hidup dibayangi kenangan indah

hi hidup ini kalo tidak terbayang kenangan lama memang tak sah, sebagai orang kita memang cepat kesunyian dan rindu akan seseorang, tak kiralah teman spesel ke, family ke, org opis ke, makcik pokcikkt kg or kepada rakan yg suka berjimba-jimba ( bersuka ria)..

aku pun merujuk post yusfaiza, teringat dan mengenali mereka ini semua adalah antara perkara terbaik dalam hidup aku, hopefully mereka juga begitu. walaupun perangai pelbagai genre, ada yang melucukan, ada yang menyakitkan hati, ada yang sengaja blur, ada yang jiwang keparat, ada yang perasan hensem, ada yang budget cute, ada yang cukup memahami..pengenalan selama beberapa tahun ini mungkin tidak cukup untuk mengenali antara kita tapi cukup untuk membuatkan aku sayang kamu semua.

dengan bayangan hidup yang indah ini, aku dengan segunung harapan ingin mendoakan kebahagian mr pian & mr bash yang telah dan akan membuka tirai alaf baru iaitu alam perkahwinan. semoga kamu tetap ceria dan gila - gila kerana itulah kelebihan masing - masing yang akan membawa kebahagian dalam diri korang. amin.

persahabatan antara kita akan lebih kukuh dan erat sehingga ke anak cucu, persahabatan ini mungkin pelik tapi jika dipelihara dan dipertahankan sehingga hari tua ianya akan menjadi perkara yang paling sweet dalam hidup kita...itukan janji kita didalam fesbook.

insyallah dalam 5-10 tahun lagi kita akan adakan couple retreat untuk berjimba bersama-sama.
semoga everyone live happily ever after. the end.

No comments: