17-18 mac 2012 aku dan beberapa geng g2k join aktiviti tiruk dijerangkang, maran pahang bersama geng budak cap ayam. Jumaat malam segerombolan 30 lebih peserta berkumpul diterminal putra gombak dengan satu tujuan nak ke jerangkang. Jam 11 kami gerak dan berehat seketika di genting sempah. Tepat jam 12 group kami memulakan perjalanan ke Destinasi exit setia jaya. Aku menaiki kereta bersama adiku dan classmateku. Kami memang sampai awal sekali sebab tak berhenti dimana- mana hentian pun. Jadi jam 3 kami tido sekejap disurau tol sementara menunggu yang lain. Tepat jam 330 yang lain pun tiba. Dengan bangganya ktorang pun bangun dari tido dan terus join group berkumpul. Lepas 15 min terus berkumpul dan bergerak secara konvoi sekali lagi menuju ke sebuah surau berdekatan exit masuk jalan entrance ke jerangkang. Berhentinya di sana, semuanya bantai sekali lagi sambung tido hingga masuk waktu subuh. Alhamdulilah dapat beramai menunaikan solat subuh secara berjemaah. Tak kelihatan pun misteri dalam cerita aku di ataskan. Jam dah menunjukkan jam 650 pagi. Ehm masa untuk bersalin ke pakaian trekking dan menyimpan segala harta benda gadget. Aku terus membuka beg untuk mencari my precious gadget. Pergh sekilas pandang ada rupanya ia adalah bedak compact aku sahaja. Maka gelabah ayamlah apabila aku dapati telephon terchenta tidak berada didalam pouch beg aku. Kelam kabutlah aku mencari didalam kereta dengan anggapan bahawa ianya terjatuh ke bawah seat. Ketenangan tidak mencukupi untuk membenarkan telefon aku dijumpai pada masa itu. Sedih rasanya, jatuh gugur jantungku kerana usianya baru segenap sebulan bersama tetapi akibat kelalaian aku yang melampau aku kehilangannya. Nasib baik kawan aku berasa tenang dan mengusulkan agar mencari di kawasan hentian exit tol yang kami singgah tidor sekejap untuk mencari telefon itu. Mana tau barangkali ada lagi disana. Kami pun sangat beranggapan baik bahawa tiada orang perempuan sempat menggunakan surau waktu subuh. Haha tak solat ker orang kat situ waktu subuh. Sampai jer kat surau tol, berlari-lari kowt sambil pinjam telefon member nak miscall telepon. Pergh lega rasanya, dari luar jer dah dengar bunyi harp sahut sahutan. Buka pintu jer memang terang tang tang atas himpunan telekung yang berwarna putih juga. Lega rasanya, masih panjang lagi jodoh aku dengan iphone aku ini. Gembira tak terkata semula, barulah boleh nak trekking dan tirukking di jerangkang. Kalau hilang mahu semua orang kena amukan aku kowt kat sana. Hehe. Tenkiu my friend. Muka pun berseri-seri semula, terus jadi sweet jer haku rasa.
Dan tepat 730 pagi kami sampai on time untuk menaiki powil bersama-sama dan terus masuk ke jerangkang. Pengalaman jerangkang adalah sangat santai, solat atas batu yang rata, tiruk berjam-jam lamanya dengan pelampung berwarna-warni, BBQ dan main kad sepanjang masa huhu.
Track matter, kene naik powil lalu jalan tar 10 mins and lalu jalan merah dekat 30 min dan sampai ke destinasinya hanya memerlukan 10 mins trekking ke base camp ntah ku tiada namanya. Pepasang fly and lepak masak makan mandi main kad and tido. Esoknya sambung lagi main kad, makan, mandi and bersiap terus untuk balik. Jam 3 ptg kami keluar dan jam 430 dah kat luar. Lepak kedai dulu melantak laksa, lai chi kang kek dan etc. Jam 6 ptg br keluar meninggalkan area jerangkang untuk ke KL.
Itu jerlah mister kehilangan phone aku yang tak berapa nak hilang tu. Syukur jodoh aku masih panjang dengan dengan iphone ku, perghh lega.
P/s - next trip gunung rajah 360
No comments:
Post a Comment