macam-macam hal awal 2011

banyak telah berlaku apabila masuknya awal tahun 2011, malangnya pada tahun yang baru ini azam baru tak sempat nak design. Just nak maintain and loose weight sikit, azam yang tak pernahnya berjaya dijayakan ekoran nafsu terlampau dan pengaruh buruk dari kawan yang sengaja nak anaiya aku (gurau aja).

abis je master 23 dec yang lalu, aku terus susun strategi berkaitan climbing trip to mount kinabalu this coming May. seakan tak percaya masanya hampir tiba and sekrang dah masuk bulan dua. pergh debaran dan tekanan makin terasa. sudah masuk bulan ke dua aku masuk ke gym di celebrity fitness demi untuk prepare training for kinabalu. sangat risau jika pergi kesana sia-sia tidak dapat sampai ke puncak. kecewanya rasa. jadi sejak jan aku stat training cardio agar dapat membina dan meningkatkan stamina. doalah semoga aku tahan sehingga bulan april ini.

pastu AJL25 baru jer berlalu, seronok sangat this time dapat attend AJL yang sebenar bukan raptai bersama geng sukasuki a.k.a Rc's faizal tahir, of course semuanya hadir dengan Baju superman yang mahal-mahal tu, 1st time dalam sejarah aku hidup aku beli tshir Superman yang original dengan harga ratusan ringgit. Buang tebiat apabila dipikirkan, sanggup aku demi menyokong artis pujaan, haha. rasa kelakar tapi memang di alam dewasa ini sungguh membosankan. takper over sikit asal aku masih ingat landasan yang sebenar. kekecewaan mestlah melanda apabila lagu faizal tak dapat no, just dapat best performance. well its oklah. what ever pun yang faizal buat memang dah terbaik dan memuaskan hati peminatnya. hope Ft ada rezeki di masa lain. AJL bukanlah platform yang bagus sangat untuk sesetengah orang. Jadi bolayan sahajalah result ajl tu dan lupakanlah siapa pemenangnya. Jangan ingatkan aku ok.

terlupa plak hal keluarga, cousin aku a.k.a didin telah bernikah dan berkawin pada awal januari 2011. aku ahli keluarga yang sibuk ini berjaya menghadirkan diri ke semua program keluarga. paksu aku pulak nikah di minggu yang berikutnya, dimana semuanya berlaku secepat kilat. apabila cousin aku dah lengkap ketiga-tiganya berkahwin maka aku as usual menjadi topik hangat untuk dikahwinkan segera. haha, tahan jerlah telinga tebalkan jerlah muka menahan usikan manja pakcik makcik dan sepupu sepapat aku. apa-pun doakanlah kebahagian aku yea.
busy sungguh pada bulan satu ini. luperplak pasal kejadian, jumpa paan bunkface di semua kenduri2x tersebut. haha aku tetap tak percaya yang paan adalah dua pupu aku. tapi kami tak pernah rapat sila harap maklumkan. jangan nak tanya2x aku plak. apa-pun aku memang support bunkface. hope bunkface menang ABP tahun ini.

kemudian, aktiviti panjat broga dan gunung tokwan sekaligus. wargh giler mencabar tak pernah dibuat aku, climbing dari jam 930 pagi sampai ke atas gunung tokwan jam 1200 tgh lepak jap dalam 15min jer pastu turun balik sampai ke bawah jam 2 petang. wakaka..berjam-jam workout dengan aktiviti climbing. tetapi sangat berbaloi dan berbangga kerana dapat meneruskan dan turun dengan selamatnya. insyallah next climbing akan dibuat after chinese new year. demi Kinabalu. Another program adalah nak naik bukit tabur, gunung angsi, gunung nuang and gunung tahan (ini kalo sempatlah)...dapat complete this set of gunung pun dah cukup bertuah.

sebelum itu, luper pulak pasal alumni UMP FKASA yang khusus untuk budak awam sahaja.
tujuan alumni ni adalah untuk accreditation course di UMP, fkasa dapat 2 tahun jer lulus, jadi kena apply lagi untuk budak2x bawah ktoang. jadi junior hormatilah kami kerana kami berusaha membantu pihak UMP untuk membolahkan our course dapat more year lulus. so korang yang junior sesangat tu dapat diiktiraf. Senior mesti support punyalah. nak jadi cerita hebat dengan undian 21/29 aku temporarily adalah orang kedua alumni for gurl and the boss is our Mr aizuddin(jps). zoodenk nampak serius skang, his cutest charming tu dah boleh disembunyikan. biasalah orang dah matang. tapi serius best pulak attend alumni civil sebab semua orang cam sporting tetiba...senior and junior...

wow bagi mengakhiri bulan terakhir dalam januari ini, adalah aktiviti ronggeng, karaoke dan stimbot bersama geng suka-suki, nak berjumpa budak2x Rc's dan enjoy moment yang best bersama geng best yang baru dikenali ekoran minat yang serupa iaitu meminati faizal tahir hehe.

oklah, enough for tonight. aku paksa jugak diri aku buat post ini, kerana setiap hari aku pergi workout jadi sebenarnya tersangatlah letih pada masa ini. sekarang aku sangat-sangat buntukan untuk tidur.

P/s - sedang dalam process nak design KRABI trip, gathering koreiv PORT DICKSON, and BANGKOK trip. another interesting year for me, hopefully this year will be the best year ever.

2 comments:

Wafiq Legacy said...

hi.. what should i call u? haidar or ellia? erm.. xingat sgt la itinerary tu, tp memang berbaloi u pergi trip ni.. suke travel ek? skrg kerja mana?
give me ur emel.. i'll manage to send u the itinerary very soon..
salwa.hanim@live.com
nice to know u

elliashah said...

hi salwa, panggil haidar dah cukup.
hehe memang suka berjalan, asyik savings for trip je. benda lain xde lagi. skang kerja di area wangsa maju. tq sebab layan mesej haidar.

nanti haidar email ye. tq