geng, kawan, rakan dan sahabat.

ape bezanya benda-benda nie.. cam samer jer. tapi bhs simplenya semua kwn. cuma kawn baik, kwn senang, kwn susah, kwn berjalan, kawan sedih..macam2x.
bg aku geng ni kalo ajak kuar biler2x memang ngam lar. kira kaki hangout..

kawan plak, kawan jerlah. tapi ingat x berapa ingat sangat. cuma kalo dlm phone ada lah diroang dlm list. tapi kalo sms pun bleh kata 1 thun sekali atau 2x. tu pun time raya, atau biler tulih birthdaynya biler kat phone book tue.kal ym pun, visible pun aku malas nak layan. alah dia pun x nak layan kita. so admit je la banyak kawan. huhu.

rakan pulak cam lebih skit. kita dok ingat dia dia dok ingat kita..
kalo kita je dok ingat dia. dia tu tak pun. maka kawan jer tu kot. teringat plak aku kat kwn yg aku syg mek. sering berjauhan tapi sentiasa diingatan huhu. ayat poyos.

kalo sahabat nie. bg aku agaknya kita bleh jarang jumpa. biasanya sahabt ni cam org baik2x sikit. diorang akan tegur kita kalo kita salah dan silap. maksudnya sentiasa nk mendoring kita ke jalan kebenaran. kira org baik la...tapi kekadang aku segan nak kwn ngn depa ni sbb aku ni tak lah sebaik - baik mereka. teringat plak kat sahabat-sahabat aku yang bebaik ini, bdk2x jpp kmm 03/04, saudari mira, aini, jan, nurul, syira, saudara nasrul, asrul, faiz, acik, rahim , x luper laici n azam ku yg come..alhamdulillah dpt shbt dgn diorang. banyak ajar aku benda-benda baik dah memimpin diri sendiri. Tak luper juga pd shbt mpp ump batch aku, aku syg sgt kat korang like my brothers and sisters..

itulah. kisahnya..semoga aku jadi orang yang baik-baik juge. suatu hari nanti. amin.
next posting - am i a good cooker..??

My thesis..publish on Perpun Net


credited to my friend moque for the info
I got A for this thesis. Thank you to my dear supervisor Prof. Harun n my co-supervisor En. Syukor. Thank You. Amin


MEngr of Structural Engineering

Master of Engineering in Structural Engineering, wow. macam x sangka jer dapat peluang nak sambung studies dlm master, x pernah terpikir pun tapi bila kerja rasa macam kurang ilmu sahaja, jadi sbb tu aku decide untuk further study. konon-konon dapat tingkatkan ilmu dan dapat jadi lebih pakar. hohoho.

actually hari ni, aku dapat tau aku dpt offer dr utm semarak kl utk wat structural engineering. sungguh menggembirakan. tapi bad news plak, bila discuss ngn mara diorang x offer scholarship lagi dah. skang semua pembiayaan dr mara dikehendaki bayar balik. especially yang ambil master programme n above. so punah dan kecewalah harapan nak further kat luar. sbb rasa x sanggup nak berhutang seminimum 100K semata nk dok uk. sbb tu lah dapat wat kat local pun rs hepi. hutang pun cuma 20k jer. kalo amik mara, byr balik pinjaman tanpa interest. rsnya better dr ptptn kot. sayang master diorng x bg compatible loan lagi. ingat nak pinjam tanpa byr balik. huhu

so. aku kene cekalkan hati dan wat pilihan. cuma ada 3 minggu jer lagi, reg utm 20hb december. jadi kene prepare 2k untuk registration, 1.5k bila week ke lapan dan baki 1.5k b4 exam. hoho.
giler byk duit, mana lah aku nk cekau. amik ptptn lagi..kalo bleh x nak dah asik tertipu jer.

oklah, just nak share my feelings toward the offer yang I dapat hari ni yearp. amin. semoga inilah jalan yang telah ditetapkan untuk aku, further study local jer kurang hutang.

