Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

lantaklah apa orang nak kata mulut orang tak bleh tutup

lantaklah mulut ko bukan mulut aku..wargh marahnya hehe..

dah lama aku tak membuat nukilan luahan hati dan perasaan seperti ungu faiza atau skema rawk (kwn pja). kerana aku tak suka amik hati pada perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah pada diri aku.

serius aku tak amik port kalo orang mengata aku. lantak pe depa kata aku ignore sahaja. tak pernah lah aku nak respon n balas balik pada apa orang kata.
banyak pendekatan berdiam diri aku amik kerana serius letih kalo nak bergaduh atau nak pertahankan diri.

tetapi kekadang sedikit bengang. kebelakangan ini aktiviti seharian aku sangat padat oleh kerja bertimbun di ofis dan assignment berlambak di umah. di ofis pelbagai submission kene buat, amend sana-sini, surat sana-sini dan drafting problem yang bebukan itu. tau lah kerja camnerkan, menyampahkan. tapi aku tak pernah mengeluh panjang atau mengexpreskan kepayahan semua kerja itu sewaktu masa pejabat, sebab apa? sebab aku cool largh kut. aku tak suke mengeluh pebende yg penting aku buat sahaja. cuma kekadang mendengar keluhan orang lain adalah sesuatu yang tak best.well, ingat korang je boleh mengeluh, aku pun boleh. baik senyaplah. pada pandangan aku largh. bagi aku keluhan adalah suatu perkara negatif yang akan memberikan stress maksima pada otak ko. kerana otak kita tahu analisis bahawa keluhan = negative. jadi sbb itu ko stress kat ofis and ko jadi negative.

please men, jadilah positive. relaxkan diri you all. aku pun stress, orang laen pun stres jugak. yg paling penting pandai fokuskan masa dan keadaan mood anda dimana jua anda berada. kat ofis wat kerja, balik ofis wat assignment, tido, revision wat report.makan, excercise skit dan lead your life happily. so far aku dah tak negative atau stress kat ofis kerana aku sentiasa happy and +ve even tough berhadapan dengan pelbagai problem. monday-friday pi kerja, sabtu ahad pi kelas, asal ada cuti jer movies and vacation + balik kampung. Tak ker happy and +ve.

pastu janganlah condem orang lain punye kerja. orang lain punya body orang lain punya otak diorang yang tanggung. kalo seseroang itu tak boleh buat apa yang orang lain buat. adakah bermakna orang tu takkan berjaya dalam apa yang orang itu buat walaupun apa yang dia buat itu berbeza? Agak berbelit susah nak difahami tetapi please men. setiap orang ada gaya dan cara tersendiri untuk kejar matlamat dalam hidup. ada yg suke untuk bersusah dahulu bersenang kemudian. aku dah lama idup susah sejak dr kecik jadi melalui satu lagi phase yang susah dalam idup aku adalah perkara yg normal aku lakukan. Kenapa mesti ada yang nak memberikan kritikan tak membina pada aku walaupun secara langsung atau tak langsung. At first place, tak de sesiapa yang ingin dirinya dikritik walaupun secara percuma.

cubalah bagi pendorong skit, baguslah, teruskan usaha, aku tahu ko boleh buat, cayalah semoga berjaya. bila nak exam wat elok2x...Dll, eh camne ko wat yer, baguslag ko ni. Kan best dapat ayat gini kasi motivate jadi lagi rajin..

ini tidak, ayat negative yg aku dapat...aduhai cthnya: tak nak aku jadi macam ko, eh boleh ker ko idup camni , hei xder life lah wei, eh susahnya aku tengok ko. ish serius ker ko wat camni.

Well kengkawan apakah? cubalah kasi moral support and always think positive. dont give negative statment to ur friend, atau perlukan saya mengajar anda cara komunikasi berkesan yang tak menyakitkan hati rerakan anda. Itulah suruh masuk program agar improve your communication skill tak nak, Kan dah problem camni?

Maaf saya sedikit terkilan dengan keadaan yang berlaku sekarang. Buat baik silap buat jahat lagilah silap. Inilah realiti kehidupan. Tapi saya senang melupakan. Cuma kali ini sebelum melupakan nak memberi pengajaran dan tauladan pada rakan-rakan yang lain.

P/s - salahkah aku tegas pada diri sendiri, skrng sangat bengang jadi nak pergi nek gunung.