2nd BC Alpha (June 2011)

Sejarah dalam tahun 2011 dimana haku membuat entry fresh dari oven ( blog sejurus selepas kejadian). Pagi ini aku bangun agak awal jam 430 pagi demi untuk memaksa dan mengejutkan girlfriend aku yang bernama Miss sha (Ms). Ms turut sama membeli voucher bootcamp beharga RM29.90 pada 2 bulan yang lepas (setelah dipaksa). Maka pagi tadi adalah hari Ms menebus voucher tersebut. Tak terbayang akan muka Ms setelah melalui bibit sukar ala tentera.

Jam 5.18 pagi, aku meluncur laju didalam spectra hitam di pandu oleh Miss Noora Ann (Mna). Tiba setepat jam 5.42 pagi di pusat komuniti bandar utama, tatkala Sarge Dann memanggil recruits masuk ke dalam rank. Rank di samakan dengan line or barisan. Pagi ini jumlah recruits agak ramai lebih dari biasa (lebih dari 30 orang). Keadaan lebih meriah berbanding bulan sebelumnya. Aku pula senantiasa teruja setiap session tambahan pula berjaya mengajak Ms untuk datang pada pagi ini.

Session dimulakan dengan Sarge memberitahu tentang results benchmark assessment yang telah dijalankan pada 30 Mei 2011 yang lalu. Haku berada didalam pasukan ranger, kumpulan terbawah atau terendah fitnessnya. Walaupun berada di level yang rendah tetapi ini adalah lebih baik kerana jika berada di kumpulan atas seperti Seal or higher lagi iaitu Delta, maka anda tiadalah peluang untuk mencuri2x nafas kerana pasukan tersebut betul2x fit untuk running, sprint and steady excercise. Tetapi kepada sesiapa yang ada impian untuk meningkatkan level mereka bolehlah berusaha keras dan pastikan anda pass benchmark assessment dengan masa yang power.

Kemudian, sesi diteruskan dengan warming up dan seterusnya steady exercise yang melampau gempak telah diadakan pagi tadi. Ms duduk bertentangan dengan rank haku. Tak dapat ku lupakan muka Ms yang betul2x seperti didera. Rasa seperti bersalah dan kesian melihat Ms bersungguh-sungguh melakukannya walaupun mukanya memang tak boleh blah. Tahniah buat Ms, walaupun berjaya melaluinya selama 30min (15min lagi dah stop), haku bangga dengan kamu dan berjaya buat kamu bangun pagi dan kena dera hehe.

Steady exercise ini dimulakan dengan routine seperti berikut:- (nama x berapa ingat..layan jer)
  • Warmup
  • 10 grunts (due to late comers)
  • 30 sec push up x 4 sets
  • 30 sec push up with oblige x 4 sets
  • 30 sec half & full squat x 4 sets
  • 10 grunts (due to some taking water break without permission)
  • 30 sec jump with straight shoulder up with 50cent circle x 4 sets
  • 30 sec push up position x 4 sets
  • 2 sets of 10x jumping jack
  • 30 sec jump hold position x 4 sets
  • 30 sec window wash x 4 sets (with partner)
  • 30 sec pegang & tolak lengan x 4 sets (with partner)
  • 30 sec letak & tolak tapak tangan x 4 sets (with partner)
  • Cooldown
Mungkin ada 1 or 2 lagi sets of routine yang dilakukan, tapi saya lupa sudah haha. pagi tadi memang melampau. tetapi terbaik sebab haku melakukan semua dengan jayanya tanpa mencuri yang terlalu banyak. Cuma push up kena practice extra lebih lagi agar dapat turun lebih bawah dan naik dengan segera.

P/s - sangat puas hati dengan bc hari ini, tak sabar menunggu hari jumaat pula. hooyah

4 comments:

Anonymous said...

hahah tetibe rindu bootcamp!! dulu i pergi PJPM.. masa tu kat BU takde lagi..

first time masuk i terus dapat Delta.. memang betul.. xde masa nak ambik nafas pun.. dah ahh kena buat banyak reps dari group lain..

tapi cepat giler kot kurus after join sebulan..

pesanan i, jaga form masa exercise.. jangan nak buat cepat2.. rosak badan kita nanti..

p/s : haisshh cerita u buat i rasa nak join sekaki laa ;)



-KuraKura-

elliashah said...

wah kura-kura, and pun pernah join bootcamp. itulah saya dulu try out nak tau jer feel bc, tetapi addicted pulak. erm skang dah der kat damansara height. so dah de kat 3 tempat, usj pun ada.

apa kata u join semula, then we can meet up hehe share stories between blogger.

eh u der blog x?

Anonymous said...

i pemalu.. serius malu! hahaha nak jumpe cakap2 memang tak ahh.. hahahah..

memang nak join balik since dah jadi anak badak sekarang.. tapi hati i masih melekat kat OBC yang management satu lagi.. bukan bawah Armin..

pasal i macam rindu nak dengar pekikan trainer2 i dulu.. tengok laa.. kalau ade bring-a-fren-day, i join ke kat BU..

elliashah said...

hehe jgn memalu sangat k.
nanti usually frend day ada end of the month kan.
bila ada nanti sy inform and kita meet up jumpa kat BU. at least if ada kawan x rasa feeling ntah apa-apa kan...ada member nak jejerit kasi motivasi kat kita.
alrite hope to see u there
by the way..nama u apa?