terpukul

setelah sekian lama, hari ini detik aku terpukul dan tersiat-siat rasanya apabila mendengar kata-kata yang tidak berakal yang dicernakan dari seorang yang cetek pemikirannya kerana tidak mengerti bahawa kata-kata tersebut boleh merosakkan pegangan diri. aku menggunakan istilah pegangan walaupun kawan-kawan aku sememangnya ramai yang bijak pandai untuk mentafsir apa yang aku cuba suratkan.

kawan-kawan mengenali aku sebagai seorang yang serius tetapi senang dibawa bergaul dan tidak pernah sama sekali aku membicarakan masalah aku jika besar mana pun sesuatu perkara itu.aku sentiasa gembira dan menyenangkan. jadi ramai yang tidak dapat mengetahui apa sebenarnya yang tersirat dihati aku sesungguhnya aku sendiri tidak suka berkongsi rasa hati aku dengan orang lain. tetapi hari ini aku berasa sangat terpukul dan hati aku berasa sangat sakit seperti disiat-siat, rasa seperti disaluti kegagalan dan adalah manusia yang gagal didunia ini. aku tak dapat nak membincangkan masalah aku dengan sesiapa. aku hanya mampu menulis agar membenarkan rasa hati aku sedikit terluah dan hanya mampu berdoa kepadaNYA agar aku terus kuat.

walaupun pada masa ini aku rasa perlu berlari ke suatu tempat yang tidak mengenali aku agar dapat aku mulakan hidup baru, tapi itu adalah mustahil kerana aku tidak dapat lari dari kenangan lalu. kenyataannya aku terpaksa menghadapinya. Inilah suratan kehidupan aku.
semoga aku diberi kekuatan dan petunjuk untuk melakukan yang terbaik. Amin

alkisah pee dee gathering

hidup aku sehingga sekarang masih lagi berkisar tentang koriev. geng yang wat program korea masa study dulu dan geng ini disenangi kerana senang untuk berurusan terutamanya dalam aktiviti bersukaria dan berjalan-jalan. insyallah kami masih akrab walaupun sudah meninggalka universiti dekat 3 tahun. setiap tahun kami akan berkumpul bagi memastikan ikatan ini akan bertahan sehingga 20 tahun lamanya. semoga ianya menjadi kenyataan. jadi bebaru ini pada awal minggu pertama mac koriev membuat gathering buat kali ke 3 nya di pee dee.

Pertama kali dahulu di genting, kali ke dua di cameron dan kali ini di pee dee. Cuma ada beberapa orang sahaja yang setiap kali tidak dapat menghadirkan diri tetapi program tetap diteruskan. Agenda gathering ini adalah untuk bergelak ketawa sesame sendiri, melihat muka masing-masing agar tidak lupa dan membincangkan agenda mesyuarat untuk next event bagi meraikan penurunan udin bulu dari kapal dan international trip kami iaitu bangkok.

Jauh sungguh perjalanan aku pada malam jumaat, dari wangsa maju ke kg soeharto kemudian ke batang berjuntai menemui rakan ku hanis tough menumpang alza beliau kemudian menuju ke sg buloh mengambil kenny ensem yang telah menunggu selama 1 jam dan terus ke wangsa maju semula untuk mengambil bd smart and najib along di rumah bash botak sementara bash pergi mengambil isteri comelnya. akhir sekali mengutip dewi rasuk hehe di umah beliau di kg baru dan kami berkumpul semua di tol sg besi untuk konvoi bersama-sama dan seterusnya meluncur laju ke pee dee. Pian badang semestinya sudah berada di bunglow traktor menunggu kehadiran kami bersama isteri beliau.

Memang tak aci tapi nak wat cane hehe. orang kelamin dapat satu bilik orang bujang kena share itulah hakikatnya. maka cepat2xlah kawin bila gathering dapat bilik masing-masing haha. Tapi kami puas hati dengan bilik tersebut takde masalah. Keesokan harinya adalah agenda jogging di pantai tapi jadi aktiviti walking dan aerobic hindustan pulak. Sebab kami sibuk kat event staf sokongan UTEM yang seronok beraerobic di hotel bersebelahan. Ada pakcik suruh join jer maka kami dengan muka tak malu pun join dan turut menari bersama. Bila perut terasa lapar cepatlah kami beredar untuk berkumpul dan bersarapan bersama. Nasi lemak hari pertama tak berapa sedap sebab takde manis dalam nasi lemaknya tu. Tapi lapar punya hal habis jua lagipun perlukan tenaga untuk bermain banana boat. Selepas makan kami pergi meninjau semua keadaan pantai kemudian dan terlalu excited nak main banana boat setelah melihatnya di pantai saujana. Namun bergaduh-gaduh a.k.a bertekak sebab ada yang takut dan tak nak lain, kalah pulak bertekak sebab cuaca terlalu panas maka kami perempuan mengalah. X jadilah naek banana boat pada waktu itu.


Maka kami terus menuju ke ilham resort yang cantik hotelnya untuk pergi berkaroke selama 2jam. Wallah memang terbaik dan kami telah berkarok dengan secukupnya dan sepuasnya. Kemudian dah lapar semula kami pun pergi mencari makan di kedai makan beratap rumbia. Makan nasi campur untuk 10 orang adalah RM63 sahaja. Agak murah dan bersesuain dengan kami yang suka berjimat cermat hehe. Sesudah makan singgah sebentar di kedai buah untuk melantak durian dan membeli buahan bagi mereka yang mengidam terutamanya bini bash n pian hehe. Tapi tetap bertekak kerana ada yang degil untuk naek banana boat. Maka mengalah sekali lagi. Kene balik bilik dan rest kononya kul 4 keluar semula untuk bermain di pantai.

