jeniang site visit for canal & dam design



Aku nak sangat wat posting ini, sbb aku ni suka sangat berjalan-jalan dan kaki melancong/mengembara ke seluruh dunia. tapi aku tak memperoleh modal yang mencukupi jadi aku hanya berkemampuan untuk mengembara dalam malaysia, eh dalam selangor and dalam KL jer buat masa ini. Lagipun banyak kekangan masa dari belajar dan kerja. Kerja sekarang pulak banyak dan bertimbun-timbun, sini sana kene tackle job yg relate dgn authorities and planner and other 3rd parties. Pada masa yang sama ingin berkecimpung dalam hal ehwal bisness yang di sudut kecik hati aku sangat suka bisness dan kalo boleh nak membuka butik sendiri yang semua jenis orang boleh pakai, bukan orang cantik sahaja atau orang sexy sahaja. Orang tak sexy takde pakaian yang cantik, dunia memang x aci.

baru-baru ini, a.k.a semalam..dr rabu - jumaat

aku telah bersama segerombolan bos-bos, senior engineer, intermediate engineer and junior engineer telah bergerak jam 6 pagi dari ofis (KL) ke jeniang kedah. Naik CRV milik ofis yang gear nya pun guna gear tangan lagi, old fashion punya kereta. Gunakan lebuhraya utara selatan kerana ini shj jalan yang ada dan singgah sarap sebentar di R&R rawang untuk solat dan pekena nasi lemak panas RM 1 (tak logik makan satu kene makan lebih dari satu sbb kecik) yang sedap dan direkemen oleh aku pada bos-bos. Pas makan teruskan perjalanan..tetapi Disebabkan aku pemandu amatur, kerja aku duduk blakang cam bos dan beradu sepanjang perjalanan. Tahan pakai seat belt belakang dari mula masuk keta sampai jejak ke kedah..(skema tahap dewa tapi tuk keselamatan tak mengapa)

Sesampainya di kedah, masuk exit pendang. Hanya 2km dr situ untuk sampai ke tempat peranginan kami plus tempat meeting dan bekerja di Pendang Lake Resort.Kami duklah menginap disana selama 3 hr 2 mlm. Selepas check in terus kami memulakan kerja dengan menuju ke contoh canal dan propose bhg conveyance canal. Wat kerja di panas terik sambil memakai kasut getah RM 16 yang baru ku beli smlm dan beriya-iya menggunakan topo map sambil mengintai-gintai site. Ramai yang hadir untuk sesi sitevisit kali 2 ini, consultant ilham for dam design, mr hilmi, en zul,en zahir + socioeconomic dr rahmat, mr azizan, en zahir, org EIA from ere consulting mr kelvin. and us mr megat, mr hasnizal, mr abdulla, mdm rohani, miss awin and me.

We have lunch at 1 and then continue visit the site at canal cengor, and regulator guar kepayang. Get real pictures about how the regulator looks like, how to design the syphon, box culvert and so on. Seronok dapat experiance sendiri, tgk actually how canal cross a river dimana level tak sama. Dah jadi engineer baru faham aspect sebegini, Sebelum ini tak tahu dan tak ambil kisah pun. Ktorang bergerak dari satu checkpoint ke satu check point yang lain untuk memahami kawasan mana yang akan di ambil, kampung mana yang direntasi dan jalan mana yg akan dipotong dek canal tersebut. Visit best tapi kami semua letih dan mengantuk giler, sesekali tersengguk-sengguk mata ini bila berada di dalam kereta. Tapi digahkan jugak sehingga jam 6.30 ptg kami pulang ke resort dan bersiap-siap.


730 malam - dinner enjoy time
tempat: gerai-gerai sekitar pendang sahaja
Balik - Rest - Tido - 6.30 Wakeup , Breakfast and Work Start at 8

Tersebut adalah gambar bagi regulator dan existing site yang dilawati oleh geng civil engineer.


regulator guar kepayang (view sample)

Canal and flume supply for sg. muda (canal ni cross river dan level lebih tinggi dr sg)

Same routine for next day....Thursday 8.00 am after pekene roti cana sedap org kg.

Kerje dimulakan di sekitar intake point, barrage, alternative intake point, segala sungai dan crossing, sekitar kampung dan jambatan. (malas nak upload pic lagi)

Meliputi semua bhg dam & transfer canal. Letih betul tapi best. Sampai jam 2 kami stop pg lunch. Pekena Cendol jeniang, sodap jugak cendol kedah rs lemak santan dan bukan gula semata-mata. Emm yummy.



Pastu kami teruskan destinasi menghabiskan visit ke semua river crossing bagi route transfer canal yang panjangnya adalah 8km sahaja. Walaupun kelihatan seperti pendek tetapi pelbagai hidupan dan penempatan berada di laluan transfer tersebut, bagaimanalah pihak socioekonomi nak menyelesaikan masalah penduduk tempatan ini? Mungkin akan timbul banyak masalah di masa hadapa. Semoga Dr. Rahmat and the geng dapat menyelasaikannya.

Pulang jam 6.30 ptg dan routine yang sama akan dilalui pada esok hrnya. Cuma esok hanya separuh hari untuk menghabiskan route bagi conveyance canal sahaja lagipun esok adalah jumaat maka orang kene semayang jumaat dan kedah cuti esok. Maka x berbaloi untuk bekerja di hari semua orang bercuti ria.

Panorama pagi di jeniang kedah yang sungguh cantik anugerahnya



pic after check out



wat keje socioeconomic plak -layan + makan dgn pokcik kg sawa besar

view di last point on top of the reservior and dam + with mr kelvin (eia consultant)

Panorama petang di tengah-tengah propose reservoir

Itu shj aktiviti yang nak dikongsikan dalam blog kesayangan ku ini. Kerja sambil melihat tempat orang aku suka. I luv travel and holiday so much.

P/s - semoga aku berjaya travel all over the world in the future, amin.




Allahyarhamah Noor Aisyah bt Jaafar

Pagi ini sewaktu aku sedang menjalankan tugas sebagai jurutera awam yang hingusan lagi aku telah dikejutkan dengan satu sms yang memberitahu bahawa saudari Noor Aisyah bt Jaafar telah meninggal dunia akibat penyakit denggi. Aku menjadi kaget dan termenung sejenak.
Mecha seorang girl yang sangat happening, giler-giler, menceriakan suasana dan sangat menyayangi rakan-rakannya. Seingat aku kita baru sahaja konvo bersama pada august yang lalu dan picture di atas ni adalah gambar terakhir aku bersama Mecha sewaktu konvo. Meecha adalah yang hujung sekali bahagian atas memakai tudung coklat, kerana sebelah hujung atas tu plak adalah aku.

Sebenarnya ada berlaku sedikit kekeliruan terhadap siapakah yang telah meninggal dunia kerana disebabkan perkara yang tak sepatutnya berlaku, berlaku. Namun confuse itu biarlah saya sendiri yang menyimpannya. Yang paling utama adalah kita mendoakan kesejahteraan roh saudari kita agar Mecha diberkati dan dirahmati Allah SWT serta ditempatkan bersama orang yang beriman.

Kepada rakan-rakan yang lain, jadikanlah perkara ini sebagai ikhtibar bahawa kita ni hanyalah manusia yang menumpang didunia ini. Ajal dan maut semua rahsia tuhan dan tidak ada antara kita pun yang tahu. Jadi beringatlah kepada Tuhan, ibu bapa, saudara mara, rakan -rakan dan mereka yang mengenali kita. Semoga kita tidak menyakiti hati sesiapa dan kita memaafkan orang lain juga.

P/s - rasa sedih dan menyesal sebab bergaduh dengan nenek (wan), wan I luv you and dah lama tak balik kampung sebab attend class every week, Mama abah I miss u so much. Nanti ada masa cuti kakak balik kampung yer pergi shopping kat TF Mart sesamer....

Release tension - Sungkai Trip

Hye korang,
Last week adalah minggu yang sangat Bzz dan kepala hotak ku sakit, lelebih lagi my biznes plan. Semuanya penuh, padat dan amat menggunakan otak setiap masa, 100% rolling in ur mind.

Tapi yang bertuahnya last week, aku dapat meet dgn ramai successful person in their carrier, doctor, engineer, lecturer, bankers and accountant. Semuanya berkaliber and so inspiring to me.
Bilalah agaknya aku akan jadi seberjaya mereka. They positive and motivated all the time. Aku yawning everysingle day atas kerja dan apa shj yang aku buat. The most suck job in the world is engineer. Sorry to say. Working hours yang banyak, penggunaan otak yang lebih, campurtangan politik yg berlebihan sehingga engineer tidak boleh membuat keputusan. In malaysia politician is powerful than engineer. If that case u all lah jadi engineer, ktorang plak jadi ahli politik...(Adakah aku sedang merungut atau tak puas hati disini, ntahlah aku pun tak tahu, yang benar memang aku x puas hati sahaja kot)

Skrng recession, pening n sedih memikirkan takkan ada salary increment untuk this year especially pada young engineer cam aku n my few college lagi. Memang x patut (kalo pikirkan diri sendiri shj la). Kitaorang bekerja dengan bersemangat, hati nak belajar tu bekobar-kobar, willing to balik lambat, working at late hours, eventough no overtime counted, no site allowance, not sending to any shortcourse seminar n program, no bonus last year, have restricted in claims...no no no jer la...nasib recession la katakan..nasib jugak tak kene buang kerja, Sbb darah muda cam aku ni, memang duit kat depan mata. (Bersyukur ni tapi merungut)..

Study pun tough jugak, lelebih lagi bila kerje and study. Bila aku pikir balik adakah aku tamak..waduh-waduh..pening gak aku. Tapi sbnrnya aku pikirkan yang aku ni baru lagi jd engineer, insyallah aku takkan dapat buat design alignment road + specialise in bridge dimana ia memerlukan 2-3 tahun experiance br master. So aku akan ada free time untuk study dan akan complete my master within this 2 years..Then on that time, i have both my 3 years experiance and my 2 years master degree. Is that good..or greedy?

Berat sangat minggu ni buat aku, aku perlu lepaskan tension and berendam lelama, Ingat nak pg air terjun kanching shj di rawang, tetapi aku telah pergi hot spring sg klah dan membuang toksin di dalam badan dgn memasukkan badan ke dalam air bersuhu 40-45 darjah celsius..Sungguh menenangkan, merelakskan dan mendamaikan jiwa. badan pn terasa ringan dan bersih dari segala toksin. Kulit menjadi gatal kerana pengeluaran toksin yang berlebihan. huh memang mantop pengalaman berendam di dalam hot spring sg. kelah ni. Aku ada ajak bdk kelas kat blog, tapi x respon jadi aku pergilah dgn my ex-schoolmate and my rakan kerja. The place is beautiful and yang paling best dapat masukkan air dalam air panas yang mana aktiviti masukkan badan ni memang fear factor lah and sangat menyakitkan tapi sedap hehe..Rasa yang pelikkan, kalo nak tahu kene rasalah sendiri ok.

Akhirnya, otak jadi fresh, bdan jadi fresh. Maka bolehlah aku sambung assignment structural assessment repair aku dimana ada presentation this week 1st february, doakan aku yer sbb dah lama giler rsnya tak wat assignment n presentation. agak susah nak mulakan balik benda yang kita tinggalkan, tapi i luv study because it remind me that knowledge never enough you always have to gain it. So you guys, have fun in all your doing and work smarter hard.

P/s - next trip would be Rimba Komenwal, FRIM, Sg. Gabai, Bukit Tinggi and Lipur Kanching. Wanna join..
Dalam kerete sebelum menapak ke luar ke Hot Spring

Rebus telur seludup ni beli kat kedai pakcik and sorok dlm beg

Santai makan burger dulu n telur seludup kami sambil celup kaki 45oC

Berendam badak dalam 30oC, not so hot meh..

Tipu sengetkan kaki, sengaja tak pijak batu panas ni. Good therapy kaki.

Week Mood: pack scheduled, totally defect and less concious

When our scheduled pack, we are outrageous, horrible and disaster. This whole week is my one definite pack with. Tight with work sunny days and at night with comprehensive seminars, talks and meeting with other professionals, doctors, bankers, engineers etc. This is so not me. I am happy and cheerful girl. Love to hangout with friends. Movies, karaokes, traveling, chatting and blogging and other entertainment exist in the world, if possible.

Suddenly, I decided to commit with something. It need discipline, hardworking and etc to driven myself to make it successful.

The end.

P/s - I will be successful in the future. Amin. Leave you all with curiosity.

apabila ruangan menjadi sempit tapi lensa tetap muat

Ntah apa title posting aku hari ni untuk di kongsi bersama masyarakat (cewah, cam ramai je makhluk tuhan yang mengintai blog ni)

Didalam WKM1674, Waja 2003..inilah keadaanya.


"situasi 1"
korang cpt tangkap gambar, ni 1st time kita berlima dapat duk sekali dalam wkm1974 ni kan after terrible tour kita dr konvo kakak dulu yang lagi horrible sbb dok dlm aeroback kebal oren milik paksu WPX6096 yang sempit lagi mendatangkan amarah masing-masing tu.

Jom-Jom..Wahhhh
aris x masuk la plak, sekali lagi pose-sekali lagi..emmy ko tunduk lagi x nampak abang largh.


"situasi 2"
emmy tunduk2x..aris angkat ketiak sikit kasi muat muka ko dalam lensa ni. emmy ko ni tunduk banyak sangat la plak, kan dah x nampak langsung muka, tapi kepala hotak ko yang besar tu je ada. kalo berfungsi elok x per..x mo pic ni..pose lagi-lagi..


"situasi 3"
Warghh..ada donut wei makan-makan kata nana, korang nak ke x ni. NAKkkkkkk semua jawab.
Akak jawab x nak sbb dunkin donut x makan benci meluat..bukanlah akak, ni big apple..yer ker big apple NAKkkkkkk gak. OK kita pose dgn act sbg model donut big App ni..kali ni mesti muat ok..Standby semua cheesee....
Yeah, akhirnys struggling for 10 minutes ini berjaya menghasilkan pic yang diinginkan.
Ooh Jadi model baru semua nak masuk pic elok2x..
Ok tu je aktiviti jumaat malam with my family.

esok ada kelas Structural Assessment and Repair with Dr. Mohammad, Cayok2x..

P/s - hr2x pikir camna nak scorer dalam master ni yang offer semua 3 credit. time degree subjek 3 credit ni memang x pernahnya dapat A melainkan Soil Mechanic, RC2 and Environmental..semoga aku diberkati olehNYA. Amin.

posto-posto lagi..gadjet-gadjet umah

gajet adalah term tuk benda2x elektronik sbnrnya..tapi spesial skit hr ni sbb bende2x kat umah aku pun aku panggil gadjet..ingat lagi dulu mula2x duk umah sewa..1st nite tido kat luar atas toto jer lapik lantai share 2 orng..(nasib ada jiran sedekah toto lama dia) + ada bantal sendiri..

lama-lama ktorng start..ada tilam, robok, perkakas bersih umah yg lain..


then, gaji aku pertama jer..bulan july aku beli tv 32'..(aset aku)
pastu dr berdua kami jadi bertiga..sementelah dgn kemasukan org ke 3..sepakatnya kami membeli dapur, then peti ais..kemudian streamyx 1.0MBps speed.+ router.
kesian kat tv aku duk kat lantai jer..akhirnya aku beli rak tv yg cute lagi coklat gelap..
pastu skang dh ada meja makan..yeye

skang umah dah penuh..ada a few lagi dalam list yang nek kene ada dlm umah cuteku ni, insyallah pas appraisal n jika Allah memberkati aku gaji pasti naik..maka bolehlah mendapatkan gajet berikut:

1. sofa (3 seater je) + kerusi cecomel
2. robok (almarai coklat gelap, dah ushaa kat care4)
3. CPU baru / notebook (mn satu dtg dulu)

skang tengoklah sendiri..
gaya idup bujang..x heaven langsung ok.