Ahakz..aku yg confuse.

sory guys lama x update. well bukan x mo tapi skrnng dah sibuk giler sbb nak wat submission project Uitm permatang pauh. kene design drainage dia..aku pakai buat haprak aku sampai settle siang td. tapi letih gak sebb susah gak nak kasi confidence apa kita wat tu betul ker tak. expect unexpected kan. sifat rendah diri mesti ada x bleh berlagak kita no terror..

pastu skang dlm sibuk giler tu. aku tgh dlm process survey2x tmpat study. well actually dah applu utm kl. nk amik structure. however lepas jumpa dayah shopping kat sogo aku tersedar bhw still byk peluang jika aku nk smbung study. of course nk pi uk. pi surrey ke, leeds, newcastle atau cardiff. nk g scotland/south west england or wales. London plak materialism sgt so expensive huhu. I guess..hr tu survey british education fair jugak ngn geng, pastu dpt gak sembang direct dgn representative diorng. means orang putih la. giler kelabut ckp orng putih. menyampah gak aku kalo kena speak in english. hehe..but it seem ok.

the most interesting courses adalah bridge. aku ni antu jambatan kot. asik survey nk amik jambatan sahaja. target nk jadi one of the female bridge engineer di malaysia. x dpt wat extrem engineering structures dapt jamnbtan kampung atau pekan kat malaysia ni kira baguih apa. baguih tau.

freelance. ehm target nk wat gak. tapi kene full of knowledge. nanti agak2x pas 2-3 tahun ni bolehlah aku proceed dlm design freelance. cr income extra. target nk beli white pearl honda jazz..hoho..target monthly rm 800. so by that time gaji kena ada kat paras 3-4K. kalo dok x layak. makan maggi jer lah..huhu..

skang dah nk final year. eh cam study plak kata. nak akhir tahun. so ada employment assessment. ehm perform ke x aku. aku x mai lambat. tapi balik pun x awal sgt. cukup2x makan jer. wat sama cam org lain buat. x kan nak poyo kalo kerje dah siap. bak kata bos. asalkan kerje x langgar due date. buatlah cr sendiri asal keje perform. TQ bos. ehm bos aku gak yang motivate aku agar pi belajar dulu. aku pun rs semangat lah dapat encouragement dr org kita suspect, er respect.

luper plak, br semalam pasang streamyx di umah sewa ku huhu. share 3 orang amik speed 1Mb. monthly 110. bulan ni sengkek sikit sbb byk contribution to the house. ada peti plak this week. dapat rm 200 dr jiran kwn. elok gak dia br pakai 4-5 bulan. ehm sonok la bleh simpan makanan dalam fridge.hoho.excited and makin meriah lah umah ku ni. then network rumah ktorng namekan, my house is my heaven. mula-mula. pastu cam x best change jadi. house heaven network agar cam statment je sebut so sedap skit. rasa cam poyos tapi sonok. tenet memang laju n aku dah mulakan operasi donlod heroes. my favourite series, nathan petrelli and claire bear.

alrite, kerje design dah siap skit ptg tadi. kemas file project lama ofis pun dah settle. esok nak pi siapkan notes and write up drainage for submission. then pi lawat wife en. nizam dapat baby boy. congrate hehe. cam sonok kawin. aik. sonok kalo dpt family men. hoho kantoi rahsia.
oklah kene tido nie. puas hati dapat pasang net and dapat update blog sendiri pada malam hari tanpa gangguan mana-mana pihak. betullah..nama itu, house heaven network. privacy punyer.

chow. lots of love from me to you all. amin.

CINTA INI MEMBUNUHKU

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

*
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

REFF:
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku…

Kipas giler aku dengar ini lagu, layan sampai pusing2x cam sin-chan

retro dinner with koreivians

kete retro manyak berjasa, credit to the owner azam

best kambing ever, credit to swiss garden kuantan

last 25th August,aku attend iem dinner kat swiss garden dgn niat nak jumpa atau reunion dgn bebdk koriev. Rasa rindu kat bdk2x nie..sepanjang aku dok ump ..dgn bdk2x koreiv ni kalo wat kerja kuat sgt bergadoh n bergerammnya, tapi berjaya jugak menjejakkan kaki ke korea. macam-macam perangai giler n keji ada. mesti je sakit hati sebb asik kene kutuk ngn bdk2x nie..tapi pastu rs baik jer. n lepas tue dah rasa bodoh n lantak ko jer lah nek keji n kutuk aku camner. sbb yg lahir dr mulut masing-masing tu memang busuk jer sbnrnya hehe tapi ati baik kan..lala..jgn maraa korang. tapi cam one of the best project team yang aku dapat lar sepanjang aku jadi active student leader kat ump, pergh ayat poyos.

