hi, lama rasanya tak update blog..kadang-kadang dah tak tau topik apa atau cerita best yang nak disampaikan ke dalam blog. tapi malam ini pikir nak juga mencoret apa yang telah berlaku dalam life i semenjak dua menjak ini.
alam kerja memang membuatkan kita mati kutu apabila kawan-kawan yang disayangi duduk jauh dari kita dan ketidakmampuan untuk mencapai mereka yang jauh dan akhirnya aku fedup & bosan. Nasib masih ada adik-adik ku yang sudi menemankan kakaknya untuk membuat aktiviti luar kotak. Aku sanggup menghabiskan kudrat diri 24 hours as long ada yang teman haha...sampai sakit badan dan kebelakangan ini kesihatan diri sedikit terganggu ekoran aku tak mendapat rest yg secukupnya. Bagi ku kepuasan itu penting..
kesempatan ini ramai rakan ku yang telah berkahwin dan didoakan semua agar berbahagia ke akhir hayat ok. Maaf lah adakalanya tak kesemua jemputan dapat dipenuhi, tpi saya dah plan cukup baek untuk memenuhi hari gembira semua. walau ada yang missed secara tak sengaja, kalo nak mention nama memang dah tak ingat la haku..apa pun selamat pengantin baru kepada semua kawan-kawan yang ku kenali.
tak sempat lagi nak ku lawati sepupu baru aku - akhbar dan anak sepupu aku nurin iman, maaf sangat2x kerana jadual yang penuh sampai tak de masa nak melihat mereka. nampak gayanya depa pun dah besar nak masuk 4-5 bulan. nak kata free insyallah raya ni lah baru dapat jumpa dengan korang semua. time tu jer i (mak long) bagi duet raya yer...
balik kg. pun perkara dah lama aku x buat, asal mama & abah datang KL jer mesti menyinggah jumpa anak dara sorangnya yang cukup x berkesempatan nak balik ke kg. walaupun cam today baru hari ini rasanya aku dapat bernafas dalam rumah sewa ku sendiri setelah lama weekand ku dicuri oleh event yang telah berlalu. mohon maaf jugak kerana saya takda hati nak balik kg. boleh kah berperasaan begitu, hati saya masih lagi bimbang berkenaan final project saya yang tak tahu apa cerita..masih dalam mode status UNKNOWN
skang de lah bulan 7, bulan yang sepatutnya kelas sudah bermula, tetapi sy de masalah dgn status as student, dan result sem ini teruk plak. tak dapat nak maintain and sudah jatuh sedikit. tapi cukuplah untuk cover lagi satu sem bagi nak dapat 3.0 ke atas kan..hanya beberapa bulan shj lagi untuk menghabiskannya..tapi haku tak nampak arah tujuan hanya kegelapan saja yang ku lihat...argh abaikan lah masalah ini.
berharap kepada keajaiban...argh tak kan berlaku tanpa usaha..apa pun layanla kegilaan baru aku pada this song ok.
No comments:
Post a Comment