sosial december ku yang boring

pantang je de mood nak berblog, cepat je aku nak upload semua yang ada di kepala hotakku since nanti dah ilang mood terus akan bersawanglah blog ini.
bulan december ini agak membusankan, tiada aktiviti mencabar yang dirancang dan aku pun malas nak plan apa-apa atau menjemput sesiapa untuk bercanda di mana-mana. banyak jemputan kahwin tapi tak dapat nak pergi disebabkan masalah kenderaan plus masalah-masalah lain.

aku plak menjadi semakin membuhsankan, bila dah kerja ni komunikasi ingat makin bagus ghupanya makin hampeh. maybe technical or bercakap dalam kerja ini ok, not bad, banyak jumpe client, meeting, bos, authorities. but bckp bergurau dengan member pun dah luper. kekadang aku tak dapat nak cam macamana keadaan bersembang dengan kengkwn dulu. dah tak happening dan start topik membusankan serta topik yang menunjukkan kematangan kot. setiap kali bercakap dgn orang lain, member tu tak semestinya jujur mesti ada agenda lain cam bussiness dia ke, mlm dia ker or gosip mengata orang lain. aduhai...aku pulak tukang dgr sahaja. lama-lama aku pun jadi senyap, membuhsankan, feel nerd dan cam rasa orang nak baling muka ku dengan tin bila aku bercakap. so aku prefer senyap...

try nak jadi best cam orang lain, tapi dah kita ni memang tak best..rasa cam kesian je kat member sebab dapat kwn yang tak best lelama membuhsankan. argh camne nak mengatasi masalah ini.

adakah sebab kerja banyak menyebabkan otak stress tak mampu berpikir lawak jenaka, hanya nak bersifat serius, lelama lupe bahawa diri sendiri suka beronggeng dan lain-lain. atau sebab belajar, asik nak tgk ebooks, journal, tanye dr dan etc menyebabkan menjadi nerd. am I nerd??

yg menyampah bila cakap, org tak phm pe kita cakap. wargh tension shj. atau kalo cakap je salah, cakap je buat orang meluat, takut plak aku jadi benda orang meluat.
umur makin meningkat nak masuk 25. tahun 25 lah paling stress sekali agaknya..dapat ku bayangkan masa hadapan yang penuh pancaroba dan dugaan serta pressure dari masyarakat awam, family and friends.

semoga dapat membaikpulih diri sendiri agar lebih baik pada masa hadapan.

P/s - sangat tidak sabar untuk memulakan kelas semula pada Jan 2010, semoga dapat maintain result yang baik. amin

No comments: