best buddy

minggu lepas hangout dgn ex-bdk kusess yang dah lama n tak pernah aku jumpa lagi selama 4 tahun yang lalu, cuma mek saja yang ku hubungi. Yang lain ibarat dah senyap menghilangkan diri.

mek,aku,terselit Salindacherie,maya and dee

yang attend x lah ramai, just kami 4 orang guls. (Izzati@mek, Maya, Deehani and me).4 bdk baru yg dulunya masuk kusess dgn harapan baru. Tapi impian tidak sekabar rupa. buat kami, berada di bumi kusess bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan atau ingin dikenang sampai bila..pendek kata tak de patriotism untuk kusess di hati kami. yang mengeratkan kami 4 orang adalah persahabatan yg terbentuk atas landasan masing-masing menerima pengalaman ngeri berada di bumi kusess..

kami tetap akan menjadi sahabat yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.
alkisahnya, semua orng ada citer n agenda hidup sendiri:

maya n dee masing2x meneruskan pengajian di peringkat master dlm bioteknologi and urban design..alhamdulillah semoga korang belajar lebih tinggi lagi..

mek pula tleh bekerja 1/2 tahun jadi treasurer officer di HSBC bank, Masjid jamek..status gajinya tidak pernah diexposekan kerana khuatir akan kena belanja orang setiap kali berjumpa kwn2x lamanya ..hehe dan aku pula..tgh praktikel..dan dalam usaha keras untuk sambung belajar ke UK (beranganlah sgt ) dan mencari kerja dgn pihak consultant..impian nak jadi design engineer.

Semoga rakan-rakan aku ni berjaya dan mencapai impian masing-masing. Aku sayangkan korang semua ok.

i've been tagged..yeye

Editor rasa gembira sebab dapat buat tag, amik masa jugak yer. Teringin nak buat tapi no one ever tag me yet. Thanx to renne a.k.a ain jani sbb bagi I buat tag. Ok these are all 8 about me

1) Nama
Nama aku haidar akma zainul amri, family and relative semua panggil HAZA. Mama kata atuk yang beri singkatan ini. Aku terima jer. Tanx ye atuk sbb aku suka nama pendek nie. Usually member aku yg ingat pasal story famili aku jer akan panggil aku haza. But so far aku ingat ANEEM jer dr KMM yng panggil aku haza ( rindu plak kat ANEEM). Pastu haidar mean singa/keberanian. Agaknya sebb itu aku ni org kata garang tegas n boleh marah orang just like that. Hehe tapi aku ni lepas marah org akan menggeletar..so x leh marah org hehe..

2) Time baby
Aku lahir as anak sulung, dr kecik sampai besar insyallah aku ni x menyusahkan sangat mama dan abah, suruh makan senang, tido senang ..lagi senang bagi jer tgk tv citer pramlee ahmad albab. Mama kata aku ni letak je dpn tv senyap pastu akan ketawa terbahak-bahak sorang diri tgk citer ahmad albab tu la..pantang ketuk pintu aku gelak dgn adengan anak jin tu main dgn ahmad albab tu..sbb tu aku ni suka dgn citer pramlee smpai skrang

3) belajar
actually, aku ni x de la pandai sgt tapi aku mengaku aku sangat rajin. Kalo dok x boleh pandai lar kan. Kalo ikutkan sejarah idup aku selalu kena buli dengan bdk cina ada bdk india pun ada. Lurus bendul katakan, org dtg mintak duit aku bagi jer..aku x kisah sgt sbb masa tu abah bg duit belanja manyak pi sek. Agaknya sbb tu aku kena pow selalu.. cikgu2x plak suka denda ku berdiri atau ketuk ketampi sbb aku suka buat bising, merayau-2x satu kelas, bwk game boy pi klas n suka main lawan pemadam sorang2x..hehe sbb tu cikgu nyampah ngan aku kot hehe..tapi bila aku drjah 5 aku teringin nak masuk asrama.so aku jadi rajin n study untuk UPSR..then dapat 4A aku pun masuklah AYSK kat klang. (SYOK)

4) Zaman gelap
hidup aku ceria jer, sampailah form 4 aku ada satu zaman gelap. Kena kuar aysk n masuk SBP. Org lain ingat bestlah, syoklah, pandainya dapat masuk SBP. Tapi duduk sana cam dok Neraka. Sorry to said. Tapi aku x suka tempat tue..menyampah sgt. Kalo diberi chance untuk 2nd life amend apa berlaku dlm hidup aku. Akan aku padam keinginan aku nak masuk SBP tue. Tapi aku x kan padamkan kenangan aku dgn member2x aku yang baik. Akan aku usahakan..magickan ktorang dpt meet somehow anywhere..(MEK thanks jadi kwn aku, ko takkan aku lupakan)(takkan aku bg anak aku masuk SBP lagi, never forever)

5) Melecur
mas umur 1 tahun, ku yg nakal nie telah seronok main tarik2x alas meja kat rumah nenek. Pastu tetiba ada teko air panas yang masih penuh baru dibuat meluncur jatuh atau kepala dan muka aku. Apalagi melepohlah aku di situ dan meraung. Abah yg dgrkan aku dgn cemas dtg dan menangkap aku spantas kilat dan mencampak dan membenamkan aku kedalam kolah atuk yang kapasitinya 2 kolah. Pastu aku terus dibwak ke hospital. Wan aku yg dgr citer kelam kibut dtg nak tgk aku sampai x sempat nak solat maghrib…syang wan aku (nasib x der parut tinggal kat muka aku..hehe aku ada gambar masa kena air panas hehe..pelikkan ada sesi tangkap gambar aku masa tue..ishish)

6) giler-giler
aku suka benda giler-giler..aku kuat karoeke sbb boleh melalak..lebih lagi layan lagi rock kapak la..lagu pompuan x mainlah. Pastu aku hantu kapak roller coaster, benda ni jer yang buat aku bleh hilang stress and aku bleh naik berpuluh kali pun x per..MEK jer yng boleh layan peel aku naik roller coaster..tapi skang dia dah x boleh dah tetiba jadi penakut..kalo boleh aku nak pergi naik gunung lagi tapi xder sapa nak teman..aku nak pi travel naik tren pi mana-mana pun susah nak cr member yang giler-giler..aku nak travel pi bali..hehe hidayahazali sudi nak temankan aku pergi. Sbnarnya susah nak cr org giler2x..kan.

7) cakap
aku x suka cakap benda bukan-bukan/mengumpat/mengata orang lain. Benci lah perkara cam gini. Maybe sbb dulu kuat aku kena kutuk dek orang..jadi aku x nak wat benda ni kat orang lain..never ever..aku akan layan jer org cam biasa walau org kata buruk kat aku..kekdg kalo kita salah x per tapi sbb org x puas hati jer..ehmm manusia memang tamak..sbb itu aku suka berdiam diri and kadang2x mendengar lebih baik dan menyeronokkan..(mungkin aku dah berubah)

8) member-member
aku ni sgt suka berkawan, senang je nak wat aku jadi kawan. Aku sayangkan semua kawan-kawan aku. Cuma aku bukan jenis yang akan sebut atau ungkapkan yang aku sayang diorang. Aku suka tunjukkan melalui perbuatan. Contoh kalo member susah xder duit aku akan hulur duit atau kalo ada masalah dgn sesiapa insyallah boleh diusahakan. Tapi aku ni suka marah member aku kalo diorang buat silap atau ada pandangan silap dalam kepala otak diorang nie..memanglah member2x ni kekadang terasa. Jadi siapa yang pernah kena marah tue. Kena tegur dgn aku PAHAMILAh bahawa aku sbnarnya sgt sayangkan korang. Kalo aku tak tegur korang maksudnya aku tak ingin nak korang berubah ke arah lebih baik..bukan member lah tu kan.
Bagi yang x pernah kena marah tu..no comment la ..mungkin aku malas nak layan korang haha…
Aku syg..member2x tertentu di sek sains…bdk2x KMM, jpp KMM, aras A41 wing B kmm, bdk prektikum sekalilah, bdk2x ump,MPPUMP05/06, 4baa, bdk KOREIV, bdk Mitc and member2x ump. Bdk2x AYSK..Member2x baru kenal yang x wat masalah kat network hehe..dan siapa yang mengenali diri ini…


Alright, ini sahaja mengenai 8 perihal diri aku. Kalo nak citer memang x cukupkan..hehe just happy knowing everyone and may God bless all of our friendship. Amin


P/s: lepas kena tegur dgn real_Cranium sbb tak tag org lain..aku pun nak bg tau..
aku dah tag BD la..ehm next aku nak tag mestilah pja wufi n dayahazali..
ok..satisfied now

SyuKor ..KerajAan Baru

Alhamdulillah..

Akhirnya mereka yang hipokrit dan koropusi telah dapat ditewaskan pada election yang lalu..

sebagai pemerhati politik tidak bertauliah ini..aku seakan berasa gembira..lebih-lebih lagi apabila ketiadaan presiden MIC di sungai siput serta kebangkitan anak dsai di Lembah Pantai...
Tapi aku bukan nak katalah, Shahrizat tampilkan imej yang sepatutnya bagi seorang pemimpin sejati. Walaupun kalah masih lagi mampu berdepan dengan masyarakat..Well I'm proud of her at that moment..

Yang paling penting, pihak BA dapat laksanakan apa yang diroang nak wat selama ini.
Kerja aku sokong pihak yang boleh membantu dan bukan pemimpin yang nak makan duit rakyat jer...cukuplah buang banyak duit..baik bg kat aku ni ..nak byr utang ptptn...hehe

Ok lah..just so epi sampai x tau nak kata apa terkedu gak..tgk TV ari tu sampai jam 5.oo pg..x tidor..semata nak tunggu result selangor..alih2x..xder kuar paper jer..

Apa-pun..good luck..and do the best as you could..Hidup BA..

P/s: baru berani nak pakai T-shirt Hitam BA aku kat umah pi kedai..sblm ni takut hehe..

SaYanG AbaH

SELAMAT HARI JADI ABAH yg 53thn
Sayang-sayang abah ku yang degil ini selalu..
Terima kasih kerana bersusah-susah payah selama ini menjaga anak-anak degil yang bermacam peel dan masalah...
Ikhlas dari,

Zuraidah_full housewife
Haidar Akma _civil engineer
Hanis Rashidah_crazy unknown
Aris Hushaini_tank captain
Shazana Adlin_mechi engineer
Emmy Suraya_eaters

malaysian election 2008

PILHANRAYA UMUM NEGARA 2008
SELAMAT BERPILIHANRAYA

sesedang hangat bloggers yang lain sibuk-menyibuk dalam memperkatakan dan memperblogkan pemikirann serta dakyah mereka, aku juga tak mahu jadi mereka berkecuali. sebagai bloggers bebas aku pun nak memberi komen dan kata-kata ku yang tak seberapa nie.

sblum ni boleh dikatakan kehidupan aku adalah sebagai student, jadi life as a student nie taklah punya banyak peluang untuk mengenal sangat apa erti politik..walaupun aku bekas kerajaan (mpp) di universiti dahulu yang sebenarnya tiada istilah pembangkang pun pada masa itu, nasib baik tempat belajar aku masih belum punya politik kampus yang kuat lagi..jadi we rule as we want to rule..(walaupun ada auku) sbb too sometimes ada orang tak puas hati dengan corak pemerintahan kami , tapi kami biar pi la..diorang pada masa itu. yang penting dapat menunaikan tanggunjawab sebagai penghubung pelajar pada ketika itu la.

aku tengok kali nie ..bendera bunting banner empunya kroni sangatlah banyak, kemeriahan yang ditonjolkan kali nie nampak seperti pilihanraya yang dulu sebelum ni hambar ker atau ada kebimbangan ker disebalik keriuhan kempen yang dilaksanakan pada kali ini. aku tak tahu? tapi kalau aku ditempat mereka tentu aku amat bimbang, risau dan khuatir..

episod kempen kali ni memang lebih ekstrem dari yang dulu, sekarang ni dengan stesyen tv swasta stesn radio surat khabar dan internet di yahoomail ada jugak memaparkan tentang pilihanraya. Takut ker diorang nie? atau pun kurang keyakinan? aku tau tahu tapi kalo aku jadi diorang aku seperti rasa takut.

yang lebih lucu, kali ini lebih ramai yang telah bangkit untuk memberikan ucapan perdebatan, yang selama ni suaranya terpendam dan tersorok sahaja tak pernah kedenganran, tapi agaknya tahun ini agak kelainan maka..mereka memilih untuk bersuara. suatu perubahan tetapi disebabkan ketakutan, rasa terancam dan bimbang akan kehilangan punca rezeki pada kali ini.

sebagai anak muda, dan anak yang telah merasa payah jerih duduk di kampung mendengarkan orang-orang kampung di olok-olokan dengan sewenang-wenangnya. Tak mudah nak mempengaruhi anak muda ini. Sebenarnya di luar sana tue tahu sahaja tentang apa yang berlaku tapi ada yang ambil keputusan untuk berdiam diri atau mengikut telunjuk kerana ini adalah perkara yang paling senang buat kan..sapa yang tak nak hidup senang.
zaman sekarang ni bukan zaman berjuang macam ex-kroni dan rakan-rakannya buat.sekarang zaman hiburan sahaja...pembangunan dan kemewahan. aku pun antara yang nak bergembira sahaja. tapi kadang-kadang rasa malu kan..aku tak nak tergolong dalam mereka yang lemah, membuat diri tertindas tapi sangat suka melobi untuk kesenangna hidup. Aku tak mahu.

semoga tahun ni akan ada perubahan yang lebih baik, dan pada mereka yang sudi berjuang. terima kasih dan teruskanlah perjuangan masing-masing. hanya masa sahaja menentukan bila dimana dan siapa akan berjuang bersama-sama. sekarang ini juga masa aku untuk berjuang dalam hidup untuk menjadikan diri ini lebih baik. Insyallah

SELAMAT BERJUANG
BERJUANG ATAS NAMA KEBENARAN
BUKAN ATAS NAMA KEBENDAAN