BATU CAVES again

kuang kuang, ini dah 2nd time haku menjejakkan kaki ke batu caves. tujuan kedatangan adalah untuk training stepping 272 steps sebanyak 18 kali bagi menyamaii 10000 steps. namun inclination yang berterusan memang mantap dan menyebabkan nafas putus sehingga ada masa rasa seperti nak pitam. Namun berasa bangga dengan diri sendiri kerana sekurang-kurangnya haku pernah naik batu caves sebanyak 6 sets dalam satu masa. Pencapaian terbaik buat diri sendiri. Mungkin dimasa akan datang boleh ditingkatkan 10 times in a row.

training tangga ini adalah satu element yang penting untuk memastikan bahawa setiap ahli dari team kinabalu aku ini berkemampuan nak naik tangga yang panjang dan dapat bertahan lama. Barulah padan semuanya dapat rasa macam mana putus nyawa kalau badan tak cukup stamina dan kesengsaraan yang dihadapi semasa menaiki tangga. (baru tangga beb hehe).

Semasa training, bersembang dengan seorang uncle yang turut berlatih untuk ke kinabalu dalam minggu May sebelum wesak juga. Rasa best ada berjumpa dengan climber lain yang turut merasakan training sangat penting dan wajib untuk menjana stamina dan high endurance untuk mendaki kinabalu. Jadi taklah saja-saja haku dan kengkawan aku menyibuk-yibukkan diri ke batu caves untuk menikmati kesengsaraan pada hari ini.

Antara rekod yang ada ialah 6x, 5x dan 3x hehe..nampaknya ada yang mencilok semasa training kerana objektif adalah sekurang-kurangnya 5x barulah berkesan training pada hari ini. Tak apa kita akan cuba next track yang lebih mencabar mental, Gunung Datuk, Ledang & Nuang nantikan kedatangan kami untuk mencurah keringat dipuncak sana. Sekarang sudah menjadi separa kaki gunung. Kalo dah berjaya climb kinabalu and tahan barulah jadi separa lagi kaki gunung. Wah..haku teringan nak want Trans Gunung tu, bilalah ada kesempatan, harap tahun hadapan dapat menjadikan ia suatu kenyataan. Amin.

P/s - ok mahu rest kerana masih belum tidur untuk membenarkan badan diproses. yeah krabi mode makin menjadi-jadi.

gym workout & hiking training

sejak january 2011 aku dah mulakan gym workout untuk bina stamina demi untuk menawan gunung kinabalu mei ini. antara satu impian aku yang tak seberapa sering digelakkan orang kerana mempunyai impian sebegitu. tetapi ada aku kesah hehe. jadi alkisahnya apabila aku merencana aktiviti ini aku tidak pernah terfikir langsung pasal stamina dan training yang perlu dijalankan. aku terlupa sungguh pasal training. setelah melakukan sedikit kajian maka wajiblah training tersebut dilakukan bertujuan untuk melonggarkan segala skru-skru dibadan yg ketat agar tidak sakit, kurang letih dan mampu untuk bertahan lama mendaki gunung.

training telah dimulakan sejak sejak 13 feb 2011 setiap minggu pada hari ahad dimana kebanyakan sesi latihan melibatkan one day hiking. ekoran semuanya sudah bekerja maka agak sukar untuk membuang banyak masa demi untuk latihan, jadi idea untuk one day hike pun wujud dan yang lebih penting adalah distance yang diiginkan.

Lebih wajib lagi apabila melihat ahli kumpulan yang terlibat, kebanyakannya engineer dan student tahap dewa a.k.a master dan phd yang terlibat. maka sangat takde pengalaman dan stamina untuk menawan mana-mana gunung pun. tetapi penangan untuk menawan peak kinabalu menarik minat semua orang untuk terlibat menjayakan ekspedisi ini. ekoran dari kelemahan pelbagai segi terutamanya stamina maka memang wajiblah training gunung perlu dilakukan sehingga setiap kali turun gunung badan skru sudah longgar dan tidak sakit dan tak perlu mintak MC or cuti semata-mata untuk rest. Insyallah beberapa orang sudah kelihatan tegar dan bisa, diharap mampu lagi meneruskan training sehingga 8 mei 2011..wow latihan yang sangat lama dan membenarkan masa hujung minggu diisikan dengan aktiviti yang sihat.

antara gym workout and hiking training, outdoor aktiviti tetap yang terbaik. kerana kalo dalam gym aku mampu 4km treadmill sahaja tetapi kalo outdoor 9km pun mampu untuk belasah dgn inclination yang berbeza2x tahap menakutkan. Semoga semua ahli terus melakukan training agar semuanya berjaya untuk sampai ke peak kinabalu. Kita pergi adalah untuk sampai bukan untuk balik or tak larat. Minggu ini training ke tiga iaitu 10000 steps at batu caves. Walaupun simple tapi cabarannya tuhan saja yang tahu. Aku penuh harapan agar semuanya mampu untuk wat 36 times of batu caves stepping. Amin doa-doakanlah.

