Road trip Miri to Kota Kinabalu

29 Jan - 1 February 2014, aku dan hubby mengambil  kesempatan untuk melawat kota kinabalu menggunakan jalan darat. Setelah aku searching maklumat melalui internet, perkara paling penting adalah pastikan kita sampai ke checkpoint before 10pm.
 
Kami bertolak dari Miri jam 530 ptg. Miri ke Sg. Tujuh Checkpoint memakan masa 30 minit sahaja. Ada tol RM 10 perlu dibayar sebelum masuk Sg Tujuh Checkpoint. Di checkpoint Anda akan chop passport keluar Sarawak dan seterusnya memasuki Brunei di kawasan Kuala Belait. Kene chop passport masuk & borang kenderaan perlu diisi. Masuk brunei pun ada 3 dollar (RM10) tol yg perlu dibayar.
 
Kemudian teruskan perjalanan lebih kurang 1 jam or anggaran 120km ke Kuala Lurah. Gunakan sahaja jalan terus highway tutong-muara & akan ada signboard ke Kuala Lurah.
Keluar Kuala Lurah anda akan keluar ke Limbang, Sarawak.
 
Teruskan lagi perjalanan ke arah Temburong, Brunei dan kami sampai disana tepat jam 955pm. Nampak gaya tidak dapat meneruskan perjalanan ke lawas jadi kami bermalam di rumah tumpangan kerajaan di pekan bangar. 30 dollar brunei rate 1 malam untuk 2 orang.
Malam tu kami makan burger cheese (2 dollar) dan burger kambing (5 dollar). Nasib ada kedai burger kalo tidak kelaparan kami malam itu. Brunei selalu tutup awal sila ambil perhatian.
 
Keesokan paginya kami breakfast nasi lemak daun pisang & nasi upih beli dari pasar pagi di pekan bangar dan meneruskan perjalanan ke arah lawas. Perjalanan ke Sabah di waktu siang amat lancar dan mudah. Kami gerak jam 9 pagi dari temburong melalui lawas - sindumin-sipitang-beaufort-papar-kota kinabalu. Tepat jam 1 tgh tiba di Kota kinabalu.
 
Kami check in di lucky hotel 11 pada rata RM 118 semalam. Keadaan sangat pack memandangkan bercuti di hari perayaan. Semua warga keluar bershopping sakan sehari sehari sebelum hari raya cina. Kami masuk beristeriahat di bilik dahulu menyucikan diri dan solat kemudian tepat jam 230 ptg kami keluar mencari makanan.
 
Kami mengenyangkan perut kami dengan soto & goreng pisang di kedai makan kak tini. Kemudian bersiar-siar menghabiskan masa berdua dating di persiaran KK waterfront hingga ke jesselton point. Sebenarnya kami sangat penat ekoran travel yang lama didalam kereta jd kami pulang ke bilik untuk berehat selam 2 jam sebelum keluar mencari makanan seafood yang dimimpikan.
 
Tepa jam 630 ptg kami keluar ke arah pasar untuk menikmati seafood. Kami makan ikan, lobster,ketam & ikan besar lagi. Total kenikmatan RM 86 untuk dua orang. Tetiba terasa mahal plak kali ini. Padahal last time pergi hanya RM150 untuk 6 orang. Mungkin harga naik barangkali memberi tempias kepada harga ikan di Sabah. Beruntung orang Sabah memperoleh hasil ikan yang kaya.
 
Selepas makan kami pusing satu kota kinabalu, ke tanjung aru, kampong air, pantai tanjung aru, UMS dan kawasan ceruk mana yang dipandu oleh en suami yang rajin. Aku pulak dah tertidur kerana kekenyangan. Sungguh tak sweet. hehe.
 
Sepatutnya kami ke kundasang & ranau keesokan harinya. Namun tiba2 hubby dikehendaki masuk pejabat. Maka terpaksa rancangan untuk meneroka KK park dibatalkan.
 
Pagi kami breakfast di Fook yuen restaurant. (halal). Nasi lemak, roti butter kaya & dimsum. Kemudian kami bertolak ke arah menumbok. Kami menggunakan jalan feri menumbok-labuan-muara(brunei) untuk balik ke bumi miri. Laluan menumbok-labuan, Satu kenderaan motorcar dengan pemandu adalah RM 40 dan tambahan penumpang RM 2.50. Jadual feri ada jam 1030, 100, 330 pm untuk ke Labuan. Kami menaiki feri yang pukul 1.00pm.
 
Bagi laluan  INTERNATIONAL Labuan - muara (brunei), satu kenderaan motorcar dengan pemandu tambahan 1 penumpang adalah RM 150. Agak mahal berbanding feri sebelumnya. Nasib baik ada public bank di Labuan, jgn risau jika anda kekurangan wang. Nasib kami baik di Labuan kerana masuk waiting list no 6 and dapat juga ticket ke muara. Kami menaiki feri jam 400 ptg and sampai di muara jam 530 ptg.
 
Ini kali kedua kami menggunakan jalan brunei dan kami mencuri kesempatan selama 30 min untuk melihat-lihat suasana brunei di bahagian yang tidak pernah kami lalui. Pada masa yang sama kene mencari 4 dollar minyak di Shell town yang mana kereta luar boleh isi minyak. Kene berhati-hati yer jika kehabisan minyak pastikan cari Shell di towns sahaja. Jam 730pm baru kami dapat keluar dari Bandar seri Begawan.
 
Kami masih lagi sesat walau dah 2x kami disini. tapi kali ini sesatnya lebih cepat berbanding yang lalu. Pastikan anda mencari jalan ke kuala belait untuk pulang. total distance adalah 120km dari muara. Kami sampai tepat jam 9.30 pm di miri. Budget nak smpai jam 5 ptg tp tetap terlajak juak.
 
Kami sangat penat & lapar, maka mencari makan sup tulang dan telah makan dengan lahapnya. Maka satu lg malam di miri bersama suami terchinta.
 
Itu sahajalah road nak ke KK, tidak terlalu susah inshallah. Ape pun pastikan minyak anda full along the way untuk elakkan stranded di mana-mana k. 
 
P/s - husband driver formula one sebab itu laju sampai KK hehe.
 

Im back to Bintulu

Syukur, akhirnya selesai sudah tugasan 3 bulan aku di Kuala Lumpur. January 2014 aku kembali ke bumi bertuah bintulu. Kali ini bukan aku seorang sahaja di bumi Sarawak. Husband ku jua bekerja di bumi bertuah ini dikawasan miri. Walau masih dinegeri yg sama tetapi berlainan daerah yang terpisah 2 jam jauhnya. Maka bermulalah kehidupan suami isteri jarak jauh kami dibumi yang bertuah ini.

Alhamdulillah, kehidupan kami semakin baik disini. Aku masih lagi mencari peluang untuk pindah ke daerah Miri, Berkeinginan untuk bekerja di Shell Miri jika diberi peluang. Maka oleh itu aku perlu perbanyyakkan ilmu aku skrg dan berdoa agar diberi peluang bekerja di Shell Miri demi untuk bersama insan tersayang.

Sekarang kehidupan aku hanya memikirkan suami ku dikejauhan. Semoga segalanya baik buat dirinya disana. Luv u syg.

Coretan ringkas demi membersihkan blog yang sudah berhabuk ini.