Krisis Iman....

Krisis Iman

Word ini aku peroleh setelah mendengar satu tazkirah dalam masjid masa waktu terawikh 1st ramadan jika tidak silap..

word ini membuktikan segala-gala yang aku listkan dalam posting aku iaitu 1st Ramadan (boleh refer posting 14th september 07)

KRISIS IMAN...

betul, perkara krisis iman ini sentiasa berlaku dalam manusia zaman sekarang, aku juga insan lemah hina yang tidak terlepas daripada dugaan ini..macam-macam perkara lagha yang boleh dilakukan di dunia masa kini. sebagai remaja mencuba perkara baru adalah satu trend remaja masa kini. walaubagaimanpun segala cubaan hendaklah ada batasan dan sentiasa diingati dengan pesanan orang tua dan pegangan agama

Orang tua semestilah Mama dan Abah yang berada di rumah dan Islam pula adalah pegangan agama buat diriku...........
Tetiba aku teringat bahawa aku punya seorang atuk yang cukup serius dalam hal-hal agama lebih-lebih lagi dalam menunaikan solat dan aurat. Jadi bukan mak bapak sahaja pendek kata orang disekeliling kita bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing untuk menyebarkan dakwah dan pesanan kepada keluarga dan sahabat handai mereka.

Sebut pasal dakwah, ini sekali lagi krisis iman berlaku dimana hanya mereka yang rasa diri mereka agak bertakwa dan banyak beribadat akan cuba untuk melaksanakan dakwah seberusaha mereka. Ada yang menjadi pentazkirah di antara selang waktu solat dan selepas solat. Menjadi muazzin dan sering menawarkan diri menjadi pembaca doa untuk majlis-majlis ugama. Alhamdulillah syukur pada saudara-saudara kita yang begini.

Tapi bagaimana pula dengan yang bukan, krisis iman melanda tatkala merasa malu dengan sahabat-sahabat lain yang beriman, rasa diri tidak layak dan tidak mampu untuk meneruskan perjuangan menapak kaki ke Masjid bersama sahabat-sahabat masjid. Ini adalah beberapa keluhan yang diterima oleh rakan taulan yang aku kenali..berkata:

Bro A: Bukan x mo pergi masjid, tapi bila kita pi kita ni rasa cam x best jer..ustad dok ngn bdk cam ustad gak.. jadi kita ni ..memang x der org nak pandang..kalo pandang pun cam pelik jer..

Well, sebagai rakan saya hanya pandai mendengar sahaja keluhan seorang rakan. Jadi bagaimanakah senario yang sesuai untuk memastikan peristiwa di atas tidak berulang..Sekadar nasihat yang menggalakkan sahaja beliau ke Masjid telah diberikan. Namun keputusan pergi atau tidak terletak atas empunya diri itu sendiri.

em sampai kapan krisis ini aka berlaku..saya pun tidak dapat menilai kerana disinilah letaknya akidah dan akhlak seorang manusia itu. Hanya manusia itu tahu bagaimana nak merubahkan dirinya ke arah yang lebih baik.

Oleh itu, semoga bulan ramadan ini memberikan sedikit peringatan buat diri saya sendiri. Perbanyakkanlah ibadat kepada Allah SWT dan elakkanlah melaksanakan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. Semoga puasa di bulan ramadan ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari-hari dan bulan yang lain. Insyallah..

No comments: