Hari akhir yang panjang

Sebenarnya banyak yang telah berlaku dalam hidup aku ini walau hanya beberapa minggu. Waktu dan ketika bila diberi pilihan kau hendak memilih dan bila kau di campak ke sana kemari tanpa rela. Itulah yang terjadi apabila aku tiada pilihan dalam kerja dan tidak dapat membuat keputusan untuk masa depan aku sendiri.

Tetapi semua kejadian tersebut telah berlalu dan ada hikmahnya. Tuhan kalau nak beri rezeki kepada manusia ada bermacam-macam cara pikir aku sendiri. Ada yang dapat secara terus, secara jelas tetapi ada yang perlu menghadapi beberapa rintangan dan masalah yang sangat menyampah untuk dihadapi.

Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat position yang memang aku kehendaki bila berada di industri GAH yang baru bagi aku ini. Aku tetap ingin menjadi seorang civil engineer dan diberi peluang berada di line yang telah penat lelah aku belajar dari degree sampailah master. Bagilah aku kesempatan selama 10 tahun paling kurang untuk meneruskan perjuangan aku. Ini adalah kepuasan hidup buat diri aku. Mungkin gaji yang banyak adalah satu keinginan yang perlu tetapi bagi aku kepuasan itu lebih penting.

Hari ini adalah hari kedua terakhir aku berada di department ini. Masa berlalu terlalu panjang, walaupun ada dua tiga perkara aku perlu selesaikan tetapi mungkin suasana tidak lagi berasa BELONG dengan unit ini menyebabkan aku rasa kejauhan dan erti pendek kata kebosanan. Aku sudah sangat teruja untuk memulakan tugas baru di tempat baru. June ini efektif la aku sebagai civil/structural engineer. Pertengahan june aku akan menapak ke Bintulu, Sarawak untuk lebih mengenali akan industri baru tersebut selama 2 bulan. Setelah itu, aku akan melangkah kaki lebih jauh ke luar, Mana luar itu akan aku ceritakan kemudian.

Apa pun panjangnya hari ini, jam baru 9.18 pagi.

Sent from Iphone

5 tahun anniversarry koriev

Korievians dah 5 tahun berlalu, kalau ikutkan plan dan janji-janji asal kita nak berkumpul semula dan menjejakkan kali ke bumi korea. Tapi kengkangan masa dan sibuk kerjaya serta keluarga agaknya sukar untuk kami berkumpul. Apa ntah berlaku kat budak-budak ini yea?

Mengikut hirarki, bashori sdg bahagia bersama isteri izzati dan anaknya iffat. Uddin pulak masih lagi di atas kapalkah, lama rasanya kali ini uddin berlayar rindu untuk jumpa dan sembang dengan ko, dewi erm apalah cerita yer senyap jer ntah dan bunting haha. Bd pun sedang sibuk bersama isteri sedang menjadi pensyarah ump yang dedikasi. Aku bebiasa shj sedang menapak dalam kerjaya baru dan masih lagi berusaha ke arahnya. Diri memang dah tak jaga dah caca merba. Takpe ini bukan pasal aku ini adalah pasal budak koriev yg sentiasa menjadi penggerak aku pd masa hadapan.

Hanis pun dah selesa dengan kerja baru di ayer keroh melaka, masih lagi tegar menjadi seorang chemist dalam industri glove. Ikhwan a.k.a jang, masih lagi seorang engineer tak ingat company apa, tersangatlah rajin dalam kerja memang salute sampai takda masa nak bercuti tapi bercinta ada haha. Adik sayang sorang ini azam, semakin mantap dalam kerjanya dari satu posisi ke posisi yang lebih baik. Sangat bangga dengan azam yang rajin ini. Pja pulak di seberang prai, menjadi penguatkuasa jentera berat ada kaitan dengan kilang dan safety.

Kenny ada di subang still dgn aircond contractor kot. Khomathan and shawn senyap aja tapi adakah status korang masih sama, silalah update saya, perlu tahu apa yang berlaku pada hidup korang ni.

