Diragut dan Ditikam

Pagi ini bangun dengan keadaan terkejut debar-debar sedikit selepas mendapat sms dari kawan mengatakan seorang dari rakan sekerja kami telah diragut dan ditikam lewat petang semalam dikawasan rumahnya. Aku agak kaget, kerana minggu ini banyak kali aku pulang lewat dari ofis tambahan pula parking kerete di atas jalan yang berbukit dimana bukit tersebut adalah gelap dan sunyi bila mencecah jam 7 ptg. Pemilihan manusia untuk diragut tidak akan mengenal siapa tuannya itu, jika mangsa seakan membawa handbag yang berisi barang yang bernilai serta seakan-akan alpa dan lalai yakni memberikan ruang kepada peragut untuk merompak diri kita ini.

Pada kejadian kali ini, peragutnya adalah seorang yang tekad pada firasat saya, kerana dia sanggup untuk menikam manusia lain seperti sememangnya dia telah bersedia untuk melakukannya jika tidak dapat meragut dengan catatan terbaik yang pernah dilakukannya. Ataupun adakah mangsa akan mengenali peragut jika tidak di tikam atau peragut seorang yang dikenali atau berdendam dengan simangsa. Pelbagai andaian timbul dalam kepala otak ini namun semua tidak dapat dijawab oleh saya melainkan peragut dan mangsa itu sendiri.

Walauapapun kepada semua kenalan perempuan saya di luar sana. Kurangkan tabiat memakai handbag terutamanya di kawasan yang sunyi, bukit, lorong gelap, dan kawasan yang mana kenderaan seperti motor mempunyai ruang untuk meragut barang kita tersebut. Sentiasa berwaspada semasa hendak menaiki kenderaan dan turun daripadanya. Segala yang penting harus diasingkan dan yang tidak penting bolehlah di sumbatkan didalam beg tersebut. Saya sangat sukakan handbag, namun nyawa lebih saya sayangkan. Naik kerete terus lock dan jangan buka pintu pada orang yg tak dikenali. Masih banyak hendak dilakukan di dalam dunia ini. Janganlah kerana hendak kelihatan bergaya dan menampilkan jenama beg mahal kita, kita sanggup mengenipikan harga nyawa kita yang tidak ternilai.

Maka pada hari ini, aku akan berjalan di shopping mall without handbag. Hari insaf diri hari ini. Semoga kakak ofis aku tu cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa.

P/s - Nak beli handbag antibeauty hehe, nk kene pergi kedai yuna kat subang

Land desktop - Acad Civil 3D


engineer era baru kena tau kai land desktop. ia adalah sejenis kekeras lembut yg kita boleh kt install dalam pc or notebook kita..Boleh dapat dr cetakan lanun mahupun produksi yang halal.

akhirnya buat julung kalinya, aku (DON ZA) berganding bahu dgn miss sicilly (nama mafia wars kami) berjaya mengaplikasikan command acad 3d dan apply ke dalam land dekstop. kami telah berjaya mengxrefkan drawing kosong ke dalam acad drawing seterusnya menjana terrain 3d polyline ke atas polyline kami dan menjana elevation ke atasnya. Hasilnya dapatlah kami invert level yang ditengah2x diantara 2 titik. Masa yang diperuntukkan adalah jam 10 pg hingga 6 ptg, pada hari ini. ( tak termasuk masa 1 thun lalu yg asik gagal mencuba).

Kepada yang ingin mencuba sila cekalkan diri dan minda anda serta fokus terhadap perkara yg ingin anda buat. Target selepas ini adalah gunakan Acad 3d untuk calculate earthworks dan generate ground terrain modelling menggunakan survey data or lidar survey.

P/s - posto direka buat yang paham sahaja. Yg tidak paham boleh tanye yea (yg minat belajar sahaja digalakkan) kepada yang bukan sila ke page lain. thank tribute to our bos

wedding illah my luvely cousin

pending posto released..
tanggal 4th julai same date dengan wedding alang, ada satu lagi wedding iaitu my cousin.
After bersuka ria disiang hari sabtu itu bersama geng kmm sehingga jam 6 ptg aku pun beransur pulang dan tepat sampai jam 7.30 petang aku sampai di umah. Kelam kabut aku bersiap kerana nak hadirkan diri ke majlis cousin aku sebelum isya. Akad nikahnya pas isya dah jam 8 aku gerak terus ke Seri kembangan. Patutnya 25min dah boleh sampai tapi MMR2 memang sangat jam dan aku sampai tertidur dalam kereta akibat jam teruk dekat 1jam 30m itu. Akhirnya selamat sampai ditengah2x majlis akad berlangsung dan dapat pic dengan pengantin. yeah.

Aku, Illah & Epol (mata penganti perempuan melirik)
satu kesamaan pengantin adalah keduanya juling air, unik

Aku tersangatlah penat, after taking pic dengan pengantin aku tak dapat nak join pokcik makcik melantak terus tertidur sehingga esok pagi. Jam 6 dah bersiap2x menolong didapur majlis rewang katakan, hendaklah uruskan sendiri memandangkan kita dah anak dara dah dewasa hendaklah paham2x sendiri menolong didapur. Masa inilah aku ingat berkenalan dengan ramai saudara mara, mentang-mentaglah cucu perempuan pertama kawin after 2 cucu lelaki telah berkahwin. Aku plak cucu 2nd perempuan, (jenuh aku menjawab persoalan makcik dan pokcik aku pasal wedding aku plak nanti). Payah menjadi orang dewasa ini..

Next week rabu (29 juli) akan turn aku menginjak ke 24 thun. Makin dewasa dan semakin meninggalkan dunia remaja yang nakal itu. Attitude pun semakin akan kena berubah. Banyak perkara patut dan akan berubah. Semoga apa yang aku impikan, hajati dan doakan akan dimakbulkan dan sentiasa menjadi seorang manusia yg kuat berusaha terhadap semua perkara yang di inginkan. Amin

Epul dan illah, Congrat korang

Sila perhatikan dan compare ketinggian pengantin

Aku and my luvly cousins ( yg lain masih under age ok)

Al-kisah wedding cousin aku semoga korang hepi sampai akhir hayat ok..

P/s - future ma wedding with antu..

im trap

trap adalah perangkap..
dan hari ini nasib ku kurang baik kerana terperangkap di dalam jam
aku bertanggungjawab untuk pergi Shah Alam hal kerja bukan ronggeng
dgn dedikasi dan yakin sampai ke sana tapi gagal bila waktu pulang kerana telah trap dalam lebuhraya PLUS yang sangat tak berjalan itu.
dekat 2 jam dalam kete pungguk memang panas dan mata makin layu..
stress silap masuk jalan tun razak pi lebuhraya mahameru balik, tension bengang
aku dah lambat, bos tgh tunggu ni, nk jam 6 aku sampai jam 8 ( tak patut)..
Tak perform la aku ini..

Sekalinya, ada doc aku miss (tanpa ketahuan aku ok)..argh leganya..tak yah berkejar sampai ofis tapi lagi 5 min sampai ofis baru dibgtau bos..
Teringat aku mandu cam meroyan tadi..huhu nasib masih selamat..
Luv ur life dear..huhu

p/s rindu time pi study master huhu, my class start this 1st august ..yeahaa

rentetan pic sewaktu wedding alang

geng mpp yg disayangi - abon, che we, che de & achik

girls yang berjaya, akauntan doktor ..engineer je takde (skrip kasim selamat), lepak lepas kenduri kat kedai abc spesel

geng korea yg cun - aku terkecuali yea

Mempelai kegemaran ramai

geng jpp kmm 03 dr atas- laici, azam, rahim, alang, syifa', aini,
duduk - anuar, aizat Pres PRS Kmm 03, yuni & amirah

pasal pasal?

agak lama dr posting yang lalu kan,
sebenarnya jadual tetap pack ekoran short sem kelas hari tue and final exam 28 jun yg lalu for subjek pro-ethics for engineers..agak malang sebenarnya saya tidak dapat study dengan baik kerana telah jatuh deman pd hr jumaat melarat ke sabtu dan ahadnya test..sy terpaksa jugak tido dan memaksa diri membaca slide lecturer, walaubagaimanapun tiada satu hafalan dapat dibuat.
sungguh sedih..

tapi hari ini saya telah menyemak result dan akhirnya saya peroleh A, impresive bg orang deman yg menjawab test asyik tersengguk dan tertido setiap 10 min. Syukur, ini pengajaran buat diri saya dan semua. Cukup pasal study..

Pasal kahwin, akhirnya alang telah kahwin denga syifa 4 julai lalu. Aku and geng jpp kmm telah attend dan ktorang cam happy sangat sebab dapat jumpa kenalan lama..Aku as expected, over excited. Ohh..i really love my friends all of you no matter where you are. (pergh poyo tapi benar)
Next posting aku akan post gambar shj k, this posting nak story sahaja..

Dalam geng tersebut, laici (girl paling cute + ckp paling laju pernah jadi kawan aku) telah menjadi seorang akauntan di TM bangsar dan sedang dalam proses mengambil ACCEnya..aku suka pd yg komited dalam studies, salute habis.

Sedara anuar kwn aku yg lost contact since 1st year universiti datang juga dengan semangat dan telah menjadi seorang manager (field pertanian) di sebuah ladang yang besar di Perak. Sorang yang berwawasan dan berkeinginan untuk menjadi bussiness man & seorang yang akan menyambung study di Upm dalam bisness, salute habis.

Amirah plak, seorang gurls yang fobia pada darah, tersangatlah pandai sebab asik dapat 4 flat je, pernah dapat offer jadi dokter tapi kene tolak sbb blood fobia ini. So jadilah farmasi di hosp. sg buluh. Syirah plak katanya makan anggur tapi tak percayalah, ustazah ini seorang cikgu dan mengajar tuition kanak-kanak, sangatlah keibuan dan baik orangnya tetap maintain sopan. Aku
pergh la kalo cuba bersopan semua akan komen tak sesuai, apa kes ini? so bila boleh aku jadi ayu..sok sek..

aini & rahim, bakal dokter yang akan tergegar kliniknya kerana kami ingin datang mendapatkan perkhidmatan percuma apabila deman, sesakit badan, memuntah atau beranak..(huhu kene berkahwin dulu yea). adli plak seorang guru yang sanggup bekorban apa sahaja kerana sanggup berada di lubuk hantu serawak tuk mengajar anak-anak, waduh salute habis..beliau kene asyik berdoa agar hujan untuk water level sungai naik dan beliau boleh menaiki sampan untuk pulang ke semenanjung..cerita yang tragis, tapi kami tetap terharu kerana adli sanggup turun nak jumpa kami ( ye ke niat dia hehe aku pasang sendiri)

azam yuni & acik , geng2x johorian ini. Azam planner engineer Sime darby yang mana familynya peminat kereta nasional dan semuanya mempunyai plat kete yang sama. Apa no dah x ingat, hehe? Tetap maintain cute dan gaya bergambar yang sama. Cuma berat dari 45kg time matrik telah bertambah dan menjadi jantan hehe.. Yuni plak accountant di kilang besor mana ntah di johor tue..tetap sempoi tetapi ayu..camne la ko wat keayuan begitu jeles.. Acik plak luper nak tanya aduhai aku yg silap sbb cepat sangatnya nak balik..Next time gathering aku interview huhu.

Nurul & husband, makin happy makin isi kata aizat faiz ok..hehe. Seorang guru bio di poli tak silap aku. Nurul pun aku tak dapat korek banyak kerana sibuk sangat nak balik, biasala seorang isteri rumah itu penting. (padahal laki kut jalan sama..hehe)

pasal koreiv plak, uddin dah belayar dlm chemical ship, dgrnya dah sampai indon dah (habisla berubah ke x dia ni) awek indon ramai lawakan..jangan sangkut satu dah la. Dok atas kapal ini bahaya..ishish..BD plak dah masuk UKM..wah wah rasa salute pada kwn aku yg suka belajar ini. Dapat jugak lepak sembang ngan bd and bash last week. Terubat kerinduan pada member..rindu ke x diorang ni dgn aku hehe..perasan je la , tapi aku memang rindu dgn pija hanis adan pian and azam skrang ni. Walaupun nakal diorang ni tapi tetap tercuit hati..Oh pija dah kat jb jadi trainee dgn elaun mahal, hanis trainee petronas (cable besar dia ni) adan jadi lecturer kat poli, azam pun seorang trainee yg rajin & pian seorang piping engineer SDE yg sangat sibuk dan akan berkahwin tahun 2010. Hope dapat jumpe korang ASAP.

pasal - pasal hal lain nanti aku story, skrang aku odw nak ke kg sebab esok nak send cousin kahwin kat Kg pija sg siput utara. Jauh giler tempat ini. Oklah have fun with my story..All about my memories..Salam sayang buat semua.