entry ini pasal aku nak exam, sbb aku nak exam ni lah aku tak dapat nak buat macam-macam hal, seperti menjadi bongek melayan kerenah kawan-kawan, mencari geng untuk diajak ronggeng or back to nature atau menonton wayang dimana semua cerita best seperti magika aku dah terlepas tengok.
sebab aku exam lah aku stress tahap impak maksima, aku melalui semula kehidupan pemakanan tidak sihat dan cara hidup tidak bagus, tiada lagi healty life, healthy style untuk 4 bulan terakhir 2010 ini. teringat bahawa enty azam baru setiap kali di tulis diwaktu hujung tahun, seperti keadaanya sekarang aku ingin menulis azam baru bg 2011 pula. maka aku telah menjadi lesu, malas, tiada disiplin, caca merba, kesihatan tak menentu, tidak berperwatakan menarik (sblm pun x menarik juga), rasa terabai dan senantiasa ingin tidur kerana aku kurang tidur yang pasti kena asik makan sebab mentelaah buku adalah habit yang harus dielakkan kerana perbuatan tersebut menyebabkan anda kebulur dan perlu makan untuk mengatasinya. Jadi tabiat study ini rupanya buruk.
aku akan exam 28h nov 2010 ini, pada sesi petang jam 230 di utm kl, selepas exam ni maka merdekalah aku diri, jiwa dan segalanya dari seksa menyiapkan master. Aku sungguh tak menduga aku mampu untuk mengatasi masa kritikal dalam hidup aku ketika aku pasrah dalam menyiapkan thesis tapi aku mampu memberikan pembentangan yang terbaik, aku rasa berbunga-bunga sehingga segalanya menjadi senang buat aku selepas kejadian present final thesis. semoga baki-baki terakhir aku yang tinggal 3 minggu ini memberikan keputusan yang baik buat diri aku. kerana aku telah menjadi malas sejak 2 minggu lepas.
sekarang aku ada masalah lain, dimana apa pulak aku nak buat after aku habis master? kerana aku tak mampu memi
kirkan aku tiada benda untuk dilakukan...sedang berfikir untuk mencari kerja part time tapi belum pasti nak buat apa..akan berfikir kemudian hari..tukar kerja kah hahaha...
yang penting kene settlekan yuran UTM, kalo ndak aku tak boleh konvo or amik transkrip ku tu.
p/s - mohon restu dan doa family & kengkawan for my final exam ni k.
No comments:
Post a Comment