kesalan terakhir

tinggal beberapa jam lagi untuk menghabiskan sisa-sisa baki bagi tahun akhir 2009. tanpa sedar setahun lagi berlalu dalam hidup aku dan usia makin meningkat kadar jumlahnya. Di usia 25 tahun kiranya genap suku abad hidup di muka bumi ini. Masyallah..

Ntah apa yang telah dilakukan sepanjang 2009 ini, banyak kepada melaghra dan menghiburkan diri sahaja. Terasa mampu untuk membuat 2-3 beban kerja yakni belajar, bekerja dan berhibur. Teramat bersyukur kerana pengajian ku dapat disambung ke pengajian sem seterusnya, kebimbangan akan mendapat result yang teruk telah berlalu. sekarang cuma ingin bersedia untuk menempuh sem baru, rakan baru, lecturer baru dan segalanya yang baru itu.

Adakah aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun ini membawa keselan kepada diri sendiri. Mungkin ada yang terasa atau tersinggung dengan diri aku yang sememangnya tidak pandai berbicara tambah pula suka lebih berdiam diri tapi kuat mengarah. Semoga kalian yang terasa dapat memaaf dan melupakan segala yang berlaku, kerana hidup perlu diteruskan. Janganlah bermasam muka atau hilang bicara apabila berjumpa. Walaupun kadang-kadang aku pun sudah putus kata bila berjumpa dengan rakan-rakan lama ini.

Tahun ini boleh dikatakan sibuk dengan pelbagai agenda yang menarik dan semoga tahun depan akan menjadi lebih menarik. Perancangan masa depan juga perlu direncanakan memandangkan diri akan semakin tua. Tidak disangka akhirnya mencecah jua umur yang kritikal ini. Satu sempadan garis yang akan memberi ketetapan pada diri kita dari pelbagai sudut. Ghupanya sudah menjadi seorang yang bekerjaya masuk 2 tahun..

Takde apa perlu dikesalkan, cuma perlu diperbaiki dan muhasabah diri agar lebih elok pekerti pada masa akan datang. Sentiasalah memberi peringatan kepada diri ku kerana aku sering sj lupa dan lalai. Semoga kehidupan ku lebih bewarna-warni pada tahun depan.

x kenal maka tak paham..& congret ijan

aku baru je pulang dari JB setelah berada disana selama 2 hari satu malam. Agenda utama adalah untuk menghadiri wedding ijan & laili, memang salute kat ijan sebab wifeynya memang cun giler. sweet sangat aku tengok. aku pun suka tengok benda yang cun ni. sweet je both couple ni.

the most important things is, my effort to mix around dengan bdk classmate yang lain dimana sebelum ini masa study aku tak pernah nak buat disebabkan tidak kesempatan dan tiada masa. Well aku kan kononnya aktif student. jadi boleh dibilang masa yang aku luangkan untuk spend dengan rakan sekelas..what a waste.

selama ini aku hanya tau sebaiknya rakan koreiv aku plus bdk2x yg join program and girl from beloved baa section..tapi actually everyone lebih kurang sama. Just lebih banyak masa kita luangkan bersama then kita akan paham perangai tabiat dan kesukaan seseorang itu. Experiance ke jb ni membuka minda aku bahawa I can continue keep in touch and hangout dgn diorang. aku dah sangkut dengan team meeting ni walaupun bukan ahli asal sebenar.

If a friend can share their problem, bad experiance and funny stuff and share food among members. it a sign that kita dapat berkawan dengan baik. Hopefully aku gain banyak memorable experiance when im still available. Bila dah berkeluarga, haramlah nak hangout cam bujang. So berusaha lah sehabis baik segala masa yang ada. Semoga aku diberi kesempatan. Amin.

Jadi dikesempatan ini. aku nak ucapkan..

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA IJAN DAN LAILI. SEMOGA BAHAGIA MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA.

Banyak yang perlu dikorbankan demi untuk sebuah kebahagian.

Engineer berdaftar yang hadir..

P/s - english adalah the best way to express feeling so nampak tak over..itulah aku

che de gonna be a cute mommy

tada, hari ni dapat great sms news dr chede ( yg kat pic atas pgang dagu duk bwk sblh haku) pasal her akan jadi mommy. Wah aku plak yg excited giler sebab rasanya cam happy sangat since chede akan jadi happy jugak dengan suami terchenta dan ahli keluarga yang akan hadir dalam hidup mereka.

Tak sangka, dalam banyak-banyak kes, akhirnya chede kawin dulu hehe..yang paling nakal get married 1st. Get through balik pic lama dan akhirnya jumpa pic yang terubat rindu atau tersentuh kenangan yang seronok di universiti dulu. Walaupun relationship sudah tidak serapat dulu, hope persahabatan dan kenangan best bersama tetap dalam ingatan masing-masing.

Salam sayang buat semua, alang, anjang, along, angah, ateh, kak long, usu, adol, adik, achik, tam, abon, uda, & chede..Semoga semua nya bahagia hendaknya. Amin.

pra-project mode is activated

2 jan 2010 adalah hari mulanya sem 3 aku sebagai seorang pelajar Master of Structural Engineering, tak sangka aku berjaya menghabiskan setahun pengajian pertama. (kalo amik fulltime dah habis ni), tapi x dapatlah rasa betapa mencabarnya memikul dua tanggungjawab yakni kerja dan belajar dalam satu masa yang sama. Rasa bertuah kerana diberikan peluang untuk melakukan aktiviti sedemikian, semoga segala yang aku pelajari dapat diamalkan dan dipraktikkan untuk menjadi seorang engineer yang bertauliah.

Selepas dari exam penggal yang lepas, aku berazam untuk lebih berdisiplin dalam kerja. alhamdulillah tangan aku sudah tidak serajin dulu untuk membelek laman sesawang facebook atau rencana lain yang tidak ilmiah semasa bekerja. Cuba biasakan diri untuk menyelak perkara-perkara lain tersebut hanya dalam waktu rehat sahaja. Nasib keadaan agak membantu memandangkan kerja diofis untuk mengejar dateline sudah berlambak dan mesti disiapkan. Maka banyaklah masa menghadap kerja.

Untuk mode pra-project, aku cuba untuk lebih disiplin pada masa hadapan. Strategi aku adalah perlu 150% tekun di opis dan berusaha menyiapkan segala assignment yang bos berikan semasa waktu pejabat. Sebab itu, aku perlu train dari sekarang manfaatkan segala masa yang aku ada di opis untuk kerja dan kurangkan aktiviti membawa kerja opis dirumah, kerana banyak kerja sekolah menanti aku di rumah ok. Aku perlu fit dan bina stamina diri, maka workout 12 kali sebulan or 3 kali seminggu harus diteruskan, kerana pada sesi depan aku perlu membaca sekurang -kurangnya 50 jurnal dan 30 buah buku untuk menghadapi persediaan pra-project. Minda harus cerdas dan body pun mesti cergas agar aku tidaklah tertidur sewaktu membaca -baca. Disiplin masa jugak penting, aku mesti peruntukkan 1 -2 jam setiap malam untuk study aku.

Ronggeng time or bersuka ria tetap ada dalam kamus aku selagi aku single. Aku boleh berjoget or melalak seorang diri, menonton cerita, bersembang dan gelak ketawa pecah hingar selagi boleh tetapi terbatas tingkah laku. Terlalu banyak agenda berjalan pada tahun 2010. Ticket KK sudah dibeli untuk trip June 2010. Belanjawan untuk ke beijing china pada musim bunga jugak telah ada, Jejak semalam setapak ke orchard road singapore dan selam pulau di terengganu pun ada dalam list, tidak dilupa konsert julung kali Siti di Istana budaya pada feb 2010 bersama faizal tahir terchenta and aizat rock tidak akan aku lepaskan. Tengok..terlalu banyak hiburan yang aku pertaruhkan pada masa hadapan.

Maka disiplin dalam masa, wang & spiritual dari godaan tambahan perlu dielakkan kerana jadual aku sudah penuh. Jadual kosong yang lain adalah untuk aku bermeeting dengan supervisor aku di UTM KL dan menyemak pra-project..serta pulang ke kg berjumpa keluarga dan sanak-saudara.

Semoga aku mendapat keberkatan atas benda ilmiah yang aku buat dan keselamatan atas benda tak ilmiah yang aku gemar nak buat.

P/s - yeah, tahniah kerana hari ini aku berjaya menangi 4 ticket rehearsal penuh AJL ke 24
( 9 jan 2010) dan aku perlu berpikir sekarang ini siapakah gerangan mereka yang boleh menggila bersama aku di AJL itu nanti. Aku berharap dapat tangkap pic dengan Faizal Tahir.. rawks. .sesiapa nak follow kene buktikan level mana tahap rocks anda...jika kurang baik tak yah..yahoo..

PG13 leh wat projek dalam wayang

wadush, sementara cerita masih fresh dalam kepala hotak aku ni, aku nak melaporkan satu kejadian sexual harassment secara terbuka yang berlaku pada malam tadi di dalam cinema pavilion hall 2. masa kejadian aku sedang menonton cerita avatar, memang superb this story, kalo tgk 3D lagi tremendous.

Cerita memang best, tapi sound surrounding agak tercemar lah, ekoran ada seekor couple bukan warganegara tapi aweknya warganegara asyik mencemarasmara di seat P 21 dan P 22. Kalo senyap sahaja mungking tidak menjadi masalah kepada penonton, tetapi sibuk berbunyi sahaja sepanjang ktorag tengah tengok cerita. Pendek kata diorang ni memang cam shit sebab kalo amik 2-3 min je tak la nampak sangat, aik ni berjam-jam sampai habis cerita. Bodoh dan tak bermoral.

Rasa cam nak hempuk je..tapi xde siapa yang berani buat. cuma berharap je depa ni stop..

P/s - kecewe avatar ada terselit bunyi sumbang dari mereka. aduhai..sayang

sosial december ku yang boring

pantang je de mood nak berblog, cepat je aku nak upload semua yang ada di kepala hotakku since nanti dah ilang mood terus akan bersawanglah blog ini.
bulan december ini agak membusankan, tiada aktiviti mencabar yang dirancang dan aku pun malas nak plan apa-apa atau menjemput sesiapa untuk bercanda di mana-mana. banyak jemputan kahwin tapi tak dapat nak pergi disebabkan masalah kenderaan plus masalah-masalah lain.

aku plak menjadi semakin membuhsankan, bila dah kerja ni komunikasi ingat makin bagus ghupanya makin hampeh. maybe technical or bercakap dalam kerja ini ok, not bad, banyak jumpe client, meeting, bos, authorities. but bckp bergurau dengan member pun dah luper. kekadang aku tak dapat nak cam macamana keadaan bersembang dengan kengkwn dulu. dah tak happening dan start topik membusankan serta topik yang menunjukkan kematangan kot. setiap kali bercakap dgn orang lain, member tu tak semestinya jujur mesti ada agenda lain cam bussiness dia ke, mlm dia ker or gosip mengata orang lain. aduhai...aku pulak tukang dgr sahaja. lama-lama aku pun jadi senyap, membuhsankan, feel nerd dan cam rasa orang nak baling muka ku dengan tin bila aku bercakap. so aku prefer senyap...

try nak jadi best cam orang lain, tapi dah kita ni memang tak best..rasa cam kesian je kat member sebab dapat kwn yang tak best lelama membuhsankan. argh camne nak mengatasi masalah ini.

adakah sebab kerja banyak menyebabkan otak stress tak mampu berpikir lawak jenaka, hanya nak bersifat serius, lelama lupe bahawa diri sendiri suka beronggeng dan lain-lain. atau sebab belajar, asik nak tgk ebooks, journal, tanye dr dan etc menyebabkan menjadi nerd. am I nerd??

yg menyampah bila cakap, org tak phm pe kita cakap. wargh tension shj. atau kalo cakap je salah, cakap je buat orang meluat, takut plak aku jadi benda orang meluat.
umur makin meningkat nak masuk 25. tahun 25 lah paling stress sekali agaknya..dapat ku bayangkan masa hadapan yang penuh pancaroba dan dugaan serta pressure dari masyarakat awam, family and friends.

semoga dapat membaikpulih diri sendiri agar lebih baik pada masa hadapan.

P/s - sangat tidak sabar untuk memulakan kelas semula pada Jan 2010, semoga dapat maintain result yang baik. amin

futsal league

adik dan haku berpose di tiang gol

butt pose - stalker pic

geng PERKASA hla - ayam tambatan



team geng KKb beraksi ( aku tiada krn amik pic)



konon aksi kandid - aku dgn aksi kangaroo



muka yang fresh di waktu pagi

dah season stroy sal saya main futsal yang tak seberapa tue. tapi kat sini nak paparkan aje pic futsal team saya yang telah dapat tmpat ke 4. kalah tapi bergaya. itu yang penting plus semua orang happy dan keluar peluh yang amat sangat. workout yang best. tu je good memory to share.

P/s - agak lama tak post pictures since hari raya aidilfitri, back to normal habit - update yeah

congret december wedding

congret to mereka yang dah berkahwin bebaru ni, kpd kema dan pasangan (asyk), kpd fini & partner (ump), senior syafiq masduki & kak kirah (ump), lela & partner (aysk)..maaf tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan anda kerana komitmen sendiri.

Hanya doa semoga bahagia ke akhir hayat dan selamat mengharungi alam rumah tangga yang banyak pancarobanya. Amin semoga korang happy. Amin.