P/s - sabar menjalani latihan dan sedang dalam proses untuk trip ke krabi...geng lain pulak

KK cubaan pertama RM1000 sahaja hiking kk + island hoping

hola hola, sekarang semestinya aku didalam mood untuk cuti - cuti malaysia dan destinasi budget. Kali ini cubaan membuat trip hiking kk plus Pulau manukan dalam RM900 sahaja untuk tahun 2011 termasuk airasia flight tix, makan 3hari pertama dlm pakej climbing, pakej climbing 3h2m, airport transfer, penginapan 5h4m dan pengangkutan balik ke KK dan ke airport semula, aktiviti snorkeling di pulau manukan, city tour last day before balik kl.

alhamdulillah, buat masa ini draft yang dibuat adalah under control(within budget lar) tetapi cubaan ini tidak lagi dianggap berjaya sehingga kami semua seramai 13 orang ini berjaya sampai ke kk, sampai ke puncak dan jejak ke pulau serta kembali ke semenanjung dengan selamat.

Total progress sehingga today adalah 70 percent. Baki program climbing perlu dijelaskan awal march ini, wang pendaftaran climbing yang cash sewaktu hari event, and 50 percent deposit transportation dan baki transportation adalah sewaktu program dijalankan. Pembayaran aktiviti pulau juga sewaktu hari kejadian. Kotigensi RM100 disediakan sendiri oleh peserta dan dijaga oleh diri masing-masing sewaktu event jugak jika ada apa-apa yang kecemasan.

next posting selepas kejadian May 2011 akan didedahkan detail pembayaran k khas untuk rujukan semua bagi sesiapa yang berminat untuk menguruskannya sendirian bhd.

P/s - preparing gathering koreiv port dickson and international trip bangkok

murah pulau redang RM250per pax - KL - terengganu

haha mesti bestkan dapat pergi pulau redang dengan harga RM250 per pax kan, dah lah murah de tempat tinggal, ada makanan siap transportation lagi pergi balik dari KL - terengganu. boleh snorkeling tengok penyu lagi and naik bot pergi ke marin park. semua ini hanya untuk 3h2m sahaja. percayalah...

tapi ini semua hanya tinggal kenangan, kerana ini harga sudah tiada lagi, last hentian aku ke redang adalah pada april 2009. memang murah cam tak caya. tapi itulah harga yang boleh didapati untuk relax and chill serta destinasi budget di pulau redang.

tetapi pada kali ini, dapatkah lagi harga tersebut. jika ada silalah maklumkan segera kepada saya agar saya boleh arrange and membawa ramai orang ke redang serta menemukan jodoh ramai orang haha...pernah terjadi tetapi baru sekali menjodohkan manusia secara tak sengaja.

p/s - mencari budget yang murah ke pulau krabi 2011

training 1 Kinabalu 13/2/2011 broga + tokwan

hi acap kali aku buka website blogspot untuk update mesti terbantut disebabkan kelembapan streamyx sejak kebelakangan ini yang terlampau, nak tengok online vampire diaries, pretty little liars and tonton.com.my pun buffering so many times.. sabar jerlah.

cerita post hari ini adalah berkaitan training 1 telah berjaya diadakan dengan team hikekk11. nama yang aku sendiri bagi. terdapat seramai 13 orang semuanya. namun yang berjaya meredah 9.6km distance adalah aku, my sist, aini, zul, irwan, kwn irwan hafizan and hanis. yang lain masih belum mendapat masa yang sesuai untuk join dalam training 1 ini. diharap training seterusnya dapat melibatkan semua orang. selain itu, ada juga terdapat beberapa orang yang tinggal di ceruk johor, pahang & N9. Dengan harapan silalah buat training sendiri yang sepatutnya agar kita semua dapat menakluki peak kinabalu.

tahniah and tanks a bunch pada semua yang berjaya menghabiskan pendakian ke peak tok wan dalam masa 3 jam shj (naik turun). berbanding pencapaian aku sendiri adalah 5 jam. training 1st ini bertujuan untuk memberikan wakeup call kepada everyone tentang stamina masing-masing dan cuba untuk menguji tahap endurance kita sendiri.

p/s next week - training at bukit tabur, taman melawati..semua pic boleh dilihat melalui facebook k.