Pian dgn ila confirm happy dgn anaknya danish, maafkan saya kalo salah nama ye. Siapalagi yang saya tertinggal dalam circle ini. Oh adan jiwang masih lagi mengajar di kolej segamat maka shafiq pulak sdng further study di mmu guna fellowship ump.

Semuanya bagus dimata aku bdk2x koriev ini. Dalam masa terdekat, azam akan langsungkan majlis dia. Semoaga line up koriev akan terus berjaya dalam hidup, kerjaya, percintaan dunia dan akhirat. Miss uols.

P/s tahun ini berbuka puasa lagilah budak koreiv di sakura kristal yea. Moga dapat banyak penyertaan kali ini. Amin

Air Terjun Perlus




12 Mei 2012 yang lalu, aku bersama team BCA dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam seramai seperti diatas telah menyusahkan diri menjejak trek ke Air Terjun Perlus. Sudah dikhabarkan orang lain betapa banyaknya pacat disitu tetapi manusia tetap degil nak jugak menapak kesana kononya nak mendapat kepuasan. Hasilnya aku telah memperolah rekod terbaik dalam hidup aku, gigitan pacat sebanyak 14 ekor telah menjadikan aku makanan mereka. Geram dan benci sungguh perasaan ku pada masa itu dan sekarang ini kerana kegatalan melampau ini terpaksa aku tahan selama seminggu lamanya lagi.

Berkaitan trek, kita masuk melalui route Sg. Gabai, park kereta di rumah orang asli. Bagus jugak brother ini tolong tengok-tengokkan kereta kita. Makan jgn lupa bg tips kat abang tu dalam RM10 ok sebab korang dah menganggu kawasan lama rumah dia. Janganlah pergi nak marah brother tu, padahal brother tu lebih layak nak marah kita yang dtg sebagai pengaco ini.

Dalam 15 mins trekking start dr belakang rumah orang ke kawasan dusun. Dari dusun ke pintu rimba dalam 15 mins gak sehingga jumpa sebatang anak sungai kecik. Dari situ kita nak sampai ke junction pertama yang ada simpang yang ditutup dalam 1 jam, kemudian jumpa next simpang yang ditutup dgn tali hijau adalah dalam 1 jam. Trek rata jer ada slope pun dalam 23-30 degree sahaja. Dari checkpoint 2 tu, pacak sikit dalam 10 mins dan landai semula sehingga ke Air terjun Perlus dalam 30mins. Senang jer track tapi pacatlah terlalu banyak memang tak boleh blah haha..

Pendek kata tobatlah aku nak masuk trek yang jarang orang masuk nie, tarik diri kot, baek masuk trek bersih jer cam G7. Baek layan gunung orang selalu masuk ok. haha

P/s biar parut di kulit bukan di hati kata OGKL

Seriau, Celaru hatiku

Tak pernah rasanya aku ceritakan kepada kawan-kawan pasal apa yang aku rasa dan apa yang aku alami berkaitan dengan hatikan. Memang susah rasanya kalau kita nak memupuk perasaan suka dan sayangkan seseorang itu. Rasanya sakit jika terkena dan mungkin membahagiakan jika seronok melayan perasaan.

Bak advise senior tersohor aku, kak fish, "don't invest your feeling too much, you will get hurt'.

Macam-macam yang berlaku sejak kebelakangan ini, tetapi seperti biasa aku akan memilih untuk tidak terlibat dan menjauhkan diri agar aku tak terluka atau jauh sekali melukakan hati sesiapa, Tapi siapa tahukan apa yang akan berlaku kemudian.

Aku banyak dikejutkan dengan kisah penceraian dan break up lately, (pendek kata menjadi tukang dengar) rupanya dalam banyak-banyak kawan serta keluarga aku yang dikatakan bahagian itu akhirnya masing-masing mempunyai titik noktah tersendiri. Bercouple beberapa tahun atas dasar suka sama suka tetap putus  tiada conclusion apabila hati sudah menjadi tawar. Bercinta, berkahwin, memperoleh seorang anak tetap bercerai ekoran hati tidak sepenuhnya diletakkan pada pasangan masing-masing. Bertahun bercinta, kawin seawal umur 25 tahun dan akhirnya bercerai pada umur 30 tahun ekoran ketiadaan anak dan menyebabkan kehadiran orang ke 3. Suka, berkahwin, tiada masalah tetapi tetap mencari orang baru a.k.a orang ke 3 dalam hidup.

Fuyoo, penatnya nak menghadapi masalah seperti di atas, apa yang berlaku yer? kenapa orang sekarang tidak mampu bertahan selama 30 tahun seperti orang zaman dahulu kala. Maka celarulah hati aku apabila nak handle masalah sebegini memang menyebabkan aku seriau, takut, & bimbang. Mampukah aku?

Maka aku perlu fikir sedalam-dalamnya dan tahu apa yang aku inginkan agar perkara seperti di atas tidak berlaku pada diri aku, dan ku doakan juga tidak berlaku pada kawan-kawan ku yang tersayang serta kaum keluarga tercinta. Semoga korang bahagia selama 30 tahun hendakNya ok.

P/s - dalam hati siapa yang tahu 

Gunung stong, ayam, baha

Lambat sikit entry gunung bulan ni sebab berkira-kira nak cerita ke tak nak. Tapi kalau tak share info gunung buat teman-teman kedekut pengalamanlah pulakkan. Ada benda tk best sikitlah berlaku pada tuan empunya badan.

Hr jumaat hari tu pada 27 april 2012 aku datang kerja agak awal sebab ada meeting jam 8 pagi. Bila datang awal kita ada chance nak pulang awal jam 530 ptg. First time aku nk pulang sebelum jam 6ptg setelah berbulan aku kerja ditempat baru. Jadi timing memang terbaiklah kerana aku memang plan nak datang awal ke kl sentral dengan niat suci murni nak menolong abg naz dan team apa patut.

Tepat jam 650 ptg, aku dan aman bergerak bersama ke keyell sentral. Untunglah datang awal dapat bantu serba sedikit bahagikan ration dan baju. Datang awal itulah ada hati lagi nak pekena mcd dengan zul a.k.a ikan. Jadi dah gatal sangat kami bertiga dengan aini sekali pergi beratur kat mcd jam 815pm. Haha lama pulak order, dapat jer burger berlari kt org ke pintu A keretapi. Tak sangka rupanya dah nak kena tinggal. Memang marah lah abg naz ker kami haha lelebih lagi ke haku. Ktorg ni dtg awal tapi gatal sangat suka wat keja last minit. Punctual pulak train ni, tapi pengalamanlah hampir nak kena tinggal train ni. Best rupanya nek tain beramai ni, gerabak tu bising tul cam kita jer yg naik hehe.

Tp lambat ktorang ada lagi sa budk kecik yg kene tinggal. Dia lg hebat lenjan kete dan naek kat gemas. Ok skip citer kebestan duk dalam train. After gemas semua dah start tido dan rest sehingga berhentinya kita didabong jam 930 pg.

Sampai didabong, team kita park disatu kedai makan. Kita port beg dekat sana, breakfast dan wat aktiviti caving dekat gua pagar, gua gelap and gua keris. Aktiviti yang menarik sebab aku tak pernah caving sebab lemas tempat sempit sikit huhu. Caving amik dalam masa 2 jam sahaja. Tak ingat waktu mula dan tamat tapi lebih kurang jam 130 ptg kita dah naek van untuk pulang ke port kedai tadi.

Sampai kedai kt lunch dan berkemas untuk ke entrance gunung stong yang hanya 15 min drive dr stesyen dabong. Biasalah sampai sana menunggu lagi sampai jam 430 ptg. Tunggu guide comel kita ja dan abg li. After briefing terus team shoot lalui air terjun jelawang.

Lebih kurang jam 5 ptg kita sampai di airterjun kene cross sikit, rest kejap dan trek semula atas trek batu sehinggalah ke pondok pertama. Lebih kurang 30 mins gak nak menapak ke sana tetapi tambah masa rest atas batu dalam 45 min kita sampai pondok. Rest lagi 10 mins kat pondok dan sambung 1 jam lagi jalan ke kem baha. Jam 630 ptg team sampi ke kem baha.

