Salam syawal

Alhamdulillah, akhirnya dah nak raya dah ni, kejap jer rasanya puasa mungkin sebab terlalu sibuk dan banyak sangat aktiviti menjadi orang dewasa ni. Ada yang wat kerje berniaga amik kesempatan, pergi berbuka bersama rakan-rakan lama, workout aerobic fasting month pun ada. gi terawikh, alhamdulillah siapa yang wat tu.

Terlalu byk agenda sampai tak kita sedar dah sampai penghujung ramadhan, sedih sikit rasanya, normal la perasaan ini yang tetiap tahun terbit. Cuma attitude je tetap tak berubah, inilah manusia kan, nak berubah tapi tak nak usaha. Lebih sudu dari kuah orang kata.

Kita dah jadi orang dewasa, tahun ni dah start kene bg duit raya, ehm baju pun dah start nak beli yg mahal sikit. pastu balik dah nek kete, nak servis kete, cek tayar , angin air dan lelain, kueh raya order kene byr gak, kene shoppingkan bj raya adik, mama dan gelang raya kilat2x diorang tue. join beratur kat bank tukar duit raya rm1, bersesak gi uptown nk survey brg raya yg bagus, shopping online pun de sikit, majlis berbuka dgn rerakan tahap mahal membazir memang byk kali lah smpai korok. (pandangan peribadi, membazir la puasa tahun ini kalo buffet).

Apa-pun yg terjadi, aku doakan semua rakan-rakanku selamat dalam perjalanan pergi dan pulang dr kg, Makan hari raya berpada-padalah, ini peringatan buat diri sendiri jugak. rugi workout bulan puasa jika syawal tu ko melantak. Di kesempatan ini sy ucapkan salam lebaran, selamat hari raya, maaf zahir & batin, jika saya sengaja atau tak sengaja terkasar atau tersilap bahasa atas segala tingkah laku, gurauan dan senda saya yang menyinggung hati dan perasaan sesiapa.

Salam syawal to:-
Ex - schoolmate Sek. Ren. Taman Ehsan
Ex - schoolmate Sek. Keb. Tmn Seri Gombak,
Ex -
schoolmate Methodist Girl School Klang
Ex - schoolmate Kusess
Ex - Matrik Melaka
Ex - UMPians
Rakan sekerja HLA Associates S/B
Rakan & Tenaga Pengajar sarjana struktur UTM,KL

terutamanya GF aku dri gombak & kg lindungan, sunway tu, geng baa girl power, geng jppkmm, geng family mpp terchenta, semua geng program aku hehe, and my best ever geng koreivians. Semoga korang happy and successful dalam apa yang korang lakukan. Kenang ku dalam doamu k.

Luv you all.

Malas Melampau


My schedule this semester

Pada masa ini, ketika ini aku adalah manusia malas melampau kerana tidak pernah berusaha kuat untuk menyiapkan tugasan master ku yang berlambak itu serta tak siap-siap lagi setelah dekat 2 bulan yang lalu menerimanya. Aku pasrah, kenapalah aku malas tahap karma pada semi ini,
memandangkan keduanya subjek membaca dengan sedikit pengiraan, aku kalah dengan keadaan semasa dan kawan sekitar yang memaksa dan mengajak untuk keluar masa-masa kritikal ini.

Minggu depan dah nak raya, maksudanya tinggal sebulan lagi sebelum final exam aku iaitu antara 31 oktober, 1 nov, 14 nov atau 15 nov. Maka study week akan bermula pada 24 oktober - 30 Oktober 2009. Aduhai, maka terpaksa aku declare kepada semua agar selepas raya adalah zone kritikal serius maksimum kronik yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran.

Alahai, ada jemputan untuk attend Coffenite 3 at UMP yang jatuh pada 24 oktober, cam best plak sebab koreiv dr johor and terengganu maybe boleh turun dan dapatlah reunion bersama lagi, Kalo tak memang asik muka aku, bd, bash and azam je yang beronggeng. Ingat mahu pergi, tapi bila pikir secara mendalam, takkan aku nak pergi dengan bwk notes dan bersama diorang ini tak mungkin aku dapat study kalo 24 jam je nak bersembang dan bergelak ketawa. Tak lupe jugak program bertunang my best girlfren 18 Okt ini, tetapi aku ada kelas camna aku nak skip kelas sekejap ye. Jgn riso mek akan ku pikirkan because your very important to me too. hehe.

Aniqi azrai dari utan ujan ways plak dah invite banyak kali ke program dia yang best tu, tapi tarikhnya semua serba tak kena dengan aku, Water rafting sungai Kampar clash dengan Coffenite 24 okt, Tasik kenyir plak time aku exam 31 okt dan before this rendang melemang tu time aku balik kg berbuka bersama keluarga. Yang semporna, tawau tu plak aku tak cukup budget, kene RM900 per pax. kalo duit lebih memang nak pergi..Nak sangat tetapi....

Semua jemputan ini memang melalai dan melemahkan aku yang kaki travel ini. Kalo masanya tepat memang aku join. Insyallah jika ada jodoh eh bukan tetapi rezeki lebih dapatlah aku join program anda semua.

Yang penting sekarang adalah membaca buku sahaja sehingga tamat final exam. Tengoklah keronggengan tahap maksimum aku bulan december nanti haha. Tak plan lagi tapi mesti ada punya.

P/s - hanya dengan menulis blog dapat menenangkan diri aku yang malas ini, sebab tu tulis blog memang ada masa, baca buku asyik tidor sahaja. hehe.

best break fasting ever 2009

Sebelum berbuka best inilah aktiviti aku,

Aktiviti siang - Membuat survey di matta fair dengan seharian memakai 3 keping mask sampai gatal muka bersama 3 berikut:-



khai pose cam doktor & bd pose paling menawan dia



azam pose budak baik, memang (x) cool dan kami ronggeng team

Aktiviti malam, berbuka bersama geng baru yang tak kenal antara satu sama lain, yang puncanya semua orang adalah kawan aku.



paling best berbuka kali ini adalah rakan-rakan aku yang terdiri dari background yang berlainan universiti, sekolah, matrik or negerinya dapat berkumpul bersama dan bertaaruf dengan happeningnya selepas makan, gelak ketawa memecahkan suasana, aktiviti menjual minyak tiba-tiba meningkat dan di susuli dengan aktiviti selepas makan ke suatu tempat yang dirahsiakan.

Pada mulanya, aku bimbang jika zati atau sha terasa jika aku seakan tak memberikan attention sepenuhnya pada mereka, Nasib baik geng koreiv memang memeriahkan suasana dan menjelekitkan kengkawan gurls aku, agaknya sebab mereka perempuanla boleh layan, kalo bawk yang laki apa ntah jadi yea, hehe..Pose aini memang rawk sejak azali lagi dengan kejoyahannya tetap paling best in the world. Kekadang turut boleh menjadi joyah jika berada lama disamping dia.

Lihat betapa seronoknya semua orang selepas dah tahu perangai buruk (best) masing-masing:-

Apapun luves u my girlfrens, mek, moch, & aini lembu hehe..dapat kwn baru nama lia..huhu rock juak. Luves my koreivians too.

Salam ramadhan.

Masih x cukup baik

Setuju aku memang masih tak cukup baik.

Hari ini mama pesan, janganlah keluar ronggeng malam-malam lagi dan hentikanlah aktiviti ronggeng meroyan aku tue dengan geng K aku. Aku terkedu, alamak adakah aku kelihatan seperti liar atau mama letih mendengar aduan aku yang acapkali letih mesti sampai demam after beronggeng royan. Dan setiap kali lepas aku melepak dgn geng K sahaja, kerana aku tak punye geng lain yang gila ini macam. Sedikit sedih jika aku mengecewakan mana-mana pelawaan kengkawan aku, selagi aku mampu selagi itu aku akan ada.

