I' back to KL and Apa jadi 5 tahun yang lepas?


Syukur, akhirnya aku kembali bekerja di tanah Kuala Lumpur. Bunyi macam jauh sahaja aku kerja selama ini di bumi Bintulu. Sepanjang 5 tahun aku menyepikan diri dari dunia blog dan berhenti dari segala media sosial facebook dan blog. Pendek kata diri sendiri sentap dengan situasi terpaksa bekerja di bumi Bintulu menyebabkan aku sepikan diri dari dunia interaktif luar dan masyarakat.

Dalam masa 5 tahun ini banyak perubahan ketara yang berlaku dan dapat ku fahami. Kawan memang aku tidak jenis berkawan walaupun suka berkawan. Aku memang tidak berminat langsung untuk beramah mesra dan menambah kenalan baru. Walaupun 5 tahun di bintulu, dapat dikira 1-3 orang sahaja kawan yang aku perolehi dan selainnya hanya kenalan yang kenal nama, lokasi duduk dan tidak pernah sekali makan bersama. Betapa katak purunya hidup aku selama 5 tahun, bukan masa yang sikit untuk bermain-mainkan. Akhirnya, aku sendiri lupa bagaimana cara nak berkawan dan hidupku hanya dihabiskan masa dengan dua hero jagaan aku ini. Tapi inilah norma mama PJJ menjaga kelangsungan hidup Bersama hero2 kecilku.

Anak pula ada dua putera sekarang ini, agak boleh dibanggakan kerana struggle menjadi isteri PJJ selama 6 tahun dan sendiri menjaga dua orang anak lelaki yang lasak dari mula mengandung sampai anak no 2 akhirnya 2 tahun setengah. Aku mampu menjaga kedua dengan jayanya, Boleh kendong budak2 masuk kedai walau pun keduanya kategori hyperaktif terlampau. Anak sulung pulak mengalami speech delayed ekoran terlalu banyak screen time semasa kecil, akhirnya short span focus maka kenalah melalui program terapi yang dinamakan professional occupational therapy, speech therapy, early intervention programme dsbnya. Bunyi macam mudah tetapi masa yang diperuntukkan boleh dikatakan setiap hari dan setiap hujung minggu. Setelah melalui therapy speech untuk 6 bulan dengan frekuensi 2 jam seminggu. kami tergamam mendengar maklumbalas bahawa anak sulung zero progress, rasa macam buang masa, tenaga dan wang. Tapi bila sendiri pun uji anak sulung terpaksa mengakulah yang perkembangannya masih ditahap 2 tahun walaupun sudah berusia 4 tahun 6 bulan. Pada masa yang sama Dr Ranjani, Pakar Kanak-Kanak Mental Development turut membuat laporan yang keputusannya seaakan selari dengan penilaian EIP Teacher. Skor for my son paling tinggi pun only 2 years old. Nak tak nak kenalah masuk EIP program selama 6 bulan full day session  dan bayar beribu-ribu sebulan untuk memberikan yang terbaik buat anak sulung. Tak ka panas hati bila doktor cakap tuan puan tak kesian kat anak (sebab tak masuk EIP) and Ibu bapak kena berubah disipline dsbnya seperti cerita the miracle worker barulah anak sulung akan ada progress. Maka kenalah aku berubah dan jadi garang sangat macam cerita tersebut. Alahai cerita Hellen keller ada banyak version yang boleh di tonton oleh kawan-kawan.

Cukup hal anak, hal kerja. I love being a civil engineer and project engineer. I do love Civil Engineering and Project Management dan sukar untuk membuat pilihan jika kena memilih. Tetapi akhirnya aku memilih Project Management kerana skop dan peluangnya lebih meluas dalam syarikat aku sekarang ini. Dengan itu, aku akan memulakan kerjaya baru sebagai project engineer dalam menjaga project upstream. Semoga aku akan menjadi wanita yang berkerjaya disamping mampu menjaga keseimbangan kerja dan rumahtangga syurgaku.

Aku semakin membulat dengan jayanya. dalam masa 5 tahun aku telah Berjaya merubah diriku dari saiz S ke saiz XL. Terlalu kedepan perut ku sekarang ini sehingga memudaratkan kewangan aku untuk mencari pakaian baru dan terpaksa rugi kerana pakaian lama semuanya terpaksa didermakan ekoran jumlah pakaian tidak terpakai terlampau banyak. Banyak juga pakaian yang telah menjadi rosak. Keinginan untuk mengurus semakin menebal tetapi nafsu serakah masih lagi menebal. Aku cuba untuk mengurus tetapi sungguh banyak cabaran malas yang harus diatasi. Hari ini aku Berjaya mendaftarkan diri untuk mencuba rock climbing dan 1 jam swimming. Semoga langkah aku berada dekat Bersama keluarga dapat membantu aku mempercepatkan process penurunan. Sekurang-kurangnya mesti keluar dari skala obesity kerana aku renek. Bulan 10 ini akan aku menyertai larian 12km anjuran syarikat ada lagi 3 bulan untuk aku menjalani latihan rapi bagi mendapatkan kembali fitness yg telah lama hilang.

dulu masa ku tinggalkan seketika blog ini, aku bercerita tentang anak pertama. Kali ini anak kedua telah wujud dan dinamakan muizz. Kisah mengandung muizz agak berbeza dengan moosaa. Aku mengalami alahan muntah sehingga 7 bulan. Setiap pagi akan cuba muntah ijau yang sangat memeritkan itu barulah mendapat kelegaan yang hebat. Tidak mampu makan makanan berkhasiat dan sangat suka minum kopi. Agak kurang makan  tembikai. kurma air kelapa. tidak makan nasi kerana tidak lalu. Maka berat tidak terlalu naik, hanya 6kg sahaja. Berat selepas mengandung lebih laju naik kerana nafsu makan seperti giant. Tidak amik protein soya Shaklee dan akhirnya keputusan yang keluar muizz warna cokelat haha jauh berbeza benar dengan moosaa yang putih serlah. Maka ibu-ibu diluar sana jagalah pemakanan maha hebat kerana sangat mempengaruhi produk akhir nanti. 

Itu sahajalah kejadian terbaru dalam hidupku. Semoga aku terus istiqomah dalam menulis blog ini. Selepas ini aku akan banyakkan topik mengenai perkembangan anak-anak dan usaha yang perlu dilakukan agar Moosaa dan Muizz mendapat apa yang sewajarnya.