Hari tu aku ada pergi seminar NIOSH certified untuk kad Confined Space. Ingat semudah itu sahaja nak dapatkan kad tersebut. Tidak yer. Masa nak amik kad didapati Medical checkup ku telah expired. Jadi aku dikehendaki oleh doktor syarikat untuk membuat ujian darah & medical checkup pada 3 Feb 2014.
Sebulan selepas itu, 4 Mac 2014 aku pergilah menjalani pemeriksaan lanjutan. Keputusan darah aku agak menggemparkan diri aku sedikit. Aku mengalami kenaikan agak tinggi bagi kandungan kolesterol & protien dalam badan. Terkemam aku seketika. Jadilah hari itu dalam sejarah. Kolesterol aku dah tahap 80 percent tinggi, jika naik sikit lagi aku dikehendaki mengambil ubat kolesterol.
Aku pun tersedar dari lamunan, nak tak nak sekarang sudah genap 2 minggu aku mengambil makanan paling tidak sedap didunia iaitu bijiran OAT. Macam-macam cara aku pakai untuk makan oat tersebut. Ade jagung, buah, sayur, coklat, sambal and guna bahan marinate or goreng.
Aku rancang 14 April ini untuk aku jalani ujian kolesterol, nak lihat adakah penurunanselepas 1 bulan pengambilan oat. Kadang-kadang aku merasa risau kerana minggu lepas aku ada rasa chest pain. Ehm tetiba tersentak jika ada kene mengena dengan jantung aku kah. Jadi dengan kesedaran itu, aku sedang menjalankan gaya makan hidup sihat. Oat & salad setiap malam.
Harap rancangan ini berjaya dan kolesterol jahat itu nyah dari hidup aku.
1 comment:
Salam perkenalan Elli.
Selamat berusaha untuk sihat ya!
Selain makan oat, makan tuna (high Omega-3) dan garlic pun elok juga untuk turunkan koelsterol.
Post a Comment