Bolehkah tanpa sedar akhirnya 30 menjadi hanya 9 hari sahaja lagi ke hari kejadian. Pelbagai dugaan kecil yang menimpa aku dan keluarga akhirnya dapat diselesaikan. Ini semua kerana doa ibu yang sentiasa berkat buat aku, in sha allah. Terima kasih aku tidak terhingga kepada mama & abah aku yang menguruskan majlis dari segala urusan survey, tempahan, pengesahan & pembayaran. Ada jugak hal kisah dalaman yang memberi masalah kepada aku dan mama. Tetapi syukur aku dimurahkan rezeki sesangat untuk mempermudahkan segala urusan mama.
Akhirnya update majlis perkahwinan aku yang serba comel ini akan berlaku tidak lama lagi. Catering telah ditempah dan dibayar 80%. Menunggu masa untuk pihak caterer datang recce rumah pada minggu hadapan untuk membuat susunatur kanopi & meja. Menunggu pihak Andaman datang untuk pasang pelamin dan menyelesaikan baki bayaran tempahan. Pengesahan dengan si color pencil photographer majlis yang comel agar standby pd hari tersebut. Confirm dah tetamu yang dijemput meningkat dari 500 ke 700+100 mengikut bilangan kad dan jemput mulut serta menggunakan FB. Maka bertambahlah menu makanan yang ditambah oleh mama disaat akhir. Nasi tambahan juga telah mama peruntukkan untuk masa kecemasan. Pihak caterer kata akan disediakan en PA system yang terbaik untuk melancarkan aturcara majlis. Tiada pasukan kompang mungkin kurang kelihatan meriah tetapi pandai-pandailah merasakan kemeriahannya. Doorgift telah dibeli dan tinggal kuih sahaja perlu dikutip pada 30hb dan perlu dimasukkan ke dalam paper bag. In sha allah serba ringkas hampir keseluruhan bahan telah disediakan namun berdebarnya jika ada yang tertinggal sewaktu majlis berlangsung.
Memang penuh jadual minggu hadapan. Nak finalized brg hantaran dan kene kutip by 25 Mei and dapatkan lagi 2 barang untuk en tunang yang sweet sangat ni. Nak kemas barang dan siapkan bilik pengantin, Nak cari kasut dan tudung nikah haha masih belum selesai rupanya. Ada hari spa jugak on 26 May. Sekali pickup baju and final fitting mana tahukan dah x diet 2 minggu. Sibuk nak menghantar adik report duty 28 Mei. Tak book lagi hotel nak bersuka-suki di Pulau tet. 30 Mei amik kuih dari makcik nie. Cari inai & isi tepung tawar. Nak berinai 2 malam agar kesannya menarik. Nak beli barang dapur bagi isi barang kecemasan dan tempahan untuk minum pagi dan breakfast bagi keluarga lelaki. Supper juga buat keluarga lelaki pada hari malam kejadian sampai 1 June 2013. Lg pun birthday mama 1 june maka nak cari set barang kemas buat mama tersayang pun tidak tercapai lagi. Dan surprise party buat mama pada malam 31 Mei 2013. Yahoo. Ini rahsia mama tidak tahu. Ingat tak hari kejadian aku memberi hadiah beg LV kepada mama ehm yang dimahunya gelang ke rantai ke. Uish semangat..jadi ada chance mama nak buang beg tersebut bolehlah aku kutip. Ikutlah sementara ada rezeki ni ku berikan semua je buat mama. Semoga mama bahagia dan sangat bersyukur.
Aku dan tunang, sejak kebelakangan ni adalah sikit-sikit tersalah paham. Tetapi semuanya hanya salah paham dan masing-masing bertolak ansur dan kami sweet macam biasa. Hah amboii sangat. Semoga segala yang berlaku mengeratkan lagi keserasian antara kami. Tiba-tiba ada good news tunang terima hari ini dimana thesisnya boleh dihantar lewat pada bulan julai. Kuranglah nya stress. Org stress jgn diganggu. Kang sendiri kena. Huha.
Sangat teruja walaupun besok baru aku pulang ke semenanjung jam 7.10pm. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Doakan ye kengkwan.
Perjuangan politik aku
Nukilan ini hanya pandangan peribadi dan bukanlah untuk dicanang kesana kemari ok. Penulisan tidak bertauliah je aku ni.
Semenjak dari aku kecil sebenarnya aku terdedah kepada fahaman politik. Pernah aku suatu ketika kecil abahku mempunyai banyak wang dan kehidupan kami agak selesa walau tidak kaya. Erti kata mudah menghulurkan wang kepada orang lain. Setelah kejadian kemerosotan ekonomi pada 1997. Abah jatuh bankrup dan kami telah balik pulang ke kampung. Keadaan tidak mengizinkan kami untuk hidup di kota. Aku walaupun kecil tetapi aku terkesan kerana aku dpt melihat perubahan yang berlaku. Ku perhatikan ramainya kawan abah sewaktu beliau berkemampuan tetapi apabila beliau jatuh miskin tiada siapa pun dtg membantu. Kerana itu, aku memang prejudis terhadap kawan-kawan abah aku. Hati aku berkata mereka semua tak boleh pakai. Abah juga pernah terlibat dalam bertanding sebagai calon bebas di kawasan selayang dengan undi lebih kurang 8000 lebih tetapi kalah. Sejak dari dahulu lagi beliau ada pahaman kiri yang kurasakan sebenar niat ikhlas yg lahir dari seorang yang memahami dan tidak dapat menerima dasar yang tidak masuk diakal.