Next wedding menyusul, congret dahulu pada ayieh & partner , serta ijan & partner. Insyallah tiada apa halangan akan menyusul aku ke majlis anda. Semoga berbahagia ok. Amin.

sekian lama aku rasa gembira

start ada mood semula untuk menulis dalam blog ini, ada stress kebelakangan ini ekoran kerja yang banyak plus exam 2 bulan lalu, tapi seronok sebab rasa dapat belajar banyak benda pada masa yang sama menambahkan lagi ilmu pengalaman dan rate of my experiance dalam menjadi seroang engineer. insyallah ir one day and dr plus prof in the future. ( pergh giler berangan)...

tapi, banyak lagi liku hidup nak dilalui. semua itu kene usaha dan planning. dan buat. org US selalu kata we dont plan we do. tapi aku kalo x plan kantoi. haha.actually nak menulis banyak benda since dari sebelum hari raya aidilfitri lalu tetapi banyak kengkangan perasaan, jiwa kaco & emosi tak stabil. Setiap kali klik new post & tulis 2-3 word. aku cancel and delete. Ntah kenapa? Sangat rasa menyampah bila tak tahu nak expresskan feeling ke blog ku. Maybe aku sudah lupa perasaan excited aku masa berblog, walaupun ntah pe content tak ilmiah langsung aku utarakan lelebih lagi perasaan poyo buat kenangan diri sendiri. moga aku tak pernah lupa apa yang berlaku dalam hidup ku baik manis or pahit.

tetiba aku ghindu kenangan time study bersama gurls class, actually boleh kata lama jugak tak jumpe diorang ni. last aku meet adalah miss HH & AH masa naik gunung sebelum puasa. tapi x sempat sembang banyak sebab aku stay with bash tough & azam matsalleh time tu. & de plak my mek zati + moch lina. Sorry sebab rasa cam terpinggirkan korang atau aku terasa sendiri. suddenly bebaru ini aku dihubungi oleh mrk untuk launch trip ke KK jumpe. Cam tak caya, tapi for the 1st time aku rasa ktoang akan berkumpul 9 orang, walaupun tak cukup tapi sudah memuaskan since semua gurl ini adalah manusia paling payah kalo nak ajak reunion hehe. Alhamdulillah, boarding pass dah ada, just nak bwk body masing-masing je dan meet at KK. Hope trip ni akan berjaya. Insyallah june 2010. Ehm siapa lagi BAA yang nak join, dialu-alukan. Lebih seronok jika ramai nak join.

tambah happy lagi, adalah result yang telah dilihat pada malam tadi. alhamdulillah syukur kerana more than I expected. Walaupun rasa usaha yang dikerah tu agak kurang dari semester lepas. ekoran terlalu banyak sangat melepak dan meronggeng. aku akan sedar diri dan cuba untuk lebih berdisiplin pada tahun hadapan 2010. ( tapi next year so much trips. KK, Singapore & Beijing). Berjayakah menyelesaikan 3 trip ni dalam masa setahun jika every weekand I have classes and only free when semester break (june). Taubat..taubat..saya akan jadi rajin dengan bersedia lebih awal agar tidak tergopoh-gapah seperti semester lepas sehingga asyik jatuh sakit & pastikan segala nota ringkas disiapkan sebulan sebelum exam. ( bukannya esok exam baru siap, confirm tak lekat apa dibaca dalam otak), jangan contohi perbuatan saya k.

So, untuk celebrate my happiness coz of my result. I spend full RM100 that night for shopping. tadaa. Pergi je carrefour dengan niat memang nak membazir & entertain myself..clothes & nice food for myself. hehe..malangnya, mood terganggu sekejap kerana de orang curi troli aku yang ada barang waktu aku sibuk angkat barang nek escalator. Apalagi aku yang menuruni escalater tersebut berlari sambil menjerit ke pencuri tersebut. Hei hijau ( dia berbaju hijau)..telur aku 2x shj sebut. Sampai je terus ku capai troli ku yang telah ditarik oleh sang durjana tersebut. Secara spontannya trus that man claim saya kemas troli lah. ( kepala hangguk ko dalam hati ku)..de 2 lagi troli kosong kat sebelah ko nak tarik aku punya jugak apa sal ( dlm hati gak ni, pura-pura cool). cecepat amik telur aku beli sedozen tu lelari naik atas semula. fuh..dalam keadaan kritikal nak alihkan barang pun ada lagi manusia yang sempat terlintas di kelapa fikirannya untuk mencuri. Siapa sangka dalam kita bergembira sebenarnya kita bakal berduka. Tak terbayang jika aku termengah-mengah ke lambat sikit ke trun tak perasan my troli mesti aku de sejarah silam kehilangan telur. ( telur ayam gred A yang paling mahal sekali aku amik). Bakal menjadi perkara yang lucu buat diri aku. Tapi alhamdulillah ianya tidak terjadi. Dapatlah aku makan telur dirumah yeah..