Jam 7 ptg, cek port, setup fly, ground and dapur, masak, mandi, makan, kemas, sembang ilmiah bawah fly, saya tak masuk sembang kemah abag naz giller karang haha, x join pun asik kena kaco jer dgn org fly sebelah. Malas nak layan, sembang dengan nana jer spjg malam dan jam 1 pg kami pun tido x larat nak layan mata dah.

Esok jam 630 pg, berkat rindu alam yg kejut berjaya jugak bangun utk melihat sunrise dan kepulan awan dr atas stong. View terbaik walauaapun cuma sunrise tidal terlalu kelihatan, tp tak perlu risau sebab kem baha ni memang favourite spot untuk di repeat hehe.

Amik sarap jam 8 pg dan terus berkemas utk start hiking day pack ke puncak datok, ayam dan baha. Kita start jam 930 pagi dan route senang jer dari bwh nak ke sungai rantai lebih kurang setengah jam, kene cross sikit memang trauma mak nak lompat2x batu ni, bimbang jatuh tapi alhamdulillah ok. Gerak lagi ke depan dalam 45 mins lagi dan sampai ke kem balak. Kat sini ada 2 laluan dimana kita boleh melalui terus sampai ke gunung kob or gua kob and 2nd path masul gunung baha dulu. Tp destinasi kita start dgn stong jd kita guna laluan pertama. Dalam 30 min kita sampai ke gua kob untuk ambil bekalan air sbb dah xde water point lagirasanya sehingga sampai stong.

Teruskan lagi perjalanan lagi satu jam nak menyampai ke laluan kayu balak besar pemeluk, pastu lagi sejam nak sampai peak. Argh memang dah mental dah bila masuk jam yg kesekian ni sebab lama sangat, pacak pulak plus dah hujan lebat. Memang tak bolh blah rasanya bila ujan dan tak bwk raincoat, menyesal sgt. Tapi kena gahkan diri, dah sampai peak tak mampu nak nek puncak terus menyorok bwh batu berhimpit beramai untuk memanaskan diri masing-masing. Hujan masih turun dan kami lunch dalam ujan. Maggi fama yang tak sedap tu pun dah jadi nikmat tak hengat sebab kepanasannya hehe.

Dah siap lunch, cam whoring session bersama team di puncak stong. Habis pose gedix semua orang pun menurun kebawah menuju ke puncak ayam. Dari stong ke ayam tak terlalu lama, trek menurun pada mulanya dalam 1 jam lepas tu sampai point last water point boleh amik air. Dr situ 1 jam lagi plus pacak sikit nak menyampai ke ayam. So dah sampai cam whoring lagi dan lepak dlm 30 mins.

Pastu guna route yg sama 30 mins jer dah smpai ke simpang baha kat last water point tadi. Dr situ guide kata 3 jam sampai baha, rupanya kk jugak guide kita haha. Cuma 20 mins jer dr situ dah sampai peak baha. Terus sampai memang amik gambar jer dan tak sampai 20 mins menapak disana kami terus shoot untuk pulang ke kem baha jam 530 ptg.

Trek memang menurun sahaja lah, berejam rasanya nak menyampai ke sg y tu. bimbang guide kata takut air besar atau kepala air dtg, maklumlah br lepas hujan kan. Lama gak nkenurun ke bwh sbb jam 710 br sampai ke sg y tersebut. Aku jalan on track dengan nana sahaja memang nervouslah sbb dah gelap sangat dan banyak sangat route lain yang boleh buat kita sesat.jalan pulak dalam magrib rasa nak stop sekejap tapi sg tu sikit jer lag kat bwh, so kami decide nak jalan gak at least sampai ke sg dah sampai ke ja dan lelain.