betul bak kata BD, pas abis koriev rs cam rindu-rindu jer kt korang, walaupun time dulu ada gegadoh n kene marah x tentu pasal dengan orng yang x dikehendaki lagi x dingini. Tapi rupanya kita ni saling kawan - mengkawani. Hancus ayat BM aku nieh. pastu kita berbaik je ngn org asli n orang berbulu and adik bash tu..pepeham lah korang yer.

Ehm, malas nak story..aku just nak visible kan a few picture ktrang malam dinner tue. yang ada cuma aku (hLA), bash (technip), bd(petronas)..dah quit amik feloship ump akan jadi lecturer paling best ump, (pja,azam and anis yg still student gik... yg x sempat attend dinner plak udin bdk alam & misc, dewi gurl from shell, ikhwan project manager valastux yg sibuk, pian sime darby kaki tipu kata dtg tapi x dtg, (shawn,syapiq,komathan,kenny..pun student gik kaki sibuk UMP nie..)
aborigin(nganga cam gapo ntah hish geli), basho and zabidi..zorros of the nite

us da ladies..

Allergy belacan

Nak inform semua, comfirm aku penghidap allergy belacan. Jadi aware lah bhw peminat belacan ini bakal mengurangkan kenikmatannya dengan si belacan. Oh belacan dikau akan ku tinggalkan sedikit demi sedikit.

Weekand lepas adalah hari allergy ku yang terburuk di abad ini gara-gara cili kicap soto kepunyaan Cik Na ku yang sangat sedap dan mahsyuk itu. Terima kasih pada Cik Na atas kelazatan kicap tue. Padanlah sedap giler ada belacan rupanya.

Akhirnya aku kalah dan sedar diri, Belacan harus ku hindari. Mulalah ep baru dalam diari makan ku. lala

P/s - Nasib aku pi dinner retro sebelum makan belacan, kalo x cam udang la kalo jumpa org.buat kena kutuk dek bdk koreiv jer karang..huhu..tapi pi dinner best. next posting retro dinner..

bdk ofis aku & housemate

Saje nak introduce kawan baru aku kat semua. Buhsan kawan lama buat x layan jer. yerlah memasing dah sibuk sgt. Ini bdk hla & housemate ku. huhu..

time buka poser ramadan hr tue. geng-geng bachelor lah katakan..

kat pizza celebrate perginaya nora dr hla (ceh x jadi berhenti)..

bdk2x ofis la ni, dr kiri irma, aku, liyana, eda, awin n nora (pic b4 raya last day keje)

open house umah k aisyah..last week..

this week aku attend coffee nite kat ump. nk jumpa bdk2x koreiv..ada lah 4-6 org. rindu ngn bdk2x yg nakal n degil nie. hope dpt create more good moments lagi dengan kekwan seblum smuanya akan hilangkan diri.

p/s - sapa nak g trip memana bleh join n invite aku ok. aku nak enjoy puas-puas sebelum semua orang lari. yahoo..

Reunion Alumni UMP 2008

Assalmualaikum w.b.t dan salam sejahtera…..

Makluman kepada semua alumni UMP (yang telah bergraduan pada konvokesyen yang 1, 2 dan 3),
Jawatankuasa Perlaksana Persatuan Penaja Alumni Universiti Malaysia Pahang (Alumni UMP) akan menganjurkan program yang bertemakan “Reunion Joys – UMPians 2008” pada:

Tarikh : Sabtu, 1hb November 2008
Tempat : Kompleks Sukan UMP
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Pakaian : Smart Casual

Aturcara Program :

1. Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ NC
2. Jamuan Hari Raya Peringkat Alumni
3. Majlis Tahlil untuk Alumni yang telah meninggal dunia
4. Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang kali pertama.
5. Cabutan Bertuah
6. Sesi Bergambar Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Perlaksana program menjemput semua alumni UMP untuk hadir pada program tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadirinya sila sahkan kehadiran anda kepada AJK dibawah dengan menghantar sms bertulis nama anda dan no matrix anda.

