ex jpp KMM yang berjaya..kenangan ku


tetiba hari ni ada ym bernama membuzz sorang ahli YM yang ada dalam ym list aku bernama farmerkah. aku buzz dia kerana aku dapati aku takde fren name farmerkah. tanpa niat buruk terhadap dia. aku pun mulakan buzz tersebut. dia pun membalas. akhirnya dapat aku identify bahawa farmerkah adalah kwn ku exjpp kmm pada masa dahulu, bernama anuar halil.

pada waktu dahulu beliau adalah setiausaha jpp kmm 03/04, dimana aku plak adalah exco eknomi jpp kmm dulu (pergh poyo gak time matrix), tapi dia ni memang lost kontek lah dgn semua ahli jpp disebabkan tidak mahu mengenali teknologi kot. terpisah selama 4 tahun tanpa kabar berita akhirnya bertemu semula. (telefon ada tak mau guna hehe)

jd aku dan farmerkah banyak berbicara mengenai apakah terjadi dengan exjpp yg lain. Akulah menjadi story teller (cam yasmin ahmad plak) kepada farmerkah ini..cerita dimulakan dengan YDP aku iaitu saudara nasrul hadi, nasrul semua kenal fofularlah katakan skang adalah tutor ump dan dlm process furter study master mechanical enginering, fauzani plak sdng menjadi fulltime student di UniKL wat research tue, mantop dia ni engineer telekomunikasi lah katakan..then amirah telah berjaya menjadi seorang farmasi dan skang dok kat hospital dgn umah dia kat damansara.

then adli alimi plak sdng menjalani KPLI di srwk dan akan menjadi seroang guru mithali, alhamdulillah, ramai lagi cikgu yang berilmu dalam jpp ini antaranya atun cikgu (xingat subjek pe), syirah maths, nurul biologi and asrul pun cikgu bio. semoga mereka menjadi pendidik yang berhemah di masa hadapan. amin.

aku plak, semua tau, civil enginerr korok plus berangan nk jadi prof dan sdrng wat master. adoii.
kwn comel aku lailatun salwa sedang keje tungkus lumus dgn telekom sbb sponsor dia study tu. adik comel aku azam plak telah keje di giant company iiaitu SDE sime darby engineering as civil engineer post lar..setempat plak dok ngan jaii ganess aku (hehe ayat) kat sana..

tertinggal plak pasangan bahagia ni, aini n acik, aini doktor lah katakan dan tgh wat praktikel ni, acik plak mechanical engineer gak tapi rahsia lah apa dia wat skang, saja tak nak kasi tau kot. x luper juge pada wahyuni n faiz yang merupakan akauntan tapi aku pun tak ingat apa keje diorang skang. yang penting semuanya berjaya dan sedang melalui kehidupan bahagia masing2x.

lutfi plak aku luper dia tgh wat per skang, pas masuk akademi nasyid hari tu tapi tersingkir awal.huhu, tapi dia da pesan aku dulu dia nak amik master nak wat bridge engineering. mantop. lutfi ada same idea dalam kepala otak aku ni. cayoklah.

semoga semua rakan ku berjaya dalam urusan dunia dan akhirat, dan percayalah bahawa rakan-rakan inilah yang membuka laluan baru dalam hidup ku ini untuk mengenal dunia dan mencabar diri ku sendiri bahawa sebenarnya aku boleh melakukannya. Korang adalah antara pembakar semangat dan inspirasi diriku ini. Terima kasih atas segala ajaran teguran nasihat dan kenangan yang pernah diberikan sewaktu bersama dengan korang.



You'all the best. Walaupun jauh tapi dekat dihati.

No comments: