Hari Raya Aku


Salam syawal buat semua. Hari raya pada tahun ini lebih bermakna kerana kami sekeluarga dapat berkumpul dan beraya bersama. Yang utamanya bersatu kami 7 beranak. Kebiasaannya setiap tahun tibanya raya, akan ada sahaja seorang dua yang menyulitkan keadaan a.k.a buat perangai. Justeru itu, tak pernah cukup korum kami untuk bergambar atau menziarahi sanak saudara.

Namun aku syukur, kali ini adik aku yang degil telah lembut sedikit hatinya dan turut bersama memeriahkan hari raya tambahan pergi menunaikan solat sunat aidilfitri. Semoga hatinya dan perangainya lebih lembut lagi dimasa hadapan.

Raya kali ini, sangat meriah dan sangat berhabisan duit. Sebagai along, memang hanya aku sahaja yang bekerja maka kenalah aku berkorban lebih banyak untuk kegembiraan keluarga. Rupanya memang kepuasan melihat adik, mama and abah gembira mendapat apa yang mereka inginkan. Tahun ini, TV di rumah telah meragam. Selama ini Tv tersebut telah hidup dekat 30 tahun akhirnya pada raya 2010 ini tiadalah lagi gambar yang keluar hanya suara serak2x sahaja kedengaran. Maka dengan bangganya aku sudi membelikan tv lcd samsung 32inchi series 4 untuk memenuhi keperluan hiburan keluarga. haha. Best giler ghupanya ada tv baru ini. cuma tunggu masa nak masuk astro confirm gambar lawa. yeah..semua orang berasa gembira. kelebihan tv ini adalah boleh masuk pendrive nak tengok movies, lagu & picture. plus boleh dengar radio sebab ada FM transmitter...

Duet raya tahun ini, confirm lah aku dapat RM 5 ringgit jer. itupun setelah dicampur makcik tu bagi RM2, bg RM 2 dan RM 1. alahai nasib badan sudah tua, kelihatan seperti makcik atau mak orang. Maka tiada lagilah aktiviti menerima duet raya, hanya menderma duet sahaja pada sepupu dan anak sepupu. Anak sepupu pun dah ramai, anak buah belum ada lagi sebab aku pun tak kahwin lagi mana boleh adik aku langkah bendul. Kalo nak langkah juga boleh aje. Aku cuma perlukan sepersalinan lengkap barang kemas dari atas ke bawah yea. baru ko tau hehe...kalo tak mahu kene tunggu la turn kakak dulu yea. hehe..

pendek kata, raya tahun ini aku rasa paling bermakna, kerana rasa sayu sebak menikmati aidilfitri dan menziarahi sanak saudara terbit disanubari aku. nampaknya aku semakin matang dan dewasa. cewah..so nak wish semua selamat hari raya, jangan lupa puasa 6 ok. salam.

p/s aku merindui masa ronggeng bersama teman-teman.

No comments: