hello,
dah lama puasa dan nak masuk minggu 10 malam terakhir tanpa disedari cepat sangat masa berlalu. seperti tahun lepas, sesi puasa kali ini adalah peluang kepada diri sendiri untuk memasak, alahai haku bukan x pandai masak, cuma haku x masak benda yang haku tak nak makan hehe
sebelum puasa hari itu, haku telah berjaya membuat dadih sebanyak 3x cubaan. berjaya ok. justeru itu selepas ini tiada masalah lagi nak membuat dadih sendiri jika ingin memakannya. selain itu, kebelakangan ini sangatlah suka makan stimboat sahaja, maka sepanjang puasa ini haku telah beberapa kali membuat stimboat tomyam dirumah, dari tomyam putih yang serbuk (kurang kaw) kepada tom yam merah pesa yang kaw. Rasa berpuas hati kerana masak sendiri lebih bersungguh dan sedap dari kedai hehe.
seoul garden yang jual korean BBQ tu pun sangatlah sedap marinate dagingnya, dari coffee, szechuan, teriyaki hinggalah ke bulgogi. Pertama sekali aku merasai kenikmatan tak terhingga kesedapannya adalah bulgogi di santisuk, korea selatan tahun 2007. Maka aku pun telah menggatal mengoogle resepi bulgogi beef, akhirnya jumpa dimana bahannya sangat mudah dan penyediannya jugak sangat senang. Akhirnya telah bangga dengan diri sendiri kerana berjaya marinate and grill daging tersebut dalam rice cooker yea (sampai hitam dibuatnya kena berus dgn berus dawai hehe)
lauk bersantan jer masih belum berjaya sebab kurang minatlah, camne ni skill x cukup. cayok2x akan terus berusaha dan berusaha ok.
Kengkawan selamat memasak dan selamat berpuasa, tunaikan segala kewajipan kita didunia dan diakhirat ok.
p/s - nak practice siakap 3 rasa and gulai tempoyak (bilalah masa ini akan tiba hehe)