Berlatarbelakangkan NICE City |
Tapi akibat terlalu lama entry ini terperap maka owner telah lupa kebanyakan nama tempat yang dilawati. Masa lawatan ini tak terniat lagi nak disiplin buat study dan catatan untuk paparan bloggers. Yang pasti journey dimulakan dengan meluncur laju diatas highway tiba-tiba rasa sangat bosan dan merugikan kerana tidak dapat melihat pemandangan coastal road iaitu laut mediterrenean. Jadi terus tukar GPS offroad dan masuk menggunakan jalan dalam menuju ke Monacco dan Nice.
Subhanallah memang cantik pemandangan sepanjang berada dilaluan laut mediterranean ini. Tidak sia-sia menghabiskan masa 5 jam hanya untuk menikmati pemandangan indah tersebut. Merentasi berpuluh pekan kecil dan dapat menilai struktur serta astetik bangunan lama dan baru yang terdapat di bumi Italy, France & Mocacco ini. Sayang nama pekan tidak dapat disenaraikan disini tapi kawan-kawan boleh tanye Mr Google sahaja.
Menginap satu malam di Hotel XXX (lupa nama) dengan harga 28 euro semalam. Murah kan sebab share dua orang hehe. Malam tersebut hanya berjalan kaki di town yang telah tutup awal semuanya dan makan pizza sambil menikmati desir angin sejuk di malam hari. Tapi badan kepenatan, setelah makan 2 keping pizza sahaja, kami tour dulu satu Nice untuk recce papan2 tanda penting untuk dilawati pada esok hari. Habis pusing terus pulang untuk tidur.
Esoknya, kami bergerak ke Nice dan mencari parking dengan harga 2 euro per hour. Langkah dimulakan dengan melawat cemetery parajurit Nice, kemudian ke Parco (taman) artificial yang dibina agak tinggi yang boleh melihat keseluruhan Nice city. Air terjun artificial yang femes di Nice adalah diatas taman ini. Cemetery jugak banyak terdapat di taman ini. Taman yang agak besar dan sesuai untuk beriadah bersama anak-anak. Kemudian, kami turun dan pergi ke pasar tempat favourite untuk melihat cara hidup orang tempatan dan food yang menarik serta sedap2 itu. Nama pasar tak ingat. Seterusnya ke water fountain gambar bogel huhu. 18sx betul dan aku tetap lupa nama haha.
Pasal di Monacco lupa pulak, sebenarnya singgah sekejap sahaja di Monacco hanya untuk berjimba2 gambar. Monacco adalah sebuah negara kedua terkecil di dunia. Jadi kecik sbb tengok je dah tahu mana hujung-hujungnya. Jadi itulah entry nice trip to nice.
p/s - nak rajin buat study pasal trip dan buat catatan barulah entry ilmiah, maaf atas kelemahan entry ini.
No comments:
Post a Comment