Kehadiran anda perlu untuk urusan tempahan cenderamata dan jamuan hari raya. FKKSA : Najib (017-9338698) FKM : Ammar (017-6214764) FKEE : Wan Ismail (019-9790523) FSKPP : Abbas Salimi (017-9007319) FKASA : Haiza (013-4014104).

Sila sahkan kehadiran anda sebelum 23 Oktober 2008. Diharapkan anda semua dapat menyebar serta memaklumkan program ini kepada rakan-rakan alumni UMP yang lain. Kerjasama daripada anda dalam menjayakan program ini amat diharapkan dan dihargai.

p/s : harap anda semua ambil peluang ini untuk bersama-sama berbakti dan menjayakan alumni ump ini.

--
COMMITTED HARDWORKING TOWARDS EXCELLENCE

rasa semakin tua..rasa x korang?

agak lama jugak aku tak wat posting dalam blog aku ni, kerap kali aku hanya post gambar jer yang x seberapa tu. Bukan apa, dulu aku manyak posting sebb aku still bdk training, jadi normal la budak trainee ni buat jer suka hati dia sebb komitmen yang diberikan oleh bos taklah seberat atau perlu berasa responsible sgt. Bos pun paham, bg kerja pun kerja yang confirm kita bleh buat then siapkan dengan rasa gumbira. Stress but hapy. So in mean time siapkan kerja, menyempat jer aku draft aku punya karangan untuk posting dalam blog.

tapi makan lama aku makin serius, bila dah kerja dah commit pada jawatan kita as civil engineer. dah duk consultant plak. aku rasa kena kurangkan aktiviti mengarang ni di time kerja. sbb tu aku skrng ni sedang bertekad nak beli laptop canggih yang baru dan pasang streamyx kat rumah (kongsi dengan housemate aku byr bulanan, kalo sorang mau sengkek aku)..tapi dalam proses menabung la ni. nak elakkan berhutang atau bergantung pada credit card...konon

cepat jer masa berlalu, start kerja 26 mei hr tue..skang dah bulan oktober siap dah poser n dah habis raya.kalo ikutkan aku berada dgn hla dr training dr bulan december thun 2007 sampai oktober 2008 dah dkt 10 bulan aku kat hla, aku sendiri x sangka aku bleh bertahan duduk kat hla, time sibuk send resume dulu aku gian nak jadi structural engineer. nak structure jugak aleh aleh pergi amik infrastructure. akibat dr aku terpengaruh dengan kata-kata senior engineer kat hla inilah aku stay disini. (tanks awin, kak zu, abe amin and en kamil )..pendek kata aku sbnarnya agak sayangkan hla nie. mana nak cari company bumiputera yang agak kukuh, pastu bos depa baik-baik serta kaya raya dan department HR paling bagus yang acapkali menjaga kebajikan pekerja. environment kerje seronok, kalo ada problem jer bleh kabo kat pokcik fotostate abe wan ker, pi sembang ngn kak aisyah ker. tak pun housemate aku kat floor atas lagi a.k.a kak ma..n housemate br aku kak natrah.

akhirnya disini lah aku di hla cuba untuk meneruskan keazaman aku yang semakin berkurangan akibat kelemahan aku sendiri yang sememangnya tak berapa cerdik ini. sebab itulah aku telah pergi beriya memohon untuk belajar master dalam structure. gilerlah, amik subject core jugak konon nak buktikan pada diri sendiri yang aku ni sememangnya tak bodoh structure (ayat keras). tapi aku risau betul akankeputusan aku ni. kalo otak aku secerdik anak ceo mokhzaini yang suke giler struktutr sememangnya ini adalah keputusan yang tepat... rasanya aku kena amik langkah wat istikharah untuk tentukan kebenaran belajar dalam structure ini. yang paling sweet sekali bagi aku, housemate aku pun dua-dua apply belajar utm KL, hehe sorang amik master geotechnical seorng lagi amik degree civil untuk luar kampus. Doakan semuanya dapat tempat belajar di utm dan bleh pergi ke kelas setiap weekand bersama-sama. save cost sikit dan mungkin best sebab ada member.

