Aku kembali ke Alam Nyata

Wargh....
seperti kanak-kanak yang asyik melihat akan sesuatu kerana terasa kagum, begitu jugak perasaan aku pada hari ini, Lepas selesai sahaja menjawab exam alhamdulillah aku terus chow dari exam room, menaiki siburuk dan memecut laju untuk sampai ke rumah kerana ingin terus beronggeng bersama mama and abah serta adiku emmy di bandaraya kuala lumpur.

Pecut (slomo) je kerumah, tibala mama and the geng, lalu kami memulakan destinasi ke Malis corner jumpe cousin aku, keje kedai malis ghupenya, aku as usual tak amik tahu sangat pasal cousin ku yang ini sbb kecik kecik ktorang ( aku and sepupu aku lagi satu) suka belasah dia dalam apa jua kes, so bila besar cam segan plak untuk beramah mesra, maka ku abaikan sahaja pertemuan itu, tengok senyum-senyum oklah tue. Dapat jemputan makan free kat malis corner, alah bukan jemputan khas tapi today is official ceremony Malis kat Danau Kota, jadi makan free for 1000 orang. tak gi pun blah trus menuju ke chowkit. yahoo..

Sampai chowkit dgn niat nak beli kain baru wat baju, musim kawin dah masuk biasalah kene wta persiapan baju sendiri, kang pergi kawin kenduri orang ada yang tegur pakai baju tahun lepas ke kak, tak ker naya, * kejadian pernah terjadi serius tak tipu* so nak elakkan perkara tak diingini berlaku silalah wat baju baru jugak walaupun bukan anda yang kawin, atau pakai lah baju baru orang lain ok. cam-cam kain ada kat cosmic silk, favourite place kat area chowkit tu. Aku telah rambang mata mengambil 2 kain untuk aku hehe satu pink and satu hijau. Warna orange yang baru ku beli minggu lepas jugak telah siap menjadi baju kurung pahang. Nampak gayanya kenelah aku bershopping di site tudungdganu.blogspot.com utk mendapatkan tdung manik kutupat aku tue, Wah bestnya shopping online.

beg baru rorine ku pun telah diperolehi pada hari ini, kasut putih aku heel 2 inch yang comel pun memang puas hati, aku beli after stress dengan paper pertama ku itu last week. Tapi skang dah ok. payah ghupenya kalo stress kene shopping haha. Im changed to a real women now. hehe. Ghupenya banyak jugak barang baru yang aku ada sejak dua menjak ini. Hehe tak per yang penting kita happy ok.

maka dengan ini aku mengishtiharkan bahawa bulan mei ini adalah bulan ronggeng aku dah aku boleh wat kerja sampai bila aku suke di opis, nanga muvies, download citer, skang ada a few list kene buat untuk menggembirakan hari ku di bulan Mei ini. Antaranya:-

1 try balik kg drive sendiri 1st time next week 8 mei
2 nk g celebrate mothers day dgn bwk mak g sg kelah, ini je abah nk ikut tempat lain tak nak pergi 9 mei
3 prepare nk g langkawi june ni - hope tarikh sesuai tu dapat 12 jun
4 dapatkan kasut terbaru aku lagi - NA
5 nak gather jumpe dayah, kawa and the gang 16 mei
6 29-30 mei nk g JB, attend wedding and one day holiday at JB

So bulan mei dah fully booked, June lagilah fully booked kerana kelas ku bermula pada 6hb june, hehe tapi akan ku ponteng kelas pertama kerana nak pergi attend wedding uda at kerteh bersama family mpp ku tersayang.

Luper plak, back to story, aku dah siap beli kain, ktorang blah, semayang jup kat gombak then terus pergi ke malis corner danau kota untuk makan free. Beratur dari ujung kedai sampai ke dapur kedai, sampai kul 930 pm and dapat makan jam 10.30 malam..hoho semata-mata nak makan free punya pasal dalam RM25 la makan 4 orang sanggup...padahal yang kene lineup dan berebut adalah aku tuan punya body. mama abah relax jer..takper..tak per..

Hoho, ok lah take care, aku ada series of miss movies to watch such as wolverine, slumdog, witch mountain and confession of shophalic..take care all daa

P/s - Wajib pergi cari masa menonton BOHSIA next week, penyokong filem pengarah muda Syamsul, Pierre and Farid Kamil. hehe

1 comment:

mr_jayzack said...

yea..
haidar dah free..
leh g ronggeng2 pas nie...
hehehe..

anyway..
welcome back to the real world..
hehehe