P/s - biler mahu kaya..engineer awam yang koroks..

tauce aku 1st time dan kepakaran sayur kubis ku

lauk aku 1st time try taucu,,selain benda tumis cili..dan sayur goreng kubis ku yang paling simple di dunia..sila2x cuba..year.

emm..sodapnya..(perasan dowh)..



p/s - kalo dah pompuan memang terrornya..la dun worry

1st lecture on & 2nd lecture cancel

Hola.

Hari ini class MAB 1033 a.k.a Structural Assessment and Repair cancel. Sbg student yang baru nak masuk kuliah ke 2 rasa tidak puas hati muncul di hati kecil terhadap ketidakhadiran kelas tersebut. Gara-gara PM.Dr Mohamad Ismail telah tersilap melihat jadual kelas kami, maka sewaktu dihubungi belia masih berada di Jaybee. What to do?

Kami bersama-sama senior lama menghabiskan masa bersembang dikalangan kami. Dalam kelas ini ada 4 senior lama yg berada di sem ke2. Sikitkan, ini kerana yang lain tidak lepas sem 1. Wow, bile mendengar ada yang kantoi, hati rasa debar-debar jer nak teruskan master ini. Bolehkah aku? Mampukah nak score ini? Macamana strategi nak score dalam Master ini? Cam-cam terbenak di otak kecik ku ini? Student lama yang attend class pun memang ada yang old and hustler, dr zaidun n leeng pun ada, technip ada dan macam-macam consultant lain lagi.

Hari ini dapat berkenalan dengan seorang Puan Zawiyah ini, beliau adalah doctorate student dalam siesmic insyallah. Berborak mengenai apa yang ingin dia researchkan, didapati beliau adalah legal advisor, meaning background dia is not civil tetapi LLB..kata lain 1st degree dia adalah law. Sbb dia work with telekom, dia kene firmly known about construction + towers. So dia dah amik Master in Construction Management with CGPA 3.82 dalam condition MALAS. Mantop giler for someone yang ada different background and not in Civil. Skrang dia continue plak dalam doctorate and dalam syarat kene attend 2 structure class yang relevant to her research. Wow..malas is 3.82, kalo rajin maybe 4.5. Haha.

Jadi kat sini kengkawan, moral of the story. Korang boleh buat apa sahaja course yang korang minat. Belajar ini manada yang mudah. Legal advisor pun boleh amik Structure Engineering. Apalagi kita yang memang dah Civil engineer, Mechi engineer or Chemist ni...

Cth kwn aku, cam BD. bagi aku bd terror giler 1st class plak tue baek lagi (puji ni nanti ko kene belanja). Nape dia tak jadi engineer? Mesti ada yg akan tanye dia perkara tue, tapi dia minat ke arah lain memang focus nak jadi lecturer terus. Kita x bleh nak pertikaikan pilihan dia. bg aku pilihan dia bagus kerana dia tau kelebihan diri dia dimana iaitu scorer dalam mendapatkan ilmu dan memberi ilmu kepada orang lain. lgpun kalo bd jd lecturer UMP, adalah geng nk lepak kalo mai UMPkan..taktik. (BD adalh conth spesimen 1 dalam blog sy hr ini hehe).

Spesimen ke 2 _ Udin.
Nape dia x direct jer masuk Oil n gas cam pian, dewi and bash. tp dia skang berada bersama MISC membuat marine engine..Sbb jawapannya adalah sama, minat dia kearah lain. Walaunpun jalan yang dipilih jauh, tapi kalo dah suka kita tiada hak untuk mempertikaikannya. Yang boleh kita buat adalah doakan rezeki dan kejayaan kengkawan kita.

Member civil plak aku tiada sangat yang boleh dikomen, kerana semuanya mengikut landasan yang sama. Tiada yg lari ker, study benda lain ker and takde yang drop dr jadi civil engineer. Kalo yang study part time pun still jadi civil engineer jugak. Meaning semuanya loyal n nak sangat jadi civil engineer lah kan. Diroang ni memang minat terhadap apa yang diroang study time degree kot..Agaknya. Cuma ikhwan, aydel, niza and erman shj yang dah fly ke negara Arab. yang lain belum timbul rezeki lagi nak fly ni. huhu.Moga korang semua berjaya jugak.