Short story for short break before start new semester lagi this january. Semoga murah rezeki dan lebih cemerlang dalam pelajaran dan hidup lagi pada tahun mendatang. Amin.

P/s - Nak gi beijing, nak jugak...

medal for futsal

sabtu lepas, satu kenyataan yang tak boleh go, delah team opis aku a.k.a geng KKB ( kaki kaki bangku) telah menang tempat la ( keberapa tak yah mention), dapat medal tue..kihkih, de 5 game tapi haku maen due yg pertama shj, since game yang seterusnya makin mencabar & gua tak larat nak jadi keeper dah, keeper ni at the end akan jadi people to be blamed. hehe..padanlah dh phm perasaan mrk yg jd keeper ni. keeper yg lain ghupa jauh lebih tough and jumper than me. pepaham je la. aku penyumbang kepada seri satu perlawanan, kalah teruk satu game lagi hehe. kalah ngn team MR.Girl sitnar harian yang cukup pandai gelecek & passing bola & sentap bola sampai masuk goal. Kagum dengan mr. girl yang pandai main futsal. Keeper paling kecik, keeper diorang la, tak pernah bolos pun..plus goal 25 mata untuk jadi juara. Mantop. pengalaman best lagi for year 2009. dah nak masuk tahun baru yea. semoga banyak lagi experiance dpt dikecapi sebelum berlalunya setahun lagi dalam hidup ini. MASA de lah perkara yang tak mungkin dapat dikembalikan.

Al- Asr - Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.
P/s teringat nanyi nasyid form 2 lagu demi masa...miss those days.

aktiviti menyengalkan badan dan otot

agak pasif dalam posting agenda dalam blog ini kerana kehilangan mood yang ketara atau fokus semakin hilang ke arah aktiviti lain selain memblog. tapi aku cuba jugak kerana ada satu dan dua orang yang sudi nak jengah blog aku sekadar membaca dan mengambil berat tentang aktiviti terkini aku. tq yea. im touched.

after exam hari tu, bersungguh - sungguh aku workout for dancing classes kerana aku rasakan masa yang free harus diisi dan tiada lagi ruang untuk menghadap buku wat seketika yakni 2 bulan ni. Setiap petang, cuba ku luangkan sekurangnya 1 jam or 2 jam untuk bellybutton, reggathon, techtonic, chakra, dangdut remix or merengue. Maybe ramai yang tak familiar dengan term tersebut. Well aku pun tak berapa paham, yang penting aku suka, minat, enjoy, fun and sweat like crazy. Namun nak bina stamina agak mencabar dan perlukan masa yang lama. Masih lagi mengah walaupun dah 10 kali pg klass. Memang low stamina. Not sport type kan. cam tu la gayanya. tapi x per. terasa tercabar apabila berada dikelilingi akak and auntie yang dah anak 2, 3, 5 atau nenek yang umur 50 tahun jauh lebih aktif, agresif dan high stamina dr kita yang muda dan belum beranak. tercabar-tercabar dan memaksa aku pergi kelas lebih kerap.

tetiba weekand dpt main futsal, waduh memang terbukti lah kelemahan stamina tu. nasib jadi keeper tp bidang terjun je sebenarnya. sbb mana de experiance main bola or if main hand sport pun mana pernah jadi keeper. its my 1st time experiance. Ok 1st game kantoi 2nd game sebab banyak bolos. then kecut terus for next game, kene pass to someone yang more tougher for that job. aku lemah lembut kan ( cet). pintu gol tu terasa sangat besar & tinggi kan. Lawan plak asik bg bola tinggi maka kantoi la aku. Its ok, at the end kami dapat la no 4/6 huhu, nasib la bukan last. tu je penting.

akibatnya. satu badan menjadi sakit, sengal dan memerlukan tukang urut paling best didunia untuk menyelesaikan masalah ini. tapi aku penggeli jadi kenelah urut diri sendiri. hope dapat meneruskan lagi aktiviti sengal ini di masa hadapan.

p/s - aku sangat suka workout, cuma penyegan, pemalu dan takde teman yang best nak diajak. jd aku pg kelas dance sesorang huhu. kesan dari workout adalah lebih cerdas dan cergas semasa buat kerja di ofis. insyallah sedang cuba menjadi perkerja berdisiplin dan berwawasan.