gym workout & hiking training

sejak january 2011 aku dah mulakan gym workout untuk bina stamina demi untuk menawan gunung kinabalu mei ini. antara satu impian aku yang tak seberapa sering digelakkan orang kerana mempunyai impian sebegitu. tetapi ada aku kesah hehe. jadi alkisahnya apabila aku merencana aktiviti ini aku tidak pernah terfikir langsung pasal stamina dan training yang perlu dijalankan. aku terlupa sungguh pasal training. setelah melakukan sedikit kajian maka wajiblah training tersebut dilakukan bertujuan untuk melonggarkan segala skru-skru dibadan yg ketat agar tidak sakit, kurang letih dan mampu untuk bertahan lama mendaki gunung.

training telah dimulakan sejak sejak 13 feb 2011 setiap minggu pada hari ahad dimana kebanyakan sesi latihan melibatkan one day hiking. ekoran semuanya sudah bekerja maka agak sukar untuk membuang banyak masa demi untuk latihan, jadi idea untuk one day hike pun wujud dan yang lebih penting adalah distance yang diiginkan.

Lebih wajib lagi apabila melihat ahli kumpulan yang terlibat, kebanyakannya engineer dan student tahap dewa a.k.a master dan phd yang terlibat. maka sangat takde pengalaman dan stamina untuk menawan mana-mana gunung pun. tetapi penangan untuk menawan peak kinabalu menarik minat semua orang untuk terlibat menjayakan ekspedisi ini. ekoran dari kelemahan pelbagai segi terutamanya stamina maka memang wajiblah training gunung perlu dilakukan sehingga setiap kali turun gunung badan skru sudah longgar dan tidak sakit dan tak perlu mintak MC or cuti semata-mata untuk rest. Insyallah beberapa orang sudah kelihatan tegar dan bisa, diharap mampu lagi meneruskan training sehingga 8 mei 2011..wow latihan yang sangat lama dan membenarkan masa hujung minggu diisikan dengan aktiviti yang sihat.

antara gym workout and hiking training, outdoor aktiviti tetap yang terbaik. kerana kalo dalam gym aku mampu 4km treadmill sahaja tetapi kalo outdoor 9km pun mampu untuk belasah dgn inclination yang berbeza2x tahap menakutkan. Semoga semua ahli terus melakukan training agar semuanya berjaya untuk sampai ke peak kinabalu. Kita pergi adalah untuk sampai bukan untuk balik or tak larat. Minggu ini training ke tiga iaitu 10000 steps at batu caves. Walaupun simple tapi cabarannya tuhan saja yang tahu. Aku penuh harapan agar semuanya mampu untuk wat 36 times of batu caves stepping. Amin doa-doakanlah.

P/s - sabar menjalani latihan dan sedang dalam proses untuk trip ke krabi...geng lain pulak

No comments: