My 1st ever g7 gunung yong belar

Syukur akhirnya pada 13-15 April yang lalu aku telah berjaya menawan puncak gunung yong belar. Ini adalah cubaan aku yang pertama untuk menjejaki jejak langkah otai lain ke G7. Feelingnya taklah terlampau teruk, mungkin ekoran aku melakukan latihan intensif tanpa ku sedari sebelum pergi melenjan diri ke Yong Belar.

Aku ingat lagi, sekembalinya aku dari rajah pada end of April, aku terus ke bukit tabur (Sabtu) dan Gunung Gap & Ulu Semangkok (Rabu) dan khamis malam esoknya aku terus bertolak untuk melenjan diri di peak G7 pertamaku yang rata-rata otai kategorikannya sebagai antara G7 yang tersenang. Ye ker. Hehe nak tahu kene cuba sendiri.

Khamis malam berkumpul bersama team yg namanya dirahsiakan di suatu lokasi di tengah bandaraya Key ell. Bersiaplah kami menyusun barang dan mengagihkan ration sesame sendiri. Kita dah bagi ration terbanyak tapi ringan kepada abg lan kita yang kuat. Dari team kita yang kecil yang hadir adalah kak nisda rock, noora kaki kencing gak, fendy kaki bebel dan abg naz raja segala Kaki kencing yang ada di muka bumi ini. Tetiba aku emo bila teringat kembali apa yg telah noora n abg naz lakukan. Sampai hati mereka KK wa sampai hari kejadian. Memang sentap lah sekejap tapi happy sebab noora ada sekali dalam trip YB ni. Its should be ok. Wakil g2k menawan puncak G7.

Bus bergerak dalam jam 10 pm dan sepanjang malam ku berborak dengan kB sehingga nak sampai tapah barulah nak tertido. Apa lagi pewaii lah jawabnya sebab kurang tidur. Turunnya dengan niat nak melantak nasi lemak tapah kak masz tp apakan daya rending sambal ikan bilis cili api dan ketupat palas kak nis terbaik dari segalanya. Makan itu sahaja dah kenyang pekenalak dgn teh ais terbaik, memang layan.

Jam 12pm kita bergerak semula ke Tanah Tinggi,Cameron Highland ikut simpang pulai. Tak mampu melayan sembang lagi maka haku pun tidorlah walaupun agak susah nak tido dlm bus yang berbunyi macam dinosaur (duk belakang sekali) tu tapi layankan jugak mata untuk 2-3 jam. Tepat jam 500 pagi kita tiba di perkarangan masjid dan bersembanglah sampai tunggu pak imam sampai nak buka pintu. Sejuk kowt, itu pasal tak boleh tidur dah. Masuk shj waktu subuh, semua menunaikan solat dan berkemas dengan pakaian trekking dan bersedia untuk menaiki powil.

Jam 730 pagi powil pun tiba dan gerabak perempuan dihantar dahulu masuk ke jalan kebun, kg raja. Biasalah gegurls naik powil mesti jerit-jeritkan ekoran jalan yang cam hampeh berlubang sana sini berat kiri kanan. Akhirnya jam 8 pg kami selamat sampai ke entrance yong belar iaitu track tangga. 15 min kemudian gerabak boys pulak tiba. Kumpulan lakukan dahulu aktiviti warmup dan lompat bintang sebelum wat expedisi jelajah yong belar.

Jam 830 pagi, dengan semangatnya budak2x ni bergerak menaiki track tangga selama 15 min. Selepas itu, kita akan menjumpai track batang paip yang leach ditelenggami air dan lumpur. Disebabkan keadaanya tidak begitu meyakinkan maka perjalanan mengambil masa agak lama kerana terpaksa berhati-hati ketika melalui batang paip. Peringkat jalan paip pertama dalam 20 min boleh selesai sehinggalah tiba di suatu junction 4. Di junction ini kita amik kiri dimana ada lagi laluan pipe. Laluan selepas ini memakan masa lebih kurang 25 min sehingga tiba di Cabin. Jam 930 pagi kita tiba di kabin sambil menunggu kedatangan sweeper kt yang terakhir.
Jam 10 pg kita bergerak semula untuk menuju ke kem site tudung periuk untuk makan tengahari, amik air dan beristirehat seketika. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam kerana sampainya sana sudah masuk waktu zohor. Tidak ku ingat pukul berapa sampai ke sana? Walaubagaimanapun pukul 300 ptg rasanya kita mula bergerak untuk shoot ke puncak sardine & kem kasut (kem site terakhir sebelum puncak). Perjalanan haku bermula dari tudung periuk memang ditemani oleh biha sahaja. Nasib si biha mampu untuk mengikut rentak perjalanan ku yang slow pacak laju landai (expertise time rata) haha tapi tidak berhenti. Akhirnya jam 545 ptg kami sampai ke puncak sardine. Barulah dapat ketemu abg naz, safwan, peri, fendy, bad dan ariz yang telah jauh ke depan. Depa jam 515 dan sampai ke peak sardine.