Yang penting lagi, kita tahu apa kita buat, kita rancang apa kita buat, kita terima buruk dan baik apa yang kita lakukan. Jangan takde perancangan dan sentiasalah memperbaiki diri dari masa ke semasa.

jangan juga kedekut ilmu dan sentiasa share ilmu dengan orang lain. More we give more we gain. Orang kata apa Sharing is caring. hehe..

P/s - sebenarnya ada satu benda yang sangat aku minat jadi Wartawan dan Pengacara Bebas. Camna nak join ye?

Study Mission and after that..

Esok 10 Jan 2008, Kelas aku akan bermula. Aku bakal menjadi seorang student U semula. Keterujaannya lebih berbanding belajar Degree dulu. Mungkin sekarang aku dah lebih nampak hala tuju menjadi seorang engineer. Dulu blur.

Setiap hujung minggu pasti akan ada kelas setiap sabtu atau ahad. Mengikut jadual, minggu ini aku ada kelas sabtu dan ahad. Next week 18 Januari aku akan cuti dan juga Tahun baru China cuti.
Cadangnya nak pergi FRIM dan Hutan Rimba Komenwal cuti raya cina ni dengan Mek, kalo Yi (bf mek) ada dia join sekali. Nasib Yi ni cam bleh geng jer. Jadi no hal. Seronoknya kalo dapat Travel selalu dgn geng yang best cam geng K****V.

Hidup makin busy, tapi aku suka dan akan lebih komitted.

Lagi satu rasanya dalam planning adalah ke Sabah, KK. Insyallah harap dapat pergi cuti sem 2 bulan nanti. Ingat nak pergi 8 May, tapi spoil plak sebb aku exam time tu sampai 10hb. Pastu nak next week 17 mei, Kak awin (ofismate terapat) kawin plak, kene sound kene dtg. Jadi cancel.
Jadi aku gi June largh..haha (siapa nak ikut boleh, tambang, tido sendiri2x ok)

Oklah dah mengantuk giler, Kene masuk tido. Online semata-mata nk update blog ini. Doakan saya dapat belajar dan excell dalam MASTER ini k.

Jya Na. Sayonara.

keje-keje design part 1

Konichiwa, hari ini nak cerita mengenai kerje design. Topik yang membosankan, tapi ini blog aku maka sukahatilah nak cerita apa. Haha.

kerja sbg civil engineer lelebih lg designer bukan nya senang sgt. Yg penting niat, komitmen dan minat yg mendalam serta redha menerima gaji yg kecil di awal permulaan kerja. Kerja design ni amat menarik dan mencabar kemampuan otak dan kadang-kadang mencabar diri menjadi org yng berpengetahuan luas. Kita akan memaksa diri kitaa untuk membaca pelbagai buku, standard, arahan teknik, notes dan necessary information.

Jadi designer pelbagai jenis design kita boleh dan akan buat. Contohnya:
1. design column, beam, truss and roof - structural engineer
2. drainage, pavement, slope stability, retaining wall, OSD, sewerage, water supply, geotechnical design, road profile, cross-section, level and alignment - infra engineer

Software kita boleh guna plak ada pelbagai, ikut availibility company, contohnya:
1. orian, esteem, staad pro - structural engineer
2. SlopeW, prokon, Acad, Acad Civil 3D, Acad Land Dekstop, sidra (for road) & Others yang tidak ingat. - infra engineer

Standard plak ada macam-macam yang harus, perlu dan wajib untuk dicontohi.
1. Arahan Teknik JKR
2. BS
3. JPS guidelines , HP procedure
4. Manual Saliran Mesra Alam

Itulah sedikit pengenalan mengenai kerje-kerje seorang designer. Kene guna otak 250% dr sedia ada. Yang tidak pandai akan menjadi pandai. Yang malas akan menjadi rajin. Jadi kalau nak stay pandai dan rajin jadilah designer ok.

p/s - teringin nak masuk Oil n gas sbb duitnya yang banyak tetapi sayangkan masa 4tahun yang dah ku bazirkan study civil engineering, bek aku amik kimia dulu (nak amik tapi abah tak restu)

Isu awal tahun 2009

SERANGAN ISRAEL
tahun baru ni baru je masuk 3 hari. Kita dah digemparkan dengan serangan israel atas pentadbiran hamas dan yg menjadi mangsa adalah umat islam sendiri. Dan yang paling menyayat hati hingga menusuk kalbu adalah ramainya kematian anak-anak kecil dan mereka yang tidak berdosa. Aku adalah yang oversensatif terhadap perkara-perkara sedih sebegini, kalo boleh jangan tengok sebab aku sangat mudah menitiskan air mata. Aku baru je tgk TV3 last night yang ayah kepada ramai kanak-kanak mati mendukung mayat anak masing-masing. Budak tu kelihatan kecil dan sungguh bersih dan comel. Betapa sakitnya hati mengenangkan mereka sudah mati akibat bom israel. Semoga di laknat orang-orang kejam tersebut. Obama pun tak mampu nak wat ape-ape (B**g*K).

PILIHANRAYA KERAJAAN PEMBANGKANG TERENGGANU
isu sama dan makin heboh dibincangkan, walhal aku malas nak amik tahu and nak dengan update korang. Malas tau tak. Tau menang kalah cukuplah. Tipu sana lakon sini kecoh sikit kasi gempakkan pilihanraya yang kecil tue tak da maknanya lah. Orang makin pandai makin berteknologi. Boleh pikir sendiri, x yah nak heboh sangat bg tau. Siapa sahaja yang menang kalau memang duduk dalam korupsi team. Perjuangan ikhlas macam-mana pun korang insyallah tidak berjaya. Ikut boss la beb..

KULIAH SARJANA KEJURUTERAAN (AWAM-STRUKTUR)
nampaknya lembaran br 2009 adalah menjadi seorang pelajar universiti semula. Tujuan aku mendapatkan master ini adalah untuk mengisi masa aku yg free di waktu weekand. Aku tak bleh duk diam bila weekand, dan aku tak puas hati bila aku duk umah shj tanpa aktiviti. Nak keluar every cuti aku x sanggup sbb pakai duit banyak sangat. Jadi aku pikir better aku study. Itu adalah sangat berbaloi untuk bazirkan duit. Selagi aku belum ada komitmen lain yang lebih besar cam kawin ..hehe saja gatal. (ntah makyea mana nak kawin ni)..And jika aku fedup jadi engineer aku bleh lompat jadi lecturer any time. hoho. (as lazy engineer aku x workholic ok). Kelas akan start 10 Januari ni..jadi kengkwan doakan kejayaan aku study dan menjayakan master aku ni yer. AMIN.

P/s - kengkwan jomlah reramai lagi join master club. meriah sikit. amin

Slmt thun br dan azam br



SELAMAT TAHUN BARU 2009


posting ni aku buat tepat jam 12mlm time bunga api tgh berbunyi gebang gebung blkang umah.
br aku prsana thun 2008 aku xder azam, masa tue tgh training aku pening jd xde azam br yg dibuat maka thun lepas ni jd satu thun yg xder perubahan bg diri aku melainkan dah transfrom jd org yg bekerjaya.

azam kali ni adalah:

1. better person than last year dr segi ibadah, kerjaya, studies and relationship (asik gadoh & iri hati je ngn org jer)
2. buat master dgn cemerlang n jayanya bersama housemate and workmate at Utm kl tu
3. enhance working experiance with my infra boss
4. dptkan kete sendiri end of year 2009 (if ada kenaikan gaji)
5. Travel a lot hehe

Ok itu jer wat masa ni, cukuplah azam ini yg agak sukar tuk dilaksankan jika xde usaha yg gigih..

P/s - kumpul hrta atau bg harta kat orang not in the list sbb sy orang x upaya.