itu pasal kerja, pastu teringat plak satu hal pasal department infra aku nie. pas raya hari tu. confirm 2 dara n 1 bujang kat department aku dah bertunang dan akan berkahwin sorang bulan 12 ni sorang bulan 5 tahun depan sorang tahun2x depan satu lagi. jadi tinggal aku sa jer yang belum bertunang nie. tetiba aku jadi panik, haha biasalah pompuan memang stress akan perkara ini, lebih2x lagi pa bila balik kg ari tu sepupu aku yang br 24 thun pun nak bertunang 25 oktober ni dan kawin tahun depan. wah-wah mana aku x pusing sebb aku cucu perempuan no 2 tapi no 5 dr keseluruhan cucu pak bilal mohamed. sibuk la mokcik2x aku memperkatakan perihal aku. lepas sepupu aku mesti aku kan. jd sebagai anak dara sopan aku senyap dan biar jer mereka berangan atas perkara tersebut. kalo masuk campur mau stress.. hehe

and raya kali ni macam seronok sikit, macam beraya. sbb kalo ikutkan memang tiap2x tahun sejak pindah sg dusun 6 tahun lepas memang ktoang x pernah nak beriya mengemas, beli perabot ker @ follow pokcik mokcik berjalan ke rumah sanak saudara. aku plak memang x suka pergi beraya rumah orang lain sebab dulu xder kerete jadi x seronok kalo tumpang mak bapak orang lain punye kete beraya. jadi tahun ni different lar, bila abah dah bwk kete maka ktorang pun bleh follow jadual sedara untuk pergi beraya. aku plak 1st time berpose untuk gambar raya pertama-raya kedua and raya ketiga hehe, (refer posting salam syawal) hehe..ghupanya seronok ziarah sedara ni, lelebih lagi bila aku beraya di rumah wan alang, nenek ni memang ingat akat aku seorang jer, waktu 1st mama pergi pada raya pertama dia x bwk aku, jadi wan alang x puas hati sebab dok bertanyakan diriku, jadi mama pun bwklah aku jumpa wan alang raya kedua. apalagi wan alang asik peluk kata rindu kat aku ni, sebbnya kecik2x dia ada lawat aku akibat aku ni kena air panas waktu aku usia 1tahun. abis sebelah muka aku ni. nak tunjuk gambo malu haha. tapi ceritanya aku pun hampir menangis tapi aku tahan dan mata aku jer bergenang bila berpelukan dengan wan alang, kira syahdu dan ada rasa sayang aku pada wan alang ini.

itulah sedikit cerita seronok raya aku, akhirnya aku memang rasa semakin tua. bila tua hidup makin buhsan, lifestyle dah berubah, skang nak pakai t-shirt2x jer pun jadi segan sebab dah jadi wanita. (semangat remaja semakin berkurangan maksud aku). suka lah baju kurung la, baju tradisonal la, skirt la dan bebukan lagi. pasal kekwan plak, tak usah kabar lah, lama-lama luper dan akan putus hubungan. akhirnya aku berbalik berkwan dengan kawan aku yang paling ku sayang dan boleh di marah a.k.a mek @ izzati. dan sekarang circle kwn aku adalah bdk HLA and housemat ku yang bebaik lagi suka masak. aku kena jadi tukang makan, sebab tukang masak dah ramai. hehehe..tapi aku br jer beli meja kabinet untuk tv aku hoho. sonok ada tv sendiri. lepas ni tunggu la aku nak peroleh aku punya dvd player, playstation and home theather aku sendiri. wahh sonok. kecik2x x dapat. nak suruh abah beli x mampu. aku beli sendiri lah tapi kena menabung ok. jangan ingat aku orang kaya...

okalh banyak perenggan dah nie, betapa aku melepas gian di cc orange setiawangsa nie.
nak kena chow sebb dah 1 jam kat sini karang citer jer. panjang betul hehe..jya na bette

P/s dalam planning nak ke sabah mac - april tahun depan, doa - doa berjaya amin