalanya berjalan lancar mengikut yg aku rancangkan. After exam and hantar assignement kita enjoy.

Tunggulah pengembaraan yang lebih menarik dari aku..


P/s – tak sempat lagi nak tonton udin ipin, sayanglar, betul2x

yeah, aku dah sah berdaftar jurutera siswazah


to junior eng. elliashah..

nih..Certificate jurutera siswazah ko, ni adalah a good start untuk proceed jadi pro..engineer..pastu ko blehlah..daftar iem, pergi amik course, seminar, curut & koroks talk, golf class (apa kes) and etc necessary class, gagahkan diri collect 6o cpd hours..jgn luper interview & exam jawab sesungguh, tipu sikit mana boleh..assumption and prediction kene practice dr skang, practice make perfect..then after several years ur r an IR..huhu..ko janganlah ambitious sangat..tapi aku tau ko bleh..gambate yerk..(tau plak aku ckp jepun)

nasihat ikhlas dr..
tan sri dato' ir hj zaini b omar
(sikit bau belacan dgn CEO MBO)

sgh L700 mine now


akhirnya aku dapat amacam..ok lah tuk orang berjimat cam aku ni. syukur atas nikmat yang DIA berikan..lala hepi sangat nie.

gambar sajer dibuat blur..

deeper conversation

By yuna-deeper conversation


Yuna - Deeper Conversation Chord

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And im learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And im learning you

And if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I let my guard down for you
And in time you will too

if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

4x
Deeper Conversation
let me

aku sedang menggilakan..

aku sedang menggila terhadap LJ, FT, Stacy & Yuna..

apabila aku suke giler terhadap sesuatu artis tu akan ku putarkan lagunya sampai orang sekeliling naik muntah, tapi itu dulu sbb dok share bilik kat hostel. skang dah tua, dok sendiri dgr sendirilah..lagipun tiada orang nak kritik kenapa aku suke orang tue, cam dulu aku pernah suka sama itu pernyanyi katakanlah..hehe pepeham jer lah.

Lj - aku start suke dalam kami the series, suke giler serius sbb dia so trendy and sangat fashionable, cute and very humble. Nampak cam x lar giler social sangat cam juliana evens and ken dia dalam kami tue..(sorry tak minat)..Lj nampak sangat cam punk yang sweet. giler kipas susah mati aku. LJ plak bleh memang pelakun baru popular, lyn pandai berlakun, just terkilan skit dalam filem maut sbb suara dia soft sangat (baru2x lagi masa tue) tapi dlm histeria memang best. huhu.

FT - memang rock kapak, lantak la korang kata dia poyos giler tapi FT memang best bersungguh dlam wat performance, high showmanship walaupun just artis jemputan. memang patut sapu habis AJL 23, tahun ni FT memang bintang paling popular pasti punya lar..

Stacy - ni gurl stamina tinggi betul, xder artis lain boleh lompat katak cam dia ni. suka sangat stacy, lelebih lagi feat FT Bring me life, Hot Jam Big FM power habis..nampak cam lagi terror sama FT. tapi kalo wat lagu feat FT after this memang power largh,,go stacy..vote stacy for penyanyi baru popular ok..gogogog..

Yuna - baru fan giler dgn dia semalam, hr ni dah putar lagi dia 24 hours kat ofis hehe..dgr lagu sambil bekerja dengan teruk dan tekun ok..dis gurl indi band largh..tapi paling sweet dia nyanyi ala-ala malas tapi sedap largh..especially deeper conversation tue..gilah try dgr weih..hehe

P/s - sentiasa tertunggu-tunggu kemunculan LJ & FT kat tv..astro xde tak leh tgk stacy, yuna plak indi x masuk tv largh..

LJ gorgeous


Liyana Jasmay a.k.a LJ dazzingly beautiful..luv lj so much hehe..
hobi terbaru gosip artis and Yuna chan..huhu dan sebenarnya lalala..

stacy & Ft memang rock..




p/s - target mesti dapatkan satu superman shirt - tanda sokongan pada FT rock..
mari sesamer sokong Bintang Paling Popular Faizal Tahir and artis baru wanita popular Stacy

ex jpp KMM yang berjaya..kenangan ku


tetiba hari ni ada ym bernama membuzz sorang ahli YM yang ada dalam ym list aku bernama farmerkah. aku buzz dia kerana aku dapati aku takde fren name farmerkah. tanpa niat buruk terhadap dia. aku pun mulakan buzz tersebut. dia pun membalas. akhirnya dapat aku identify bahawa farmerkah adalah kwn ku exjpp kmm pada masa dahulu, bernama anuar halil.

pada waktu dahulu beliau adalah setiausaha jpp kmm 03/04, dimana aku plak adalah exco eknomi jpp kmm dulu (pergh poyo gak time matrix), tapi dia ni memang lost kontek lah dgn semua ahli jpp disebabkan tidak mahu mengenali teknologi kot. terpisah selama 4 tahun tanpa kabar berita akhirnya bertemu semula. (telefon ada tak mau guna hehe)

jd aku dan farmerkah banyak berbicara mengenai apakah terjadi dengan exjpp yg lain. Akulah menjadi story teller (cam yasmin ahmad plak) kepada farmerkah ini..cerita dimulakan dengan YDP aku iaitu saudara nasrul hadi, nasrul semua kenal fofularlah katakan skang adalah tutor ump dan dlm process furter study master mechanical enginering, fauzani plak sdng menjadi fulltime student di UniKL wat research tue, mantop dia ni engineer telekomunikasi lah katakan..then amirah telah berjaya menjadi seorang farmasi dan skang dok kat hospital dgn umah dia kat damansara.

then adli alimi plak sdng menjalani KPLI di srwk dan akan menjadi seroang guru mithali, alhamdulillah, ramai lagi cikgu yang berilmu dalam jpp ini antaranya atun cikgu (xingat subjek pe), syirah maths, nurul biologi and asrul pun cikgu bio. semoga mereka menjadi pendidik yang berhemah di masa hadapan. amin.

aku plak, semua tau, civil enginerr korok plus berangan nk jadi prof dan sdrng wat master. adoii.
kwn comel aku lailatun salwa sedang keje tungkus lumus dgn telekom sbb sponsor dia study tu. adik comel aku azam plak telah keje di giant company iiaitu SDE sime darby engineering as civil engineer post lar..setempat plak dok ngan jaii ganess aku (hehe ayat) kat sana..

tertinggal plak pasangan bahagia ni, aini n acik, aini doktor lah katakan dan tgh wat praktikel ni, acik plak mechanical engineer gak tapi rahsia lah apa dia wat skang, saja tak nak kasi tau kot. x luper juge pada wahyuni n faiz yang merupakan akauntan tapi aku pun tak ingat apa keje diorang skang. yang penting semuanya berjaya dan sedang melalui kehidupan bahagia masing2x.

lutfi plak aku luper dia tgh wat per skang, pas masuk akademi nasyid hari tu tapi tersingkir awal.huhu, tapi dia da pesan aku dulu dia nak amik master nak wat bridge engineering. mantop. lutfi ada same idea dalam kepala otak aku ni. cayoklah.

semoga semua rakan ku berjaya dalam urusan dunia dan akhirat, dan percayalah bahawa rakan-rakan inilah yang membuka laluan baru dalam hidup ku ini untuk mengenal dunia dan mencabar diri ku sendiri bahawa sebenarnya aku boleh melakukannya. Korang adalah antara pembakar semangat dan inspirasi diriku ini. Terima kasih atas segala ajaran teguran nasihat dan kenangan yang pernah diberikan sewaktu bersama dengan korang.



You'all the best. Walaupun jauh tapi dekat dihati.

men paintball & jumpe kwn ump balik

hye..

hari ni aku hepi semula pas jumpe ngn kwn ump aku mat ta and ayeh (nama manje)..actually aku tak tau pun nama manja dia, baru je tau tadi haha.. thank you pada mat ta sebab susah payah dapatkan traffik & geotech report tuk aku yg pemalas ini. tp report ini sangat penting utk buat assignment geotech aku and assist kak awin wat geotech report dia utk projek jalan DBKL. bagus tak saya ini. huhu kunun.

Sebenarnya badan ni sakit-sakit dan lelebam..akibat aku main paintball last sabtu kat kg kemensah blkang zoo negara. Serius best wa cakap sama lu. kebesttan tu aku telah ada 5 bekas lebam besar bola tenis kat badan aku ni..

sebelah pinggang kiri, kanan belakang dan 2 kat kepala lutut (pecah tempurung lutut aku hehe) akibat penangan tembakan jarak dekat. so lebam tu itam ungu dan besar hehe ish aku pun jijik..
sbb truk sangat kak awin tengok pun takut haha..tau x per..inilah penangna men paintball..
tapi memang best giler sbb main track dalam hutan so agak trill compare indoor court. then second court still dlam utan just cam men belakang tin-tin yang korang selalu tgk tu. konsep suddden death ni menakutkan hehe..court ni sbb pinggang belah kiri aku membengkak..

aksi pas main..comot & happy..

aku tembak syura, tapi syura cam nak makan bullet je

aku pulak nak tertelan bullet ..ee yerk pahit

mesti hilang beberapa ratus kalori kerana peluh keluar berderas cam banjir huhu..bestnya
itu jer nak story..nak main paintball lagi..next week nak pg belly dance yahoo..jom join.


P/s amalkan gaya makan sihat dan minum 2-3 liter p/day-khas tuk aku n uddin n pija haha