Hehe..aku buka facebook, baru perasan ramai ya kawan kahwin bulan 5 dan 6 ini. Aku sendiri je dapat 5-6 jemputan tuk tarikh Yg sama 12 may, masa tidak menyebelahi aku. Satu pun tidak dapat aku hadiri kerana lokasi aku berada di Bintulu. Aku sendiri pun nak buat majlis pada 2 june. Syukur akhirnya semua rakan-rakan aku turut melabuhkan tirai single mingle mereka pada tahun ini.
Kepada lan, fiorisa, azam, hana, nodie, sarina, shahrul,kak rina, Abg bedul, atiq & Yana. Aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga lancar dan barakah majlisnya.
Aku memang dah janji dengan Mama aku kena settle down by 28. Choiii kantoii usia aku kan. Kalau tidak hari2 lah nyer kene bahan bebelan bilakah anak dara ini nak kahwin. Memang tak tahan wei, belum campur makcik pakcik sepupu sepapat jiran tetangga masyarakat yang suka mengintai kain orang lain. Maksudnya concern sangat pasal kita. Budaya orang Melayu memang begitu. Tapi rasanya soal ditanya ini memang terjadi kepada segenap lapisan masyarakat. Pernah satu ketika ada seorang kawan aku ini amuk di Fb, katanya bila single tanya bila nak kahwin,bila dah kahwin tanya bila nak De baby, dah sorang bila nak tambah lagi, jadi rantaian soalan berlanjutan dalam cycle kita sampai akhir hayat. Hehe. Redha ajelahkan..
Apa lagi Yer tinggal majlis aku ni. Kad dah siap and dah edar2, habis jemput pakai Fb,email and mulut ke mulut. Doorgift dah hampir 80 barang siap, cuma proses nak packing je belum lagi. Dalam 10 hari sebelum majlis kot. Pakaian nikah, resepsi. Lelaki dan perempuan pun dah selesai semua masa dan pakej ya. Makan catering lagi 2 minggu majlis bayar semua. So tentative by 16 mei settle. Aturcara majlis secara ringkasnya dah ada dalam kepala otak. Baju famili pun settle tapi satu pihak sahaja. Belah lelaki kena pakai baju re cycle yea. Memanjakan diri in progress dan dah book spa for 26 mei. Aktiviti berinai pada 31 mei incase tak merah buat lagi 1 june. Ticket balik Bintulu kl dan kl Bintulu done. Managed dapat MAS tix. Lega aku.
Oh ok ada dua bende tidak settle, makanan tambahan dan manisan tambahan untuk 300 dan 1500 orang. And transportation dari kl Kedah untuk 44 orang. And borang nikah belum submit. Haha bende paling penting tetapi masa masih panjang.
Ok aku kene study skrg, esok ada exam interview session, hope ok, sbb aku x prepare langsung.
Ps doakan majlis aku lancar k. Dan menjadi detik terindah dalam hidup.
2 comments:
INterview ape?
Its a session of accelerated capability development. Nk tau cmner knowledge and skil level kita dlm technical line. 3 hours session to prove you result Every year. Huha
Post a Comment