Malas Melampau


My schedule this semester

Pada masa ini, ketika ini aku adalah manusia malas melampau kerana tidak pernah berusaha kuat untuk menyiapkan tugasan master ku yang berlambak itu serta tak siap-siap lagi setelah dekat 2 bulan yang lalu menerimanya. Aku pasrah, kenapalah aku malas tahap karma pada semi ini,
memandangkan keduanya subjek membaca dengan sedikit pengiraan, aku kalah dengan keadaan semasa dan kawan sekitar yang memaksa dan mengajak untuk keluar masa-masa kritikal ini.

Minggu depan dah nak raya, maksudanya tinggal sebulan lagi sebelum final exam aku iaitu antara 31 oktober, 1 nov, 14 nov atau 15 nov. Maka study week akan bermula pada 24 oktober - 30 Oktober 2009. Aduhai, maka terpaksa aku declare kepada semua agar selepas raya adalah zone kritikal serius maksimum kronik yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran.

Alahai, ada jemputan untuk attend Coffenite 3 at UMP yang jatuh pada 24 oktober, cam best plak sebab koreiv dr johor and terengganu maybe boleh turun dan dapatlah reunion bersama lagi, Kalo tak memang asik muka aku, bd, bash and azam je yang beronggeng. Ingat mahu pergi, tapi bila pikir secara mendalam, takkan aku nak pergi dengan bwk notes dan bersama diorang ini tak mungkin aku dapat study kalo 24 jam je nak bersembang dan bergelak ketawa. Tak lupe jugak program bertunang my best girlfren 18 Okt ini, tetapi aku ada kelas camna aku nak skip kelas sekejap ye. Jgn riso mek akan ku pikirkan because your very important to me too. hehe.

Aniqi azrai dari utan ujan ways plak dah invite banyak kali ke program dia yang best tu, tapi tarikhnya semua serba tak kena dengan aku, Water rafting sungai Kampar clash dengan Coffenite 24 okt, Tasik kenyir plak time aku exam 31 okt dan before this rendang melemang tu time aku balik kg berbuka bersama keluarga. Yang semporna, tawau tu plak aku tak cukup budget, kene RM900 per pax. kalo duit lebih memang nak pergi..Nak sangat tetapi....

Semua jemputan ini memang melalai dan melemahkan aku yang kaki travel ini. Kalo masanya tepat memang aku join. Insyallah jika ada jodoh eh bukan tetapi rezeki lebih dapatlah aku join program anda semua.

Yang penting sekarang adalah membaca buku sahaja sehingga tamat final exam. Tengoklah keronggengan tahap maksimum aku bulan december nanti haha. Tak plan lagi tapi mesti ada punya.

P/s - hanya dengan menulis blog dapat menenangkan diri aku yang malas ini, sebab tu tulis blog memang ada masa, baca buku asyik tidor sahaja. hehe.

1 comment:

mr_jayzack said...

jgn malas haidar...
hehehehe