Tepat jam 6 petang, kami bergerak semula untuk shoot ke kem kasut. Sekali lagi kerana pace kami yang perlahan. Kami telah ditinggalkan oleh mereka yang gagah dihadapan. Puiii. Nasib biha ada disampingku. Tq biha yang comel. Kata dekat macam dekat tapi jauh rupanya memang dekat sahaja. Abg naza kata 30 min tapi 1 jam kot. Lebih kurang nak 650 aku dah biha tiba di kem kasut. Alhamdulillahh sampai akhirnya walaupun aku & biha dah start mental. Lagipun keadaan mulai sejuk. Tak tahan. Di kem kasut kita berehat sambil menantikan azan magrib berlalu pergi. Kami menunggu dalam keadaan kesejukan melampau sehingga jam 730 ptg.

Jam 730 ptg kami memulakan perjalanan menuju puncak. Abg naz KK lagi. Katanya 30 min jer dah sampai rupanya lama kot. Tapi semua itu hanyalah mental sebab overtime dan x Nampak track. Rasa susah dan lama jer nak menyampai ke atas. Nasib ada ariz yang sudi menyuluh lampu dan kb yang caring dibelakang. Haha semuanya kene marah dengan aku. Baru tahu betapa garangnya aku diwaktu malam. Sumpah benci OT. Especially bila dah letih tahap dewa OT pulak. Sorry yer ariz and fendy kene marah dengan akak nie. Lain kali jgn nak KK sangat aku ni haha. Tepat jam 9 pm sampai ke puncak. Akhirnya nasib baik OT hanya 1 jam 30 min. Kalo lama lagi, lagi ramailah manusia aku marahi, haha.

Kesan mental memang belum berakhir, di puncak setelah mengemaskan diri aku pun tido disamping peri sambil menunggu ketibaan kak nis and noora. Sian rasanya mereka OT lebih lama dari haku siap dapat hadiah dari tebuan lagi. Syukur tepat jam 1145 pm mereka tiba di puncak. Kami dinner at 12 pm and tido at 1pm. Terbaik x. Camne nak kurus walaupun naik G7, makan tak tentu masa tido tak tentu waktu.

Syukur semuanya telah selamat. View pagi di puncak yong belar adalah sangat terbaik. Segala yong yang, korbu, gayong kelihatan tatkala jam 715 pg. Terubat segala jerih perih nak menapak ke puncak dan lupa segala kesusahan yang telah dilalui. Pehtu ada hati nak repeat. Bukan dalam masa terdekat harap maklum yea.

Setelah bersarapan, berkemas, amik gambar dan video sakan. Kami pun turun ke peak shoot ke tudung periuk untuk bermalam disana. Turun jam 12pm sampai jam 445 ptg. Dari waktu itu hingga jam 6 ptg telah diperuntukkan untuk mandi sahaja. Walau air sejuk bangat tapi bau busuk ini mengatasi segalanya. Maka berendamlah dalam air yang sangat sejuk itu. Malam kita makan masakan abng lan yang sempoi dan sedap dan tidur berimpit dengan agas yang ganas.

Cerita balik ni memang pendek shj. Esok pg after breakfast, bersiap dan tepat jam 12pm kami shoot ke bawah. Tepat jam 130 kita dah sampai ke cabin, bapak lah laju kalo turun. Tunggu, makan and lepak jam 3 kita gerak semula ke track pipe and tangga. Tepat jam 430 ptg kita sampai ke bwh. Seronoknya dah habis perjalanan trip kali ini. Tapi powil pulak buat hal jam 650 br sampai. Sian bdk2x ini menunggu dalam sejuk siap lapar balik semuanya. Sampai masjid lama berkemas, naek bus pulun lah tido dah letih kowt.

Kesian pulak cerita ini tergantung, so i sanggup bukak balik nak letak ayat penutup. haha. Kami berhenti seketika di tapah untuk hidangan lewat malam lagi memang hatta semuanya sangat lapar, pekena kuey teow sup dulu dah apabila sudah kenyang maka kami pun laju meluncur ke kuala lumpur. Tiba di key ell jam 130 pagi dan sampai ke rumah jam 2 pg. Perjalanan yang sungguh menarik dan sangat menggembirakan. Trip gunungku yang terbaik so far selain dari Kinabalu.

p/s - destinasi seterusnya, apalagi next G7 lah..ayuk kawan-kawan

1 comment:

Anonymous said...

As salam tumpang iklan ye cik.
TEBING TINGGI BACKPACKERS
GUIDE SERVICE ALL OVER CAMERON MOUNT
ANDY 017-9997790