Dari sg y nak ke atas sure nya dah gelap. Aku tak suka ot tapi nak buat macam mana kena gak hadapi. Tak mau kenangan lemah di yong belar berulang aku disiplinkan diri jugak menaikkan diri ke trek pacak tu. tak sanggup nak dgr bebelan sweper dr belakang pantang kot jadi nak tak nak kenalah kuat dan laju sikit. So teruskan hiking sehinggalah kem balak. Lama gak nak rasa nak sampai sana walaupun rasanya patut kejap jer, jam 830 pm. Dalam 30 mins kemudian kt jumpa balik sg rantai cross balik dan agak lama tunggu masyarakat yg lain tiba. 930 start gerak semula.

Trek turun dari situ lebih kurang 30 mins dah sampai ke simpang kem baha. Lega rasanya dah sampai base camp, 1st perkara aku buat semestinya mandi. Busuk sgt dah tak henggat.

Part mandi memang lama, dekat 1 jam kot berlukut kat sg mandi bersama nana haha dan abg bob yang menyibuk jugak kat situ. Tp dia dok pandang tempat lain so bolayan jerlah. Rupanya dah jam 11pm. Bergegaslah bersiap dan melantak lauk sardin yang bang chik and abg romli masakkan. Tenkiu. Memang uols sweet, x yah penat chef lain nak masak dan ktnie penat tunggu masak lelama.

Pas melantak, lapar gila sbnarnya semua org. Memang karam terus, dlm jam 1 semua dah masuk tidor haha. Adalah gak yang menyembang, tapi x mampu rasanya diri ini. Rasa nak demam jer adalah. Segala urat dah putus dan muscle pun sore sesangat.

Esoknya pun jam 6 pg dah bangun konon nak tgk lagi sunrise tu, tapi bdn memang letih tul. Tolong org kat dapur pun dah x mampu, layan lagi tidur sampai 730 pg hehe. Memang heaven bangun lambat kat atas gunung yang sejuk ini. Ada pulak org serve nasi lemak dan teh o panas hehe terbaik. Terus sihat badan.

Hehe masa dinanti telah tiba jam 11 pg. adalah masa menggelungsor di air terjun tertinggi tu. oklah make it short. 1st try gelungsor best memang terbaik walaupun dalam tapi ok sebab selamat boleh berpaut kat bebudak ni. X mau buat 2nd attempt tapi tergoda gak dgn abg naz nie pepaksa pulak. So aku buatlah cubaan kedua yang tak berapa bertuah tu haha. Jalan dah licin beb, hati dah degup dah terdetik cakap aku macam nak jatuh jer tup tup waktu mengengsot bontot ke spot batu yg kt kene duduk standby sebelum gelungsor. Haha aku tergelincir sikit dan terbalik tersangkut nasib badan bertuah sebab tangan aku terpaut kat kaki brader mana ntah. So aku telaha diselamatkan oleh 4 brader guide plus abg naz sekali lah. Melekap kot aku kat batu tu seketika cam cicak terkuis kuis kaki nak nek ke atas haha. Berat kot nak tarik aku dr position yang sebegitu haha. 4 org tarik aku kot, tapi layan jerlah nak wat camana nak selamat punya pasalkan. Peh tu memang aku dok kat abag naz sambil geram jer kat dia haha. Tp pucat lesi kot muka. Sebab dah duduk kat atas tu tetap kena turun gelungsor gak haha.

Seronok betul team hiking aku ni bahankan aku sampai sudah kot siap ada nama baru cicak tokek kot. Lantal koranglah, aku selamat korang happylah, cuba aku jatuh berdarah serius kan kowt haha.

Itu jerlah, tak tau moral of the story dia apa. Banyak kali dah malang dengan air tapi aku tetap suka air terjun dan laut dan hutan. Agaknya soul dah org utan x tau nak komen apa.

Malam ini tido lambat walaupun awal dah ada kat umah. Sembang dgn kawan lagi sampai pagi. Boring barangkalikan x masuk utan. Oklah gtg nak kerja esok ni tapi mood so la xde hehe.. Nk layan pic kene view my facebook k.

P/s: sesangatlah best nak layan g7 nier oiii