Aku masih kecil. Dan aku sentiasa memerhati tetapi tidak memahami. Walau apa jua bicaranya tidak pernah aku nak amik port. Hanya kebelakangan ini setelah aku meningkat dewasa barulah aku mendengar dengan jelas bahawa perjuangan ini telah berlaku sejak dari dahulu lagi. Bertahun beliau ikhlas terhadap apa yang di percayainya tanpa jemu walau makan masa bertahun-tahun.
Ketawa jugak aku bila terkenang semasa kecil aku sebenarnya punca cita-cita menjadi duta ahli politik dan seterusnya menteri pembangunan dan wanita. Tapi sejak 10 tahun yg lepas aku telah kuburkan hasrat ini kerana pd masa itu dilihat tiada masa depan untuk berada didalam system yang tidak telus. Aku tak berani untuk terkontang kanting dalam perjuangan sendiri.
Aku juga adalah ahli majlis perwakilan pelajar masa di universiti. Tujuan aku menjadi mpp adalah untuk mengasah diri membentuk jati diri keyakinan dan bakat jika ada. Namun semakin dalam menjadi pimpinan dalam politik kecil kampus amat menyesakkan diri dan hati sendiri. Tidak sama fahaman, ada conflict of interest. Ada favouristism. Ada cronisme. Tidak sebulu akhirnya wujud haluan kanan dan kiri seterusnya siapa yang tidak mengikut mengipas mereka maka akan disingkirkan ditindas dan dimalukan di khalayak ramai yakni semasa di majlis2 rasmi. Nama pun politik kampus kecil sahaja percent nya berbanding politik negara.
Aku jugak orang kampung felda. Nasib malangnya bukan felda secanggih or sekaya tempat lain. Berlaku ketirisan setiap kali lebihan tan atau pengurusan baja diperingkat atasan. Pemotongan gaji begitu sahaja tanpa justifikasi yg jelas. Tidak boleh menuntut bg generasi anak or cucu atas sebab prosedur tukar nama yg menyusahkan akhirnya tidak membenarkan. Ada koperasi tetapi yang tidak telus dan pengurusan wang kerana acap kali perlu dicabar atau dilawan di mahkamah atas sebab report yang tidak jelas menampakkan kebocoran wang. Mengapakah ini semua berlaku? Adakah sebab didikan pimpinan atas yang menular ke bawah sehingga kita sanggup untuk mengambil rasuah di pelbagai lapisan. Kesian aku pd org kampung makcik pakcik yang tidak sekolah tidak memahami hak mereka di ambil. Hanya bersyukur walau diri telah dirompak. Jika setiap dari kita ada nilai takutkan rasuah jujur in sha allah makcik dan pakcik tu akan dpt untung yg banyak dan mampu menyekolahkan anak2 mereka sampai ke peringkat tertinggi. Tetapi semuanya tidak pandai berjuang. Suka bergantung harap.
Redha syukur tetapi tidak adil kepada diri sendiri kerana membiarkan orang lain zalim ke atas kita.
Ye kita bukan zaman jepun nak berjuang dengan berperang. Tetapi ini zaman berjuang dengan minda, ilmu dan survive untuk hidup antara cara kebaratan atau mengikut agama. Perang yang memang diwujudkan untuk orang masa kini. Dijajah secara pikiran memang kuat kesannya keatas manusia.
Terlalu banyak lagi peristiwa yg berlaku dan menyebabkan kita diperbodohkan tetapi orang kita memang berani berbuat kejahatan kezaliman tetapi sangat malu takut utk menegur dan menegakkan kebenaran. Pernah dgr pepatah berani kerana benar takut kerana salah. Pepatah ini tidak relevan dipakai di negara ini barangkali. Kerana yang jahat and zalim semuanya berani berani belaka. Tetapi yang benar sangat penakut.
Ntahlah, aku br sahaja melihat video profile my mb selangor. Alhamdulillah rasa bangga walaupun tidak pernah kurasa untuk mb2 terdahulu. Sekurangnya proven bahawa ketelusan boleh dibuat dalam sistem pemerintahan. Bukannya tak boleh.
Baru selesai pru13 tapi bahangnya makin membara gara2 apa yang berlaku di kelana jaya tempoh hari. Walau aku tidak menjadi ahli politik tetapi menyokong mereka yang berusaha ini lahir ikhlas dari aku. Tidak perlu bayar apa-apa untuk memperoleh sokongan. Selagi kurasa pimpinanyanya telus jujur ini sha allah sokongan jitu akan diberikan. Segalanya terlihat dari kerja yang dilakukan dan perwatakan yang diamalkan berlandaskan syarak dan syariat cukup baik.
Semoga perjuangan yg ikhlas ini diteruskan.
Ps aku masih sentiasa berjuang dalam diri ingin menjadi muslimat yang baik walau makan bertahun-tahun. Inilah perjuangan aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)