Maka berehatlah kami di rumah bermain karom dan pingpong pastu ada pulak yang tidur petang. Sengaja tak nak pergi main banana boat. Aku sanggup tak tidur demi memastikan mesti naek banana boat. Seperti dijangka jam 430 petang baru nak bangun. Maka dipaksa mereka yang naek alza untuk pergi ke pantai dulu. Yang berkahwin memang lambat sebab tidur petang hehe. Jadi kami menunggu dengan sabar di pantai blue lagoon. Tunggu dari jam 5 sampai 530 barulah pasangan berkawin muncul. Ktoang siap dah naek sekali banana boat yang mulanya semua takut. tapi bila dah lepas sekali hah nak lagi. Maka naeklah kami semua berlapan yang gabak-gabak ni kecuali bash je kecik, memang terbaik sebab melambung-lambung semuanya cam naek kuda. Masing-masing mengeluarkan jeritan batin dan pengalaman tersebut sungguh menyeronokkan dan menggembirakan. Akhirnya semuanya join dan terciptalah satu pengalaman yang hebat untuk kami semua.

Agenda seterusnya adalah bermandi-manda di swimming pool dan bermain polo air. Habis satu pool ktorang maen, tentengok orang lain semua blah. yerlah yang de dalam pool bebudak remaja and anak kecik, tapi kami yang tua ni dah memenuhkan pool. hehe pas tersedar bahawa kami menganggu ketenteraman pool tu maka slow-slow kami cabut dan bermain volleyball di court yang disediakan. Akhirnya semua gembira kerana agenda untuk menyanyi, naek pisang 2x, mandi pool, main polo dan volleyball tercapai. Misi hari pertama tercapai.

Malam hari pulak, kami berkumpul untuk makan BBQ bersama, lapar sungguh semua orang. Pandai jugak pakcik tu masak chicken wing, hotdog, lamb, nasi goreng, ikan cencaru bakar, kentang, air asam, sayuran dan buah-buahan. Kami makan secukupnya. Seterusnya, kami masuk ke agenda serius tapi sempoi iaitu mesyuarat hehe membincangkan program international bangkok. Akhirnya bangkok dibatalkan adush tetapi diganti dengan lebih baek iaitu event menaiki cruise singapore-malaysia-thai. Memang terbaik. Budget around RM1000 lebih dan aktiviti mengumpul duit RM100 sebulan bermula pada bulan April ini oleh bd or Mr. J.
Kemudian demi meraikan kepulangan udin kami bercadang untuk mencandat sotong pada bulan july. Itu ajelah keputusan mesyuarat. Mesyuarat bersurai dengan game card maen tipu namanya. Aku tak dapat nak bertahan lama kerana terlalu mengantuk maka aku tidur dahulu.

Sebab letih sikit, bangun pagi esoknya agak lambat dalam jam 7 pagi, itulah penangan letih dan makan banyak pd malam tadi. Justeru itu, aku terpikir untuk masuk ke hutan rekreasi di depan pnb ilham resort, free of charge & ada menara api dan boleh melihat keseluruhan pee dee. Teruja dengan apa yang ditawarkan maka aku pun mengajak hanis dan dia setuju kemudian dewi pun setuju maka aku pun dikerah untuk memaksa bd n kenny maka diorang pun setuju hehe. nak tak nak najib pun terpaksa ikut. Pasangan berkawin telah bangun lagi lambat maka kotang pergi dulu. Maka ada yang perlu ditempuh seperti track bertar selama 20 min dan tangga curam menurun selama 45 min. Bagi aku dan hanis memanglah best kerana sekurangnya kami ada gak training gunung pada minggu ini, hujung minggu kami tak sesia. Alhamdulillah stamina ok, fit dan tak jadi robot pun after nak naek semula tangga yang mencanak tu.
Tapi the best part is air peedee yang cantik dan jernih kotang jumpa kat end point tu. Dah lah datang dengan niat melihat panaroma jer rupanya kene trekking untuk sampai ke situ. Haku memang teruja asyik cakap nak mandi je akhirnya disokong oleh bd maka aku dan bd pun melompat ke dalam laut. tamatlah riwayat baju kami, hanis juga tidak tertahan lalu turut terjun ke dalam laut bersama kami. hehe. walaupun tiada baju basahan tetapi oleh kerana air yang cantek kami mandi jua. Tak dapatlah air cam gini kat teluk kemang or pantai lain, air hijau tu boleh nampak kaki, berenang nampak pasir kat dasar. Syukur atas nikmat dunia yang indah ini.

Setelah menangkap gambar lompat dan bermandi-mandi kami pun segeralah pulang kerana teramat lapar. Makanan telah pun dibelikan dan nasi lemak hari kedua adalah sedap dan lebih baek dari semalam punya. Kemudian kami bersiap-siap untuk pulang ke tempat masing-masing. Sebelum berpisah kami lunch dulu bersama di kedai makan saujana di depan pantai saujana. Mahal beb plus xderlah sedap mana, maka tak rekeman.

Itu sahajalah kejadian gathering kami di pee dee. Semoga event seterusnya dapat dibuat dan lebih ramai lagi dapat terlibat. Alah kami bukan ramaipun hanya ada 15 orang sahaja.

Aku lampirkan shot terbaik sepanjang aktiviti terutamanya banana boat


P/s - tak sabar nak naek cruise nak jadi cam fazura or maya karin (verangan)