Tapi wujud jugak mereka yang tetap mengecewakan aku sampai fedup. Adakah aku seorang sahaja yang perlu rasa concern terhadap persahabatan rakan-rakan sendiri. Mungkin aku tak rancak berbicara, mungkin juga aku tak pernah luahkan apa yang aku rasa. Sampai orang lain lupa nak menjaga perasaan dan concern kita. Cukuplah wei, aku dah letih, please put some effort to maintain long lasting friendship. da..cannot tell more..nite

P/s - Mek , Pija really need you around now..hisk hisk..

favourite pic berbuka puasa aku

just nak share favourite pic aku this year besides ada muka koreivians dalamnya inilah dia alumi aysk.

Tema: berbuka puasa
Organizer: Meen WheeZ (kema) + Pinas Pilus
Venue: Felda D saji
Food: 88 juadah berbuka pilih sahaja
Rate: Biasa saja ramai orang sangat

dari kiri: nodie, olie, lala, aku, pinas, salwa, azma, air and nofa

P/s - the boys tak dapat pic lagi huhu

my today

hari ini rushing prepare drainage design utk kompleks polis pendang, malam td dah discuss ngn kak nat engineer dbkl huhu, pastu pas sahur after tgk nur kasih saya dengan komitednya menyiapkan design, hehe tinggal generate invertlevel drainage je. Ni jup je memandangkan semua info area cathment dah ada,

alamak dah jam 930. jam 1030 kene kuar nak gi matta fair with sang bidi n si azam,. hope dapat details info sal KK kerana aku plan mesti ke KK next chinese new year 11-15 feb ehm anyone nak follow. tarikh tutup jemputan adalah ahad ini. ok.

ptg jam 6 akan ada majlis berbuka geng gunung datuk hari tu, rasa best nak lepak ngn member2x sembang tu la best. em insyallah ramai akan attend hehe, upload gmbr nantila k dah lama x upload pic rasanya.

mlm & sahur esok akan komited siapkan report material & design detention pond. luperlah camne nak kira hydrograph, sumeone tolong ingatkan balik.
okla nak bersiapla pergi ronggeng survey di bulan puasa, dengan pesanan jgn lupe pakai mask.
da...

11 ramadhan

11 ramadhan, syukur kerana masih berupaya untuk berpuasa dan bernafas di muka bumi ini, tak banyak aktiviti riadah dapat dilakukan gara-gara berkeadaan limau senantiasa. berangan untuk mengexercisekan diri tetapi tidur lebih menggembirakan hati. Teringat kekata atuk yang dalam keadaan marah memarahi cucunya yang puasa umum sahaja, tidak puasa mata or telinga kerana kami sibuk menonton cerita di tv and mendengar hotfm di radio. Kekadang boleh follow tetapi acapkali lebih kearah puasa perut and mulut sahaja. Semoga jadi lebih baik dari bulan ini, itulah azam aku , kita , kami orang and korang semua. nak jadi baik je tapi usahanya tak der. Apalah nasib badan hehe..padan muka diri sendiri.

syukur jugak ramadhan kali ini, aku memasak direct sehingga ke ramadhan 11 ini, cepat2x balik dari ofis tujuannya nak memasak kat umah, cam rasa ada tanggung jawab nak masak, betul la penat mak-mak orang kalo pas balik kerja nak memasak untuk keluarga, ishish sian plak kat mak aku mesti kene masak untuk anak-anak dia, tanks ma atas jasa mu tak terbilang itu. yg penting skill masak rasa cam dah improve la, aku cuma perlu masak sikit kari ayam, asam pedas ikan dan sayur lemak untuk puas kan hati aku dalam dunia memasak ini. apa pun perempuan feelnya mesti pada dapur jugak hehe.

tgh setup berbuka bersama member2x, salah satu aktiviti sosial di bulan ramadhan ini. hopefully dapat berjumpa rakan-rakan lama di suatu tempat makan yang akan ditetapkan nanti ok. Ok lah salam ramadhan semua. jangan